Posts

Showing posts from April, 2009

IMYC

Image
Sekarang ni penulis sebagai salah seorang peserta program International Muslim Youth Camp (IMYC) bertempat di UIAM. Program international level yang bermula pada 26April hingga 1Jun anjuran gabungan Mahallah atau Kolej Kediaman UIAM ini merupakan satu usaha murni dan iniatif terbaik perwakilan pelajar atau MRC dalam usaha untuk memartabatkan salah satu Mission UIAM iaitu Internationalization. Tahniah! Program ini pada dasarnya merupakan salah satu resolusi daripada program Bench-Marking visit to Jogjakarta pada tahun lepas yang mana penulis menjadi salah seorang panel dalam forum di Universitas Muhammadiyyah di Jogjakarta waktu itu dan hasil daripada perbincangan itu lahirlah usaha kearah penganjuran program ini. Meskipun begitu, pemerhatian penulis dalam program ini kepada penglibatan mahasiswa daripada Malaysia terutamanya pelajar Melayu di Taman Ilmu dan Budi ini masih lagi kurang dan tiada sambutan jika dibandingkan dengan kehadiran peserta luar negara terutamanya pelajar daripada

25th ISLAMIC BANKING AND FINANCE DISCUSSION SERIES

Assalamu`alaykum warahmatullahi wabarakatuh Topic: “Global Financial Crisis from Islamic Perspective and The New Global Monetary Order” Discussant: Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera Dean, IIUM Institute of Islamic Banking and Finance (IIiBF) Date / Day: 17th April 2009 / Friday Time: 3:00p.m. – 5:00p.m. Venue: Ibn Taimiyyah Conference Room Level 3, Kulliyyah of Economics & Management Sciences (KENMS) IIUM Main Campus, Gombak

Mari Berpesta @ KLIBF 2009

Image
Encik Azizudin ada meninggalkan pesanan SMS kepadaku. "Ada sesiapa yang free tak hari Jumaat, Sabtu dan Ahad nie untuk terlibat dalam KLIBF?". Malangnya aku tak free pada waktu tersebut. Terus aku forward kepada kawan-kawan. Ada yang masih lagi sibuk dengan final exam. Aku mengusulkan kepada Wahid dan beliau bersetuju. Harap-harapnya dapatlah dia menghabiskan masa di KLBF sebelum practical training. Menyentuh tentang KLBF ni, bagi kami golongan mahasiswa menyambut baik langkah pihak-pihak tertentu yang prihatin berusaha menganjurkan pesta buku terbesar di Malaysia ini. Sudah tentu bilangan hadirin yang datang meningkat daripada tahun ke tahun.(Moga-moga krisis ekonomi tidak memberi kesan kepada peminat buku ini) Malangnya, kebanyakkan daripada kami sudah kehabisan duit (memandangkan sudah last sem) untuk berbelanja lebih untuk sesetengah buku. Sekadar buku yang berpatutan boleh lagi la. Ada petua ke pesta buku nie. Bak kata Abg Naim. "Pergi pertama kali sekadar survey

Tafsir Surah Al Hujurat Ayat 9-12

Berikut merupakan pembentangan penulis dalam usrah PKPIM pada 16 April 2009. Ringkasan Tafsir Surah Al-Hujurat (Ayat 9-12) Ayat 9. “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” Al-Hujuraat ayat 9 Sebab-sebab turun (asbabun nuzul): Dilapurkan oleh Anas satu ketika Rasulullah (SAW) dijemput untuk melawat Abdullah bin Ubay, baginda menaiki keldainya dan diikuti oleh sekumpulan sahabat sambil berjalan. Apabila Rasulullah (SAW) menghampiri Abdullah bin Ubay beliau berada betul-betul di hadapan rombongan Rasulullah (SAW) sambil mencemuh “Jauhkan dirimu, demi Allah, bau untamu menyakitkan hidungku”, lal

Akhirnya.....

Usai azan Asar aku habiskan ayat-ayat terakhir di kertas jawapan Usul al-Fiqh 2 untuk SEM ini. Lafaz Alhamdulillah diungkap.. selepas ini hanya berserah, berdoa dan bertawakal kepada-Nya sahaja. Walaupun masa masih berbaki setengah jam tetapi aku mengambil keputusan untuk keluar.Malas la lagi nak fikir dan tunggu huhu.. Akhirnya... MERDEKA juga dari belenggu peperiksaan ini. Penantian yang menyakitkan. Maklumlah aku nie bukannya 'exam-oriented'. Apa yang penting kali ini untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku pada SEM ini. Jangan berulang lagi kesilapan lama. Ingat tu! Amal ibadat juga perlulah dikekalkan dan ditingkatkan lagi. Kalau waktu exam boleh Qiyamulail, kenapa tidak waktu biasa ini? Semua nie perlu diambil kira olehku selepas ini. Paling penting 'study group'lah yang banyak menolongku akhir-akhir ini. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi tunjuk ajar. Insya-Allah Semester depan kita bermula lebih awal.. Selepas ini apa pula? Banyak juga

Boikot DUN Terengganu Tindakan Dangkal

oleh: A Kadir Jasin PEMULAUAN sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu oleh 10 wakil rakyat Barisan Nasional (Umno) minggu ini adalah tindakan dangkal dan hambar. Ia boleh membantutkan usaha kepemimpinan baru Umno dan negara memperbaiki imej dan prestasinya. Apa pun alasan 10 Adun BN dari Umno itu – termasuk kononnya “takut dibunuh”—ketidakcerdikan dan kecetekan pemikiran mereka sangatlah memalukan Umno. Sepuluh Adun itu adalah itu adalah Muhammad Ramli Nuh (Tepuh), Mohd. Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Din Adam (Bukit Besi), Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd. Pehimi Yusof (Kota Putera). [Peringatan Penting: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Masih ada yang tidak mematuhi syarat ini.] Jelas bahawa 10 wakil rakyat itu tidak d

MAKLUMAN....

Blog ANALISA FAHMI masih dalam proses kemaskini oleh Saudara Ijat Harap Maklum. Teruskan bersama Fahmi akan datang.... Wassalam, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin IIUM Library

Kabinet Baru Malaysia

Image
Sebagaimana yang kita semua maklum, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan barisan Saf Kepimpian Idaman beliau petang tadi disebalik ura-ura 'kesusahan' beliau untuk mendapatkan persetujuan dan persefahaman parti-parti kompenen BN. Penulis tidak akan ketinggalan dalam mengulas serba sedikit pembentukan kabinet ini daris egi perspektif dan kaca mata penulis.... Sebelum pengumuman ini, pertemuan-pertemuan tertentu beliau bersama pimpinan utama setiap parti kompenan sebelum ini yang akhirnya membawa kepada pengumuman barisan kabinet baru anak mantan Perdana Menteri ke-2 Malaysia ini. Berkemungkinan konsep kesepakatan dan musyawarah dan pendekatan berani beliau dalam menentukan kabinet baru ini melihatkan usaha bersungguh beliau dalam membawa gagasan baru UMNO untuk 're-branding' selepas ini. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Mente

B-SPOT @ TV 9 (Siri 1)

Image
EPISOD 1 Fahmi.. Enta nak masuk TV tak? tanya Abg Hilmi kepadaku usai kami sampai di rumah Abg Yusri (Presiden ABIM) selepas sahaja usrah Gabungan PKPIM-ABIM-WADAH di Kolej Darr-Hikmah Kajang. Masuk TV apa pulak nie abang? tanyaku minta penjelasan. Lantas beliau terus SMS sesuatu kepadaku. "Abang dapat panggilan tadi daripada production manager program program bual bicara. Mereka ni menjemput abang untuk menjadi salah seorang daripada panel. Tetapi.. melihatkan kepada tajuk bual bicara ni abang rasa tak berapa sesuai sangat untuk diulaslah. Kalau Fahmi berminat, abang minta Fahmi sahaja wakilkan abang. Boleh? Abang dah bagitau pada M.K..tp dia segan pula". Aku terus sahaja melihat SMS yang diberikan tadi. Rancangan Bual Bicara B-SPOT yang akan bersiaran pada 21 April 2009 ini selepas berakhirnya program HUJAH di TV9. Topik: "Gejala Seks di tahap I.C.U" Anda sebagai Pro kepada tajuk ini dan seorang lagi tetamu ialah En Azahan seorang pensyarah dan pelakon yang memb

Politik Malaysia: 2-1

Image
Tahniah dan Takziah kepada Pakatan Rakyat yang berjaya mendapatkan semula kerusi panas masing-masing di Perak dan Kedah dengan kemenangan calon mereka YB Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan YB S.Manikumar. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit. Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008. Manakala calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi. Beliau berjaya menambah beberapa undi jika dibandingkan dengan calon terdahulu V Arumugam yang dikhabarkan kembali dari India ke Bukit Selambau selepas pilihanraya kecil ini berakhir. Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V A

Not too late to safe IIUM...

Image
by: Concerned Muslim | It is no secret that higher education in Malaysia is in bad shape. Many reasons for this decline have been given by policy-makers, intellectuals and others. And many have offered solutions to the problem. Strangely, however, few have seriously discussed the question of poor academic and administrative leadership as one of the factors. And nowhere is bad leadership as obvious as it is at the International Islamic University Malaysia (IIUM). That was why several colleagues and I held a special prayer of thanks when the government decided to appoint the honourable Mohd Sidek Hassan as president of IIUM. He is an unassuming man without political baggage and with an unassailable record of wise and effective leadership in the Malaysian civil service. But even he needs feedback. Executive leadership of an institution of learning, especially one aspiring to be internationally-recognised and respected, requires one to have proven himself or herself an internationally-resp

Ujian pertama

Image
Alhamdulillah... berakhirlah ujian pertamaku dalam Semester ini. 1 daripada 5 ujian yang bakal di tempuhi di dewan CAC UIAM yang serba sejuk dan menggerunkan kepada mereka yang tidak bersedia untuk berjuang. Pengajarannya.. Sediakanlah payung sebelum hujan. Paling tidak pun boleh la menjadi 'chef proffesional' buat sementara. Bekalan minyak masak perlu mencukupi untuk gorengan sesedap rasa. Bagiku, soalan yang ditanya tidaklah begitu susah. Majoriti daripad rakan-rakan mengeluh kerana tidak cukup masa untuk menjawab kesemua soalan . Ada soalan yang sebijik keluar. Mungkin ada yang menolongku dan ada juga yang tidak dapat ditolong. Paling penting sekarang untuk kita bertawakal setelah apa yang diusahakan. Paling tidak untuk terus bermohon kepada-Nya agar dipermudahkan kepada Dr. Alias semasa memeriksa kertas aku nanti. Memang tidak dinafikan. Persiapan aku kali ini adalah sangat tidak memuaskan. Masa terluang tidak digunakan dengan sepenuh hati untuk memberikan fokus kepada pe

MEMORANDUM PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) KEPADA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KEENAM

JUMAAT 3 APRIL 2009/ 7 RABIUL AKHIR 1430 Hari ini Malaysia menyaksikan satu peralihan kuasa dan perlantikan Perdana Menteri yang keenam dengan lancar dan aman. Perdana Menteri yang baharu, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah dilantik bagi menggantikan Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi. Perlantikan ini juga membawa satu mesej perubahan yang besar yang bakal digalas oleh Perdana Menteri yang baharu. Segala silang sengketa politik, kemuraman ekonomi, kebejatan sosial yang bertambah dan seumpamanya adalah cabaran yang perlu ditangani dengan segera. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merakamkan ucapan selamat bertugas dengan amanah dan bijaksana dalam memimpin negara dengan pelbagai cabaran yang mendatang. Sebagai pertubuhan pelajar Islam peringkat kebangsaan, yang juga mewakili sebahagian besar generasi muda di Malaysia, PKPIM menyatakan lima penyataan besar kami supaya pihak YAB Perdana Menteri dapat pertimbangkan; 1. Meng