Monday, January 26, 2009

Apa Diharap Pada Obama dan Barat?

Secara umumnya, umat Islam di seluruh dunia pada masa ini mengharapkan satu keajaiban dan perubahan akan berlaku apabila Barrack Obama dilantik sebagai Presiden Amerika yang baru. menggantikan George Bush yang memang terkenal kerana kekejamannya terhadap negara-negara Islam.

Obama mencipta sejarah sebagai Presiden Amerika yang pertama berkulit hitam dan kelihatan tampak memberi sedikit sinar kepada umat ini. Secara tidak langsung rekod-rekod buruk dan hitam yang dicipta oleh Bush bersama Amerika sedikit demi sedikit diharap terkikis oleh pentadbiran Obama nanti.

Sememangnya latar belakang Obama yang mempunyai seorang bapa yang pernah beragama Islam dan seorang bapa tiri yang juga beragama Islam memberikan harapan baru kepada umat Islam. Namun rasanya perlulah diingatkan usahlah menaruh harapan terlalu tinggi. Sememangnya negara Amerika sudah mempunyai polisi yang tersendiri terhadap dunia Islam dan Israel. Cuma cara perlaksanaan mereka sahaja yang berbeza antara seorang presiden antara satu sama lain.

Yang pastinya, tidak kira siapa presiden Amerika yang dipilih mereka mestilah mengutamakan Israel yang dianggap anak emas Amerika. Gagal untuk melakukannya - jawabnya karier politik mereka tidak akan lama bertahan atau mungkin nyawa mereka sendiri menjadi pertaruhan.

Buktinya - tidak sampai seminggu Obama mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika beliau telah meminta (baca mengarahkan) sekutu kuatnya dari Arab Saudi iaitu Raja Abdullah supaya menyekat penyeludupan senjata ke Gaza.

Sememangnya pencerobohan Gaza memperlihatkan sikap Israel dan dunia Barat yang pengecut. Jika dilihat secara kasarnya, begitu ketara perbezaan kecanggihan senjata di antara kedua pihak. Dari satu segi, Israel mempunyai akses terhadap senjata yang paling canggih di dunia untuk melanyak penduduk Palestin dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja bagi menghancurkan mereka termasuk menggunakan bom kimia, sementara pihak Hamas pula berada di dalam kekurangan. Sudahlah bekalan makanan dan perubatan disekat oleh Mesir yang jelas lebih Israel daripada Israel itu sendiri, senjata juga tidaklah secanggih yang mana.

Kebobrokan Obama dan dunia Barat semakin jelas apabila usaha-usaha tabung kemanusiaan oleh UK Muslim untuk membantu Palestin telah di sabotaj oleh mereka. Pihak Bank British telah menutup akses dan akaun mereka. Sememangnya akaun ini digunakan oleh mereka untuk mengumpul dana bagi dihantar ke Palestin. Interpal sebuah pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Dana Rakyat Palestin telah menerima notis daripada sebuah Bank yang memproses cek-cek mereka.Tabung Kebajikan Muslim UK dalam keadaan terancam dan akaun mereka telah ditutup oleh British Bank.


Jelas sekali, dalam pada mana rakyat Palestin memerlukan bantuan saudara-saudara mereka dan penduduk dunia , Obama dan Barat jelas menjadi dalang untuk menambahkan penderitaan dan kesengsaraan mereka.

Sudah pasti ini hanyalah satu daripada pelbagai cara mereka untuk menghalang rakyat Palestin daripada menerima bantuan makanan dan perubatan yang amat diperlukan oleh mereka. Dunia Arab? Hanya membuat lawak setiap saat dan ketika. Kerana pastinya jika kita meminta pertolongan dari dunia arab kita akan kecewa. Tetapi jika kita kembali kepada Islam - insya Allah pertolongan Allah akan bersama-sama kita. Yakinlah!

Baitul Muslim

Tahniah kepada Abg Saifullah dan Kak Asma! 24.01.2009 iaitu (Sabtu) merupakan hari bersejarah bagi mereka berdua kerana mereka sudah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Penulis dan sahabat-sahabat daripada PKPIM sempat meluangkan masa menghadiri kenduri majlis kahwin mereka di rumah Kak Asma di Manjong, Perak.

Kebetulan pula,sepanjang minggu ini (cuti Tahun Baru Cina) penulis menghadiri Kem Kepimpinan Mahasiswa Islam anjuran PKPIM UIAM Cawangan Nilai dan Petaling Jaya. Pada masa yang sama penulis dapat berjumpa dengan adik-adik dan berkongsi idea dan pengalaman bersama mereka.

Abg Saifullah merupakan senior penulis dalam PKPIM. Seorang yang mempunyai idealisme, karisma yang tersendiri. Banyak perkara penulis belajar daripada beliau. Pada masa yang sama, penulis cukup kagum dengan pemikiran dan kepimpinan beliau. Kak Asma pula merupakan pimpinan PKPIM di UIAM pada waktu penulis masih di tahun satu pengajian di UIAM. Seorang yang pendiam dan hanya bercakap jika perlu sahaja. Kedua-dua mereka berasal dari Perak.

Dalam diam-diam mereka berjaya menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan ramai. Mungkin kenalan rapat mengetahui perkara ini. Bagi penulis, Abg Saifullah dan Kak Asma benar-benar menghayati istilah “Baitul Muslim”. Semoga dengan perkahwinan ini akan memberikan semangat baru kepada mereka berdua untuk terus lebih aktif dalam aktiviti dakwah.

Bercakap soal “Baitul Muslim”, penulis merasakan ada positif dan baiknya jika diamalkan khususnya kepada ahli-ahli PKPIM-ABIM sendiri. Ini berdasarkan pemerhatian penulis yang melihat kebanyakkan abang dan kakak akan megakhiri zaman solo mereka dengan mencari pasangan yang semestinya sudah memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Teringat kepada kata-kata Kak Akmariah ketika TQK, “HEWI nie kalau boleh mahu teruskan perjuangan yang telah dilakukan pada zaman kampus. Jadi, ada eloknya jika kaum ‘HELA’ iaitu lelaki mencari pasangan yang sudah semestinya sefikrah dan sefahaman”. Mungkin ayat ni tidak tepat (maaf yea Kak Akma)

Apa yang mahu disampaikan oleh penulis ialah, pasangan yang akan kita cari selepas ini seharusnya memahami tanggungjawab dan peranan kita sebagai pendakwah kepada masyarakat dan agama selepas ini. Mereka juga merasakan peranan mereka sangat penting dalam menolong suami atau mereka sendiri bersama pasangan mereka akan lebih aktif berbakti kepada masyarakat.

Setakat itu coretan untuk entri ini. Mungkin ada dalam kalangan pembaca dapat memberi komen, ulasan dan penambahan idea dalam isu ini.

Tahniah sekali lagi kepada Abg Saifullah. Semoga Allah SWT akan memberkati kalian dan hidup sehingga akhir hayat sehingga ke anak cucu.

p/s: “Harap kepada yang tersayang dapat menghadapi semua ini dengan tabah dan sabar. Harapan agar doa mengiringi dan Allah memberkati kita’’

Sekian,

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
KB Chalet, PERAK.
5.13 petang

Friday, January 23, 2009

Mission & Vision




The success of the IIUM lies with its industrious scholars and intellectuals, dedicated administrative staff, and its diligent and resourceful students who unswervingly uphold the vision and mission of the university.

Almarhum Prof. Ismail Faruqi said “The person with a role that is relevant to us here is the person with a cause. The person with a cause is a person who has vision and mission’’

Thus, it is my pleasure for me to be part of the SRC Exco members in order to develop and hence enable students to realize the noble mission and ideals of the University as stated in (Triple IIICE)

The summary of the Mission should read as follows:
i) Integration
ii) Islamization
iii) Internationalization and
iv) Comprehensive Excellence

Therefore, I would like to emphasize the role of SRC in handling and response towards local, national and international issues. Besides, I will uphold the Islamic principle, values and practices in all the course of our struggle for the betterment of the Ummah. Indeed, it is very important in order to develop a student who is competent and can serve the Ummah after graduate.

In summary, my main agenda is to struggle for the best interest of the students. It can be done by bridging the gap between the SRC and the students. It is my responsibility to protect and serve the needs and welfare of the students, regardless of their course, origins or backgrounds and make the students my focal concern.

(Essay yang dihantar oleh penulis dalam borang pencalonan ke SRC)

PRK-UIAM




Khamis, 22.01.2009 merupakan hari untuk mahasiswa UIAM untuk memilih wakil mereka untuk berada dalam SRC. Manakala pengundian bagi dua kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguh sehingga 29 Januari depan, selepas kumpulan Pro-Mahasiswa membuat bantahan terhadap calon PKPIM yang bertanding di kerusi berkenaan.

Entri pada kali ini sekadar untuk berkongsi kepada pembaca berkenaan suasana Pilihanraya Kampus di UIA. Saya lebih menumpu kepada kerusi panas di KENMS. 5 orang bertanding melibatkan pertandingan 3 penjuru. Calon daripada PKPIM, Pro-Mahasiswa dan juga Pro-Aspirasi.

Sepanjang pengundian daripada pukul 9.20 pagi sehingga 5.20 petang , tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Semua mahasiswa turun menunaikan tanggungjawab mereka memilih 2 orang wakil yang akan membawa suara mereka kepada pihak atasan.

Semua calon juga turun ke tempat mengundi untuk memastikan kelancaran proses pengundian disamping untuk membuat 'pujukan' terakhir kepada mereka. Penulis hanya turun pada jam 11.20 pagi selepas menghadiri 2 kelas sebelumnya.

Pada masa yang sama, penulis juga agak terkilan akan pengeluaran artikel atau propaganda fitnah, adu domba dan cubaan mengelirukan mahasiswa yang disebarkan ke serata kampus . Tindakan politik kotor yang dibawa pihak-pihak tertentu yang menghentam setiap front-front atau grup yang bertanding dalam PRK kali ini amat dikesali sama sekali.

Seperti dijangka oleh penulis, 'TEROPONG' yang akan dikeluarkan pada hari pengundian akan menghentam habis-habisan PKPIM.Bermula daripada sejarah penubuhan UIA kepada rialiti sekarang. Daripada DSAI, DR Asyraf Wajdi, Abg Yusri, Abg Hilmi dan juga Abg Saifullah. Penulis tidak mahu menyalahkan kepada mana-mana pihak baik daripada WUFI mahupun ASPIRASI atau ada sebahagian grup-grup lain.

Mungkin ada yang menyatakan, mahasiswa tidak akan terpengaruh dengan tulisan-tulisan sedemikian. Kenapa mahu memberontak? Pada pendapat penulis, politik nilai yang cuba dibawa oleh mahasiswa perlu diangkat. Kenapa perlu mengikut politik luar yang sudah tentu penuh dengan taktik keji dan konspirasi.

Seharusnya kita haruslah matang. Hidup dan suburkan politik kampus dengan suasana yang bersih dan sihat. Tidak perlulah kepada hentam menghentam, adu domba dan amalan negatif lain. Seharusnya kita bersikap lebih profesional dan bersikap terbuka dalam tempoh berkempen.

Penulis juga serba salah kepada sahabat-sahabat penulis terutamanya daripada WUFi. Berkemungkinan perkara ini akan menyebabkan hubungan baik penulis selama ini terjejas. Mungkin ada diantara mereka tersingggung dengan tindakan Abg Saifullah yang masuk dan meminta mana-mana pihak untuk memohon maaf atas penyebaran artikel berkenaan.

Kita tinggalkan isu ini. Penulis berharap adanya penyelesaian dan proses kepada penyatuan mahasiswa di UIAM. Baik dimana-mana pihak.

Paling penting selepas ini adalah tindakan dan kerja yang kan dilakukan oleh kesemua yang terpilih. Alhamdulilah, rezeki ALLAH. Penulis antara yang menang dalam pemilihan ini bersama Bro Sofi. Tahniah kepada beliau.Pengumuman keputusan PRK-UIAM telah diumumkan oleh Dato' Hamidon Abd Hamid.

null



Majoriti kerusi disapu bersih oleh Pro-Mahasiswa. Tahniah diucapkan kepada mereka. Amanah yang dipegang perlu dilaksana. Harapan penulis juga supaya SRC pada kali ini boleh memberikan yang terbaik kepada semua warga universiti di Taman Ilmu dan Budi ini.


Akhir kalam, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jentera yang banyak menolong penulis sepanjang PRK kali ini. Jasa baik kalian tidak akan penulis lupakan. Penulis memohaon kemaafaan kerana tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Harapan penulis agar pertolongan ini tidak hanya berakhir disini. Doa, dorongan, kritikan, pandangan dan sebagainya amat penulis hargai.Sungguh berat tanggungjawab ini. Kepada yang tidak bernasib baik, teruskan perjuangan anda. Jika kalah tidak bererti anda menyerah!

Tahniah kepada semua!

Sekian,

AHMAD FAHMI MOHD SAMSUDIN
16.48PM
C.C MAHALLAH BILAL.

Wednesday, January 21, 2009




Assalamualaikum..

Hmm.. Minggu yang meletihkan. Minda,akal,rohani dan lain-lain. Sudah tentu isunya adalah berkenaan PRK yang akan dihadapi aku esok hari. (Khamis 22.01.09) Hari bersejarah bagi diriku dalam tempoh pengajian di Taman Ilmu dan Budi ini.

Penulis memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengikuti blog ini. Penulis sangat sibuk dengan persiapan terakhir menjelang hari pengundian. Kebetulan lab itd dan juga di Kulliyah tidak dapat digunakan untuk urusan pengundian nanti. Penulis juga menghadapi masalah untuk online wireless menggunakan laptop. Bukan tidak register. Tetapi ada masalah lain yang penulis juga tidak tahu.

Petang ini pun di CC Mahallah Bilal, penulis curi masa juga untuk 'update' blog ini. Banyak perkara yang mahu dianalisa dan juga ditulis. Bermula dengan perkongsian sewaktu penulis ke Pusat Asasi di Nilai untuk memberi "Academic Briefing" kepada adik-adik dari ECONS yang bakal masuk ke UIAM Gombakk tidak lama lagi. Perkongsian pada hari itu mendapat sambutan dan feedback yang baik yang mana program seperti ini perlu lebih diperhebatkan.

Seterusnya keputusan Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu yang sudah tentu semuanya mengetahui bahawa PAS menang majoriti. Juga tidak dilupakan ialah Persiapan Jentera Pilihan Raya sewaktu Nomination Day dan juga sepanjang dua hari tempoh untuk penulis berkempen kepada warga Kuliyyah Ekonomi ini. Insya Allah penulis akan berkongsi kepada semua pembaca blog ini.


Akhir kalam, penulis memohon kemaafan kepada semua jika penulis terkasar, terumpat dan lain-lain huhu.. Kepada Abg Syuhaib. Minta maaf dengan kereta GAZA beliau.A.Berg dan juga A.Krol juga.Ada urusan yang tidak selesai lagi. Kepada rakan-rakan satu group yang menunggu dengan sabar assigment saya dan juga kepada yang mengenali diri penulis. Juga kepada kawan-kawan yang ada melihat penulis asyik tersengguk-sengguk khusyuk berzikir didalam kelas sewaktu lecturer mengajar(penulis boleh hilang undi berkelakuan sedemikian)huhu.. Insya-Allah hanya untuk minggu ini.

Jangan lupa untuk semuanya turun mengundi. Selamat Mengundi kepada semua mahasiswa Taman Ilmu dan Budi! Tunaikan tanggungjawab anda. bak kata Awe "Pilihlah yang terbaik!" VOTE FOR AHMAD FAHMI!!!


Sekian..
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
C.C Mahallah Bilal
06.50 petang

Tahniah kepada KEMBARKU.. Menang bertanding utk kerusi BEBAS di UPM. Teruskan 'kebebasanmu' itu.

Terima kasih juga pada KOSMO sebab datang interview. (rujuk KOSMO 21.01.09)

Selingan...

Hari Jumaat, penulis bangun agak lambat waktu itu.Mengikut perancangan sebenar, 16.01.09 merupakan Hari Penamaan Calon untuk PRK UIA. Tetapi Penamaan Calon terpaksa ditangguhkan kepada Isnin ini. Kebetulan penulis sudah ‘drop’ subjek Commercial Law. Agak terkilan juga kerana subjek ini tidak dikira dalam sistem pembelajaran bagi pelajar BECS. Kalau diikutkan, penulis seorang sahaja daripada BECS, manakala kesemua rakan-rakan sekelas adalah daripada BACC.

Pesoalannya disini ialah Adakah subjek yang diambil waktu ini adalah sekadar prasyarat bagi pelajar untuk menghabiskan ‘credit hour’sepanjang pengajian di UIAM sepertimana yang ditetapkan ataupun Mahasiswa pada masa ini mengambil subjek atas dasar dan kesedaran diri untuk mendapatkan ilmu sebenar? Tepuk Dada, Tanya Iman...
Solat Jumaat hari ini penulis turun agak awal ke Masjid. Sebelum ini, dikala muazzin melaungkan azan pertama barulah penulis terkial-kial untuk bersiap. Amalan tidak menghormati hari Jumaat ini perlu dielakkan dan dijahui sama sekali. Hal ini juga diingatkan oleh Abg Azrol ketika pengisian usrah selepas solat tadi.

Pengisian beliau juga agak mantap dengan Analisa berkenaan Israel dan Zionist. Penulis sendiri tidak mempunyai kefahaman yang jelas dalam isu ini. Justeru, diskusi ilmiah berkenaan isu ini perlu diperbanyakkan. Umat Islam perlu diberi kesedaran!
Seusai usrah, penulis merancang untuk menghadiri Public Lecture daripada Prof Dr Kamal Mydeen Mira bertajuk ‘’World Economic Crisis and the Effect to the Muslim World’’ Topik yang menarik untuk dianalisa. Malangnya, penulis diberitahu bahawa Public Lecture ini ditangguhkan kepada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Terus penulis dan rakan-rakan ke Kafeteria di LAW. Pekena Nasi Ayam. Kami merancang untuk beriadah petang ini. Cadangan awal untuk ke Flamingo untuk bermain bowling dan juga ke Sg Pisang untuk mandi-manda. Pukul 5.30 kami bertolak dan keputusan terakhir hanya ke Sg Pisang. Memandangkan masa tidak mengizinkan.

Keadaan di Sg. Pisang agak tercemar akibat tumpahan minyak kelapa sawit akibat kemalangan. Masih terdapat saki baki minyak yang masih melekat di batu-batu sungai. Objektif utama untuk aktiviti mandi manda tetap diteruskan. Aktiviti sebegini perlu lebih kerap dalam usaha untuk memupuk semangat ukhuwah sesame rakan. Antara perkara baru yang cuba dibawa dalam riadah mandi manda ini ialah pengisian ilmiah iaitu perkongsian buku Prof. Sidek Baba bertajuk ‘Fikir dan Zikir’ oleh Sdra Izzat. Sesi mandi manda ini juga diiselang seli dengan riadah bermodul air yang dicipta oleh Sdra Khairullah.

Keindahan alam ciptaan Allah S.W.T perlu dirasai dan dinikmati oleh semua. Tetapi nikmat yang diberikan di dunia ini hanyalah sementara. Pengakhiran yang lebih panjang ketika mana kita tidak lagi merasai nikmat hidup di dunia ini...

Aku hanya insan biasa..punyai kelemahan....

Sekian..
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
Jumaat 10.00 malam
Usrah PKPIM-UIAM...

Diariku.....

Pukul 7 malam penulis bersiap untuk ke rumah Saudari Izzah, Exco Dakwah Tarbiyyah PKPIM di Puchong. Malam ini ada usrah Qiyadah pimpinan PKPIM Pusat disana. Air di UIA masih belum ada (akibat kemalangan lori minyak sawit di Lebuh Raya Pantai Timur) Masalah juga jika hilang nikmat air ini. Teringat juga aku kepada mangsa-mangsa peperangan di Gaza dan juga orang yang tidak berkemampuan.

Zul datang menyapa dan membawa pesanan Dr Fuzi bahawa PRK UIA kali ini akan ditangguhkan kepada tarikh yang akan diberitahu kemudian. Alhamdulilah. Terfikir penulis kala itu untuk ikut saja Abe and the gang. Mereka merancang untuk ke K.Trg untuk melihat sendiri suasana PRK K.TRG sabtu ini. Aku terus saja menghubungi Dr Fuzi, Pengetua Kolej Kediaman As-Siddiq untuk mengesahkan perkara ini. Beliau memberitahu bahawa PRK UIAM pada kali ini akan ditangguhkan kepada 22.01.2009 (Khamis) dan Penamaan Calon pada 19.01.2009 (Isnin). Alasannya kerana masalah air. Cuti khas pada hari Jumaat sehingga Ahad juga diberi.

Alhamdulilah. Ada juga hikmah air tiada di UIA waktu ini. Hal ini juga perlu dilihat dari perspektif agama iaitu Allah S.W.T memberi peringatan kepada kita untuk berjimat ketika menggunakan air. Sahabat-sahabat boleh lihat akan penggunaan air di setiap mahallah oleh pelajar UIA ini. Pada masa sama juga, persiapan penulis untuk PRK belum lagi selesai. Essay bertajuk Mission and Vission if you are elected as the SRC Exco members belum lagi dikarang. Bukan tiada idea, tetapi masih belum 'kuat' semangat untuk menulis.

Setelah solat Maghrib di Masjid Biru, kami pimpinan PKPIM terus bergerak ke Puchong. Konvoi kereta sebanyak 3buah. Perjalanan juga memakan masa yang agak lama. Penulis bersama dengan Abg Berg (Presiden PKPIM). Sudah lama tidak berdiskusi bersamanya. Banyak juga topic yang dibincangkan sepanjang perjalanan. Politik, PRK K.TRG, PRK UIA,Ekonomi, Serangan Israel di Gaza dan banyak lagi.

Malam itu, sebelum bermulanya usrah, kami semua dijamu. Makan malam yang ditaja oleh keluarga Izzah. Kenyang hingga menjilat jari. Perbincangan usrah malam itu berkenaan Tafsir Surah Al-Muddasir ayat 8-10 yang disampaikan oleh Kak Su. Usrah sebelum ini telah menbincangkan ayat 1-7. Sedikit perkongsian berkenaan maksud ayat dan juga perbincangan tafsir ayat tersebut ialah berkenaan amaran Allah S.W.T tentang keadaan hari Kiamat. Perbincangan tersebut juga dipanjangkan kepada isu semasa berkenaan ‘sajak kematian’ yang mendapat tentangan ibu bapa. Masing-masing memberikan pandangan dan pendapat tersendiri.


Seterusnya, perbincangan Hadis 19 bertajuk ‘Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu’ yang dibentangkan oleh Izzah. Pengajaran daripada Hadis tersebut ialah Hubungan baik dengan AllahS.W.T perlu dijaga. Umat Islam juga perlu yakin bahawa kemenangan Islam akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan.


Penutup usrah malam itu disampaikan oleh Abg Hilmi, Presiden PKPIM yang memperkenalkan kepada kami buku Misteri Masa Kelam Islam dan Kemenangan Perang Salib oleh Dr Majid Irsan Al-Khani.(buku ini wajib dibaca oleh semua penggerak Islam dan mahasiswa secara ammnya)

Beliau juga mencadangkan bahawa Isu Palestin perlu dilihat dalam konteks multidemensi iaitu dalam Konteks Ilmiah dan Pemikiran Strategik. Sebagai contoh ketika zaman Imam Al-Ghazali , Umat Islam ketika itu lebih teruk berbanding sekarang. Imam Ghazali mengarang buku Ihya Ulumuhuddin untuk membina Generasi Salahuddin Al-Ayubi. Justeru, madrasah dan pemikiran Imam Al-Ghazali perlu dikembangkan. Pembinaan Individu merupakan Ibarat menanam pokok, tetapi hasilnya boleh dituai oleh generasi akan datang.

Tambahan pula, pendekatan umat Islam pada waktu ini mempunyai 2 sifat.

1) BOMBA- ada masalah baru bertugas

2) ARKITEK- sentiasa melakukan kerja (merancang,lakaran dan lain-lain)

Dalam konteks hari ini, kita semua tidak perlu mempersoalkan apa yang kita dapat? Tetapi kita harus melihat kepada kesan yang kita dapat. Isu Palestin perlu ada dalam hati setiap umat islam. Justeru, Qunut Nazilah dan doa sentiasa di ingatan. Harapan agar perkembangan Islam dewasa ini akan melahirkan generasi ke-2 Salahuddin Al-Ayubi pada zaman 2020.

Malam itu seusai Usrah, penulis memandu pulang dan terus bersam kawan-kawan untuk persiapan jentera PRK. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dalam persiapan jentera.

Sekian

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin

UIAM Gombak

Khamis, 15.01.2009

Thursday, January 15, 2009

P.R.K Kuala Terengganu

Sabtu ini merupakan hari untuk pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu. Penentuan antara 2 parti politik terbesar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS dan juga seorang calon bebas. Sebetulnya penulis sudah layak untuk mengundi. Malangnya, SPR mengambil masa yang agak lama untuk mengemaskini senarai nama pengundi baru (4 bulan).

Seharusnya di Malaysia, jika seseorang sudah berumur 21 tahun secara automatiknya diberi status sebagai seorang pengundi pendaftar sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Pengundi tidak perlu lagi mendaftar dan merujuk kepada SPR dan sebagainya. Sudah tentu ini merupakan alasan bagi majoriti belia yang sudah layak dan masih tidak mendaftar sebagai pengundi. Lebih malang lagi orang Melayu merupakan golongan majoriti dalam masalah ini. Kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab ini perlu disemai dalam kalangan golongan muda yang layak.

Bercakap soal PRK di K.TRG ini, penulis berasa agak kesal juga kerana tidak berkesempatan untuk melihat sendiri suasana pilihanraya di tempat sendiri. (DUN Batu Buruk) Teringat juga sewaktu PRU 1999 dan 2004 penulis begitu berminat mengikuti kempen-kempen parti politik. Tambahan pula terdapat juga saudara mara yang begitu aktif terlibat dengan aktiviti parti ini baik di pihak pembangkang mahupun kerajaan.

Selain itu, penulis juga sempat merasai zaman pemerintahan kerajaan BN dan juga PAS waktu itu. (MB TRG - Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Dato Seri Idris Jusoh, sekarang Dato' Ahmad Said) Soalnya sekarang, penulis merasakan situasi politik dan isunya telah berubah mengikut peredaran zaman. Penulis agak objektif dalam pemerhatian kerana di Terengganu situasinya agak berbeza berbanding negeri-negeri lain. Ada yang bercakap, isunya tetap ada dan sama tetapi lagu dan lirik sahaja yang bertukar. Bagi penulis, masing-masing mempunyai kelemahan dan kelebihan. Terpulang kepada rakyat untuk menilai dan menentukan.

Malangnya, melihat kepada trend kempen parti-parti politik yang berlaku pada masa ini sedikit membimbangkan dan mengecewakan. Bilamana adanya Pilihanraya kecil, barulah kerajaan mahupun pembangkang atau orang-orang politik dari seluruh negara turun padang. Turun dengan membawa janji-janji politik baru dengan dana-dana yang lebih besar.

Hal ini sudah tentu memberikan kelebihan kepada parti yang memerintah kerana peruntukan dan dana lebih senang untuk diluluskan. Adakah trend ini wajar diamalkan khususnya dalam konteks untuk mendapatkan sokongan rakyat? Disamping itu, pentas politik dan ceramah-ceramah parti pasti dipenuhi dengan fitnah, kutukan, dan adu domba yang sudah tentu tidak akan memberikan faedah kepada agama Islam. Tambahan pula majoriti pengundi di K.TRG adalah Melayu.

Persoalan dan masalah ini perlu dirungkai dan dijelaskan. Ya, mungkin sudah menjadi hak dan tanggungjawab kepada kerajaan untuk memberi peruntukan dan meluluskan projek di sesuatu tempat dan kawasan. Tetapi tidakkah semua ini hanya bersifat semnetara dan jangka pendek? Mari kita lihat selepas keputusan PRK K.TRG selepas ini. Adakah bapak-bapak Menteri mahupun badan pelaksana akan lebih prihatin untuk turun lebih kerap mendekati rakyat. Kalau ya. Alhamdulilah.. Harapnya usaha murni ini perlu diteruskan..

Sehubungan itu, harapan penulis agar projek-projek dan juga janji yang telah diberi dan dilimpahkan sepanjang tempoh berkempen akan dilaksankan, baik kepada calon yang memenangi kerusi ini ataupun yang kalah. Tambahan pula 3 kerusi D.U.N di Parlimen ini milik PAS dan satu milik MCA. Jadi tiada salahnya jika ahli Parlimen baru K.TRG dapat bekerjasama mengangkat dan membela rakyat lebih daripada kepentingan diri dan politik.

Sebelum mengundur diri, penulis ingin mengucapkan Tahniah kepada SMK Bandar K.TRG (sekolah lama penulis- Tingkatan 1-3 sebelum ke MRSM Jasin) atas pengumuman Dato' Seri Hisyamuddin, Menteri Pelajaran atas penukaran nama sekolah tersebut kepada SMK Dato' Razali Ismail berkuatkuasa Jumaat ini. Semoga dengan nama baru, sekolah yang banyak memberi pengalaman manis kepada penulis ini akan meneruskan keazaman, semangat dan kecemerlangan legasi Allayarham Dato' Razali dalam memartabatkan mutu dan kualiti pendidikan.

Sekian. (selamat mengundi kepada Abah, Mama dan juga Along)

Ahamd Fahmi Mohd Samsudin
LAB KENMS
01.11 petang

Tuesday, January 13, 2009

Interview PRK..

Isnin dan Selasa merupakan hari untuk bakal-bakal calon yang akan bertanding dalam PRK kali ini menghadiri temuduga bersama Dekan Kuliyyah dan juga ujian bahasa Inggeris (English Proficiency Test).

Aku datang bersama Ain Najwa (rakan deligasi ke SRI LANKA baru-baru ini. Tak ku sangka Awe bersetuju untuk terlibat dengan PRK ini. Tahniah Awe atas semangat yang ditunjukkan!) Waktu itu pukul 2.30 petang. Kami ke Pejabat Ustaz Hamidon (sekarang Dato') tetapi aku lebih selesa menggunakan istilah Ustaz ketika menyapa beliau. Ramai juga calon-calon yang akan bertanding kali ini. Saingan sengit barangkali.

Bercakap berkenaan 'team' yang aku wakili. Ramai juga bertanyakan aku. Fahmi! Masuk bertanding ke? Masuk WUFI ke ASPIRASI? Soalan ini sudah aku dengar berkali-kali. Sudah lali rasanya. Kadang-kadang aku bertanya kembali kepada kawanku itu. Rasa-rasanya WUFI ke ASPIRASI? huhu.. Jawapanya terpulanglah kepada kalian semua. Tetapi ada eloknya aku memberi penjelasan supaya tiada yang keliru dan tertanya -tanya.

Semenjak keterlibatan aku dalam PKPIM dan ABIM baik di peringkat Universiti mahupun Kebangsaan, aku banyak belajar daripada madrasah ini.Aku juga dapat membuat analisa dan pemerhatian tersendiri. Justeru, dalam konteks aku sebagai Mahasiswa taktala masih di Taman Ilmu dan Budi ini, ada baiknya untuk aku tidak berpihak kepada mana-mana pihak yang lebih cenderung kepada politik kepartian semata-mata. BEBAS dan Non-Partisan!

Prinsip Non-Partisan sebenarnya masih perlu diterangkan dan difahami oleh semua pihak. Aku tidak bermaksud untuk tidak berpihak kepada mana-mana parti. Aku pun ada juga kecenderungan. Tetapi, hanya diriku dan Allah sahaja yang tahu huhu...Buat masa sekarang, kita perlu lebih objektif.

Aku sebenarnya tidak menggemari apabila mahasiswa di universiti dilabel sebagai Pro Pembangkang ataupun Pro Kerajaan (sekadar contoh untuk perbandingan) Prinsip Non-Partisan mengajarku mendokong kebenaran dan menyanggah kebatilan tanpa sebarang keterikatan dengan sebarang puak hingga menghalang pertimbangan rasional dan keadilan. Itulah hujahku. Mungkin ada yang mempertikaikan. Tetapi semua ini atas pertimbangan rasional kita semua.

Alhamdulilah, semalam aku dapat melepasi sesi temuduga dan juga public speaking. Bagi aku, satu ujian sudah selesai. Walaupun terpaksa meninggalkan 2 kelas (ada excuse letter tau!). Sekadar perkongsian diwaktu interview bersama Timbalan Dekan dan Dekan Kuliyyah. Waktu itu, aku bersama 2 orang lagi mahasiswi dari LAW dan juga IRK. Hanya 3 soalan yang ditanya. (Sesi Interview ini menggunakan Bahasa Inggeris)

1) If you are not selected as SRC. What do you do?
2) How popular you are?
3) Your opinion regarding to amendments of AUKU?

Soalan ini nak dikatakan susah..bagi aku soalan yang agak 'simple' la. Ok. Memandangkan kedua-dua Sis. yang menjawab tidak menerangkan secara 'detail', sesi kami tidak terlalu panjang.(sesi interview waktu pagi hari itu mengambil masa sejam kata Adli, calon LAW). Aku berjaya menghidupkan suasana sesi tersebut dengan lawak spontan aku. (Jika berminat nak mengetahi jawapan bagi ke tiga-tiga soalan itu, bolehla bertanyakan aku yea)

Seusai sesi temuduga bersama Dekan, ada satu lagi Test yang perlu dilalui. English Proficiency Test. Sesi ini aku diberi masa selama lebih kurang 5-10minit untuk bercakap tentang apa sahaja. Sesi ini dikendalikan oleh Bro Latif dari SPICE dan Bro Amir. Topik yang aku pilih pada sesi itu ialah berkenaan serangan Israel di Gaza. Aku mencadangkan agar UIAM mengambil inisiatif segera melakukan sesuatu dalam konteks institusi pengajian tinggi baik di Malaysia mahupun di dunia. Tambahan pula UIAM merupakan IPT yang mempunyai jaringan yang kuat dengan OIC untuk bertindak sesuatu dalam isu ini. Saranan dan gesaan untuk melakukan boikot turut aku tekankan dalam sesi ini.

Sebagai konklusi, isu samada menjadi SRC ataupun tidak bukan menjadi persoalan penting buatku. Menag dan kalah adat dalam sesuatu pertandingan. Jawatan bukan menjadi penghalang kepada kita untuk melakukan sesuatu. Selagi mana kita bergelar mahasiswa, peranan dan tanggungjawab tetap akan diteruskan.

Sekian.
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
13.14 petang
Lab KENMS

Sunday, January 11, 2009

Hari ini 11.1.2009. Petang tadi baru saja selesai Tamrin Qiyadi Kebangsaan PKPIM. Kali ini PKPIM buat TQK bersiri. Ada 2 siri kesemuanya. Alhamdulilah.. Semuanya bejalan lancar. Walaupun hanya di jalankan di Masjid Salahudin Al Ayubi, Taman Melati. (kredit diberikan kepada pengurusan masjid) Ini merupakan pengalaman pertama aku menjadi AJK dan fasi TQK sejak menjadi exco nie. Sebelum nie sudah 3 @ 4 kali mengikuti TQK sebagai peserta sahaja.

Sebelum itu, pada hari Jumaat lepas, aku berkesempatan bersama dengan ribuan mahasiswa/i IPTA seluruh Malaysia mengadakan demonstrasi anjuran GAMIS. Bermula dari Masjid KLCC ke Kedutaan Mesir sejauh 3km. Kekejaman oleh Israel perlu dikecam. Negara-Negara Islam terutamnya negara Arab perlu bersatu hati dalam isu ini. Inilah masalah orang Islam sekarang. Tiada KESATUAN!! Walaupun aku tak dapat banyak membantu. Semoga dengan doa dapat juga meredakan kesakitan yang dihadapi oleh umat Palestin di GAZA. Gesaan untuk memboikot barangan US dan pendokong kezaliman harus disahut oleh semua pihak!

Seusai demo aku sempat ke rumah saudara untuk solat Asar di AU 3 dan ke DAWAMA @ DBP yang lama untuk mendapatkan beberapa buku. Hari ini (Ahad) merupakan hari terakhir jualan murah disana. Aku sempat membeli 3 buah buku.

Kalau diikutkan, memang banyak juga aktiviti minggu ini. Seminar 100 Pak Natsir di KUIS. Melepas nak mendengar Pengisian Pak Syeikh dan pembentangan kertas-kertas kerja lain. Walaupun begitu aku sempat menempah buku untuk dijadikan rujukan berkenaan Pak Natsir(Perdana Menteri terakhir Indonesia) terbitan WADAH dan KUIS.

Selain itu, ada juga abg-abg senior PKPIM mempelawa ke UIAM Kuantan. Nak juga melihat persiapan PRK di sana. Alang-alang ke Kuantan, kenapa tak turun ke K.TRG saja? Nasib belum mendaftar lagi sebagai pengundi (21tahun pada November 2008)

Hmm.. Terpaksa juga memilih. Mana yang lebih 'awla'. Seusai TQK, aku terus saja je Plaza Idaman. Hantar HP ke kedai. Ada masalah rupanya. Haai...Harap-harap la kos nak baiki hp nie tak banyak. Balik ke UIA dengan TR3742 dalam keadaan hujan lebat...

Malam nie pula aku ada usrah GPTD Sri Lanka. Dah lama x berjumpa sesama ahli grup. Harap dapat berusrah sama dengan pelajar-pelajar Sri Lanka di UIAM ini. Assigment pun bertimbun rasanya. Persiapan untuk PRK lagi.. Hmm.. Masih lagi dalam proses untuk membiasakan diri dengan 'situasi baru' yang mungkin berlaku. Harap dapat sokongan,doa dan dorongan daripada semua pihak.

Sehingga ketemu lagi.....

Saturday, January 3, 2009

AZAM 2009

Teng.. teng.. teng...(12x) Jam sudah menunjukan 00.00pagi. Tahun 2009.. Pejam celik pejam celik tahun 2008 meninggalkan kita semua.

Kebiasaan aku akan berada di KLCC @ di tempat-tempat 'countdown' di KL sekiranya ada di sini. Itupun aku bersama rakan mengikuti program-program samada anjuran PKPIM,PERKID, PEKIDA atau NGO-NGO lain yang prihatin dalam 'menyambut' sama kemeriahan sambutan ini. Tetapi sambutan tahun baru ini aku tidak berkesempatan bersama sahabat-sahabat PKPIM lain ber'tamrin marahil' bersama-sama kerana tertidur kepenatan.

Bicara aku ini bukan berkenaan sambutan tahun baru. Persoalannya yang mahu aku utarakan disini islah Adakah 2008 memberi 'kesan' mendalam kepada diri kita semua terutamanya menyedari diri sebagai khalifah Allah ini ? Banyak pengalaman pahit dan manis sepanjang 2008 yang dapat dirasai oleh aku sendiri. Antara yang menarik yang boleh dikongsi ialah pengalaman berada di negara orang. Peluang ke Indonesia dan Sri Lanka tidak akan aku lupakan, juga kesempatan bertemu dengan tokoh-tokoh terkemuka tanah air dalam pelbagai bidang dan lain-lain yang mana aku merasakan ''pembelajaran melalui pengalaman adalah guru sebenar dalam kehidupan ini.

ok..Bercakap berkenaan tahun baru ni... Mesti kita tak akan lari daripada berbincang berkenaan AZAM.. Sebelum terlupa aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430M dan juga tahun baru 'konvensional' 2009 :)

Azam tahun baru? Persoalan ini pasti akan timbul ketika mana transisi pertukaran tahun berlaku. Persoalan ini juga dibincangkan di dalam usrah rakan-rakan UIA dan juga tazkirah yang aku sampaikan dalam perjumpaan exco PKPIM baru-baru ini.

Apa azam aku untuk tahun ini? erm.. mungkin dapat juga aku kongsikan kepada anda semua. Betul tak? Ok. akan aku bahagikan kepada beberapa perkara.

1) Ibadah
- Teruskan konsisten dengan ibadah yang dilakukan dan menambah amalan-amalan sunat lain
- Perbanyakkan menghadiri majlis-majlis dan kuliah-kuliah ilmu jika berkesempatan (cari masa juga!!)
- Berjumpa dan bersama dengan abg-abg senior PKPIM-ABIM dan orang alim.
- Klau boleh apa yang dilakukan adalah berjemaah cth : Solat Lima waktu!

2) Akademik
- Jangan bertangguh!!!
-Buat Assigment ontime! Banyakkan ulangkaji dan buat rujukan tambahan
-Tolong Prof Aslam Haneef sebagai Asst. Researcher untuk 2nd edition buku dia Contemporary Islamic Economic Thaught
-Dapatkan result yang baik.. (doakan yea)
-Jadikan library sebagai 'my second mahallah'

3) Persatuan dan Pertubuhan
-Jaga nama baik
-Banyakkan membaca dan menulis
-Bina jaringan
-Seimbangkan antara masa belajar dan berpesatuan
-Rajin-rajinkan diri terlibat dalam program sukarela.

4)Lain-lain
-Eratkan hubungan dengan keluarga sendiri dan orang lain :)
-Update blog selalu dan buat lagi menarik dan simple.
-Elakkan kontroversi dan konfrantasi huhu..
-Yang ini penting juga "KURANGKAN BERAT BADAN ANDA''
-Jaga kesihatan dan pemakanan
-Banyakkan bersukan dan riadah.

Ok.. Ini la senarai Azam aku yang boleh aku kongsikan. Tak semua la yang boleh diberitahu. huhu. Azam ini pun termasuk juga azam-azam lama yang terbengkalai.

InsyaAllah. Kepada kawan-kawan yang tahu azam aku ini. Boleh la tegur-tegur juga jika perbuatan dan perilaku aku tidak selaras dengan azam ini. Aku hanya manusia yang punyai dosa..