Monday, January 26, 2009

Baitul Muslim

Tahniah kepada Abg Saifullah dan Kak Asma! 24.01.2009 iaitu (Sabtu) merupakan hari bersejarah bagi mereka berdua kerana mereka sudah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Penulis dan sahabat-sahabat daripada PKPIM sempat meluangkan masa menghadiri kenduri majlis kahwin mereka di rumah Kak Asma di Manjong, Perak.

Kebetulan pula,sepanjang minggu ini (cuti Tahun Baru Cina) penulis menghadiri Kem Kepimpinan Mahasiswa Islam anjuran PKPIM UIAM Cawangan Nilai dan Petaling Jaya. Pada masa yang sama penulis dapat berjumpa dengan adik-adik dan berkongsi idea dan pengalaman bersama mereka.

Abg Saifullah merupakan senior penulis dalam PKPIM. Seorang yang mempunyai idealisme, karisma yang tersendiri. Banyak perkara penulis belajar daripada beliau. Pada masa yang sama, penulis cukup kagum dengan pemikiran dan kepimpinan beliau. Kak Asma pula merupakan pimpinan PKPIM di UIAM pada waktu penulis masih di tahun satu pengajian di UIAM. Seorang yang pendiam dan hanya bercakap jika perlu sahaja. Kedua-dua mereka berasal dari Perak.

Dalam diam-diam mereka berjaya menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan ramai. Mungkin kenalan rapat mengetahui perkara ini. Bagi penulis, Abg Saifullah dan Kak Asma benar-benar menghayati istilah “Baitul Muslim”. Semoga dengan perkahwinan ini akan memberikan semangat baru kepada mereka berdua untuk terus lebih aktif dalam aktiviti dakwah.

Bercakap soal “Baitul Muslim”, penulis merasakan ada positif dan baiknya jika diamalkan khususnya kepada ahli-ahli PKPIM-ABIM sendiri. Ini berdasarkan pemerhatian penulis yang melihat kebanyakkan abang dan kakak akan megakhiri zaman solo mereka dengan mencari pasangan yang semestinya sudah memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Teringat kepada kata-kata Kak Akmariah ketika TQK, “HEWI nie kalau boleh mahu teruskan perjuangan yang telah dilakukan pada zaman kampus. Jadi, ada eloknya jika kaum ‘HELA’ iaitu lelaki mencari pasangan yang sudah semestinya sefikrah dan sefahaman”. Mungkin ayat ni tidak tepat (maaf yea Kak Akma)

Apa yang mahu disampaikan oleh penulis ialah, pasangan yang akan kita cari selepas ini seharusnya memahami tanggungjawab dan peranan kita sebagai pendakwah kepada masyarakat dan agama selepas ini. Mereka juga merasakan peranan mereka sangat penting dalam menolong suami atau mereka sendiri bersama pasangan mereka akan lebih aktif berbakti kepada masyarakat.

Setakat itu coretan untuk entri ini. Mungkin ada dalam kalangan pembaca dapat memberi komen, ulasan dan penambahan idea dalam isu ini.

Tahniah sekali lagi kepada Abg Saifullah. Semoga Allah SWT akan memberkati kalian dan hidup sehingga akhir hayat sehingga ke anak cucu.

p/s: “Harap kepada yang tersayang dapat menghadapi semua ini dengan tabah dan sabar. Harapan agar doa mengiringi dan Allah memberkati kita’’

Sekian,

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
KB Chalet, PERAK.
5.13 petang

1 comment:

MuJaHiD_NiLaM's said...

salam,dik fahmi...amboi2...kod kata2 akk ye...apa2m pun berbalik kpd niat kita bilamana kita bergabung dgn gerakan...yang penting PANDAI MENJAGA SYARIAt...semestinya kita dah tahu ant HALAL HARAm..tp yang SYUBHAT tu camne...sma2la kita berdoa mpbaiki diri untuk menjadi PIMPINAN ISLAM yang WARA'....yg meninggalkan HARAM dan SYubHAH