Sunday, November 16, 2008

Selingan

Sedikit penerangan dan laporan semasa ketika perjalanan aku masuk kepada hari ke 2. Sekarang ini jam 8.00pagi waktu Sri Lanka ( jam 10.30am waktu Malaysia) aku masih menunggu ketibaan van yang akan membawa kami berenam ke Kandy. Salah satu tempat yang menarik( Cameron Higlands di Malaysia)

Aku menginap di rumah pak Cik Jamalon di Kurunegala. Bagi aku, pak Cik Jamalon merupakan seorang lelaki yang mempunyai semangat dan jiwa yang kental di bumi Sri Lanka ini. Bertuah dapat mengenali beliau dan beliau banyak berkongsi idea dan pengalaman kepada kami semua.

Pagi tadi selepas solat Subuh, aku sempat juga berkongsi dan menceritakan keadaan dan rialiti politik semasa di Malaysia. Beliau nampaknya terkejut dan sudah lama tidak mengikuti perkembangsan Malaysia secata dekat.

Ok.. Sehingga aku mencoret lagi. We have to go..

Assalamualaikum...

Sri Lanka!! Here I Come!





Assalamualaikum..

Semalam, 15 November 2008 merupakan hari bersejarah kepada diriku kerana buat pertama kalinya dapat juga menjejakan kaki di bumi Ceylon @ ''pearl of indian ocean'' ini. Mungkin juga ini merupakan hadiah hari jadiku baru-baru ini.

Sebelum ini sekadar melihat melalui internet, buku-buku dan penceritaan orang. InsyaAllah didoakan semoga misi seramai 6 orang (aku, syah, awe, balqis, kak dyl & nadzi) ini mendapat keberkatan dan mencapai objektifnya.

Mungkin kepada sesiapa yang tidak mengetahui apa perancangan aku semasa cuti semester ini merasakan aku sedang 'bercuti' sakan. Tetapi sebenarnya besar sekali matlamat dan tujuan aku ke sini. Melihat negara orang. Menyumbang apa yang termampu. Dan yang paling penting adalah untuk berdakwah kepada masyarakat Melayu disini.

Insya -Allah aku akan cuba untuk menceritakan pengalaman aku di Sri Lanka selama 15 hari ini kepada kalian semua. Akan aku cuba membawa anda semua 'berjalan dan bermusafir' di bumi Sri Lanka ini.

Sehingga ketemu lagi.. Tata....