Posts

Showing posts from January, 2012

AMANAT 2012: Peranan Pelajar dan Belia Dalam Konteks Pembinaan Negara

Golongan belia merupakan golongan terbesar mewakili penduduk Malaysia, manakala pelajar pula merupakan golongan terbesar dalam kategori belia. Justeru itu, golongan pelajar merupakan golongan yang amat signifikan dalam mencorakkan sesebuah negara dalam membentuk generasi dan kepimpinan akan datang sehingga boleh menjangkau kepada pembinaan tamadun yang hebat. Dalam hubungan ini, umumnya para sarjana yang melaksanakan penyelidikan serta menganalisis aktiviti para pelajar dan belia sependapat bahawa golongan tersebut memainkan peranan perubahan yang penting dalam beberapa siri revolusi seperti di Jerman dan Austria pada tahun 1848, revolusi di China pada tahun 1919 dan pergolakkan terbaru dan kejatuhan rejim zalim Asia Barat seperti di Mesir, Libya dan Syria juga menggambarkan bahawa golongan ini berpotensi dalam menentukan jatuh bangun politik negara berdasarkan kepada perjuangan golongan terpelajar terhadap order lama di negara tersebut. Dalam tradisi Islam, penglibatan golongan m

PKPIM KRITIK KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 1 JANUARI 2012 / 7 SAFAR 1433H PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) mengkritik sekeras-kerasnya tindakan pihak keselamatan terhadap mahasiswa yang menyertai himpunan aman di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli dan bantahan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). PKPIM difahamkan mereka yang terlibat dalam dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dan beberapa mahasiswa cedera parah dan luka di badan sementara beberapa pimpinan mahasiswa ditahan oleh pihak polis awal pagi tadi. PKPIM berpandangan tindakan polis termasuk FRU yang meleraikan mahasiswa secara ganas pada awal pagi ambang tahun baru akan menimbulkan polemik baru yang tidak berkesudahan kerana tindakan seumpama ini tidak bertepatan denga