Friday, January 23, 2009

PRK-UIAM




Khamis, 22.01.2009 merupakan hari untuk mahasiswa UIAM untuk memilih wakil mereka untuk berada dalam SRC. Manakala pengundian bagi dua kerusi Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguh sehingga 29 Januari depan, selepas kumpulan Pro-Mahasiswa membuat bantahan terhadap calon PKPIM yang bertanding di kerusi berkenaan.

Entri pada kali ini sekadar untuk berkongsi kepada pembaca berkenaan suasana Pilihanraya Kampus di UIA. Saya lebih menumpu kepada kerusi panas di KENMS. 5 orang bertanding melibatkan pertandingan 3 penjuru. Calon daripada PKPIM, Pro-Mahasiswa dan juga Pro-Aspirasi.

Sepanjang pengundian daripada pukul 9.20 pagi sehingga 5.20 petang , tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Semua mahasiswa turun menunaikan tanggungjawab mereka memilih 2 orang wakil yang akan membawa suara mereka kepada pihak atasan.

Semua calon juga turun ke tempat mengundi untuk memastikan kelancaran proses pengundian disamping untuk membuat 'pujukan' terakhir kepada mereka. Penulis hanya turun pada jam 11.20 pagi selepas menghadiri 2 kelas sebelumnya.

Pada masa yang sama, penulis juga agak terkilan akan pengeluaran artikel atau propaganda fitnah, adu domba dan cubaan mengelirukan mahasiswa yang disebarkan ke serata kampus . Tindakan politik kotor yang dibawa pihak-pihak tertentu yang menghentam setiap front-front atau grup yang bertanding dalam PRK kali ini amat dikesali sama sekali.

Seperti dijangka oleh penulis, 'TEROPONG' yang akan dikeluarkan pada hari pengundian akan menghentam habis-habisan PKPIM.Bermula daripada sejarah penubuhan UIA kepada rialiti sekarang. Daripada DSAI, DR Asyraf Wajdi, Abg Yusri, Abg Hilmi dan juga Abg Saifullah. Penulis tidak mahu menyalahkan kepada mana-mana pihak baik daripada WUFI mahupun ASPIRASI atau ada sebahagian grup-grup lain.

Mungkin ada yang menyatakan, mahasiswa tidak akan terpengaruh dengan tulisan-tulisan sedemikian. Kenapa mahu memberontak? Pada pendapat penulis, politik nilai yang cuba dibawa oleh mahasiswa perlu diangkat. Kenapa perlu mengikut politik luar yang sudah tentu penuh dengan taktik keji dan konspirasi.

Seharusnya kita haruslah matang. Hidup dan suburkan politik kampus dengan suasana yang bersih dan sihat. Tidak perlulah kepada hentam menghentam, adu domba dan amalan negatif lain. Seharusnya kita bersikap lebih profesional dan bersikap terbuka dalam tempoh berkempen.

Penulis juga serba salah kepada sahabat-sahabat penulis terutamanya daripada WUFi. Berkemungkinan perkara ini akan menyebabkan hubungan baik penulis selama ini terjejas. Mungkin ada diantara mereka tersingggung dengan tindakan Abg Saifullah yang masuk dan meminta mana-mana pihak untuk memohon maaf atas penyebaran artikel berkenaan.

Kita tinggalkan isu ini. Penulis berharap adanya penyelesaian dan proses kepada penyatuan mahasiswa di UIAM. Baik dimana-mana pihak.

Paling penting selepas ini adalah tindakan dan kerja yang kan dilakukan oleh kesemua yang terpilih. Alhamdulilah, rezeki ALLAH. Penulis antara yang menang dalam pemilihan ini bersama Bro Sofi. Tahniah kepada beliau.Pengumuman keputusan PRK-UIAM telah diumumkan oleh Dato' Hamidon Abd Hamid.

null



Majoriti kerusi disapu bersih oleh Pro-Mahasiswa. Tahniah diucapkan kepada mereka. Amanah yang dipegang perlu dilaksana. Harapan penulis juga supaya SRC pada kali ini boleh memberikan yang terbaik kepada semua warga universiti di Taman Ilmu dan Budi ini.


Akhir kalam, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jentera yang banyak menolong penulis sepanjang PRK kali ini. Jasa baik kalian tidak akan penulis lupakan. Penulis memohaon kemaafaan kerana tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Harapan penulis agar pertolongan ini tidak hanya berakhir disini. Doa, dorongan, kritikan, pandangan dan sebagainya amat penulis hargai.Sungguh berat tanggungjawab ini. Kepada yang tidak bernasib baik, teruskan perjuangan anda. Jika kalah tidak bererti anda menyerah!

Tahniah kepada semua!

Sekian,

AHMAD FAHMI MOHD SAMSUDIN
16.48PM
C.C MAHALLAH BILAL.

3 comments:

Cahaya Mulia ... said...

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah rasul (Muhammad), dan Ulil Amri(pemegang kekuasaan) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah(Al-Quran) dan Rasul(Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu, lebih utama(bagimu) dan lebih baik akibatnya." (An-Nisa':59)

~Tahniah & takziah ya akh...!~

a.K.u said...

rasanya Fahmi kena tukar istilah calon 'PKPIM' kpd calon 'bebas'..

rasanya la...em..ntahlah...

naimi said...

wah tahniah fahmi..
sowi la lama xcontact hehe..
lama dah xdengar cite fahmi erkk.
apa-apa pon lakukan amanah yang diberi dengan baik..
memang susah nak penuhkan hati semua orang...
ermmm jaga la kebajikan mahasiswa UIAM k...