Wednesday, January 21, 2009




Assalamualaikum..

Hmm.. Minggu yang meletihkan. Minda,akal,rohani dan lain-lain. Sudah tentu isunya adalah berkenaan PRK yang akan dihadapi aku esok hari. (Khamis 22.01.09) Hari bersejarah bagi diriku dalam tempoh pengajian di Taman Ilmu dan Budi ini.

Penulis memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengikuti blog ini. Penulis sangat sibuk dengan persiapan terakhir menjelang hari pengundian. Kebetulan lab itd dan juga di Kulliyah tidak dapat digunakan untuk urusan pengundian nanti. Penulis juga menghadapi masalah untuk online wireless menggunakan laptop. Bukan tidak register. Tetapi ada masalah lain yang penulis juga tidak tahu.

Petang ini pun di CC Mahallah Bilal, penulis curi masa juga untuk 'update' blog ini. Banyak perkara yang mahu dianalisa dan juga ditulis. Bermula dengan perkongsian sewaktu penulis ke Pusat Asasi di Nilai untuk memberi "Academic Briefing" kepada adik-adik dari ECONS yang bakal masuk ke UIAM Gombakk tidak lama lagi. Perkongsian pada hari itu mendapat sambutan dan feedback yang baik yang mana program seperti ini perlu lebih diperhebatkan.

Seterusnya keputusan Pilihanraya Kecil di Kuala Terengganu yang sudah tentu semuanya mengetahui bahawa PAS menang majoriti. Juga tidak dilupakan ialah Persiapan Jentera Pilihan Raya sewaktu Nomination Day dan juga sepanjang dua hari tempoh untuk penulis berkempen kepada warga Kuliyyah Ekonomi ini. Insya Allah penulis akan berkongsi kepada semua pembaca blog ini.


Akhir kalam, penulis memohon kemaafan kepada semua jika penulis terkasar, terumpat dan lain-lain huhu.. Kepada Abg Syuhaib. Minta maaf dengan kereta GAZA beliau.A.Berg dan juga A.Krol juga.Ada urusan yang tidak selesai lagi. Kepada rakan-rakan satu group yang menunggu dengan sabar assigment saya dan juga kepada yang mengenali diri penulis. Juga kepada kawan-kawan yang ada melihat penulis asyik tersengguk-sengguk khusyuk berzikir didalam kelas sewaktu lecturer mengajar(penulis boleh hilang undi berkelakuan sedemikian)huhu.. Insya-Allah hanya untuk minggu ini.

Jangan lupa untuk semuanya turun mengundi. Selamat Mengundi kepada semua mahasiswa Taman Ilmu dan Budi! Tunaikan tanggungjawab anda. bak kata Awe "Pilihlah yang terbaik!" VOTE FOR AHMAD FAHMI!!!


Sekian..
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
C.C Mahallah Bilal
06.50 petang

Tahniah kepada KEMBARKU.. Menang bertanding utk kerusi BEBAS di UPM. Teruskan 'kebebasanmu' itu.

Terima kasih juga pada KOSMO sebab datang interview. (rujuk KOSMO 21.01.09)

4 comments:

3p4h said...

Salam bro, All da besh d sana...

Di Kuantan ni satu je kuliah yang bakal bertanding sok, yg lain semuanya menang tanpa bertanding..

Bagiku, mereka golongan yang TERMENANG! http://3p4h.blogspot.com/2009/01/termenang.html

iEna said...

salam fahmi..

still ingat aku as kawan lama kat sekolah ko dulu? btw, nak ucap tahniah sgt2 kat ko..teruskan perjuangan..jgan letih dgn perjuangan..biarlah kita letih bila nafas kita yg terakhir nanti..aku doakan segala yg terbaik utk ko..salam perjuangan...tahniah~~!!

Cahaya Mulia ... said...

Tahniah & takziah juga wat kembar...

Kalo sorang da menang, sorang lagi pun mesti menang juga..huhu

Ajaib betul..! Itu sudah tentu keajaiban dr Allah swt...(",)

Alhamdulillah...

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin said...

Terima kasih atas sokongan dan doa daripada kalian. Insya Allah Fahmi akan bagi yang terbaik...