Posts

Showing posts from August, 2009

Cinta Tanpa Syarat

Renungkan kisah ini.... Emak di sisi pusara Abah Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24) "Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil". Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor. Entah Kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh sen

PKPIM 5 Dasawarsa

Image
Alhamdulillah... Akhirnya karya Mantan Presiden PKPIM, Sdra Hilmi Ra mli berjudul "PKPIM 5 Dasawarsa" yang mengambil masa beberapa tahun melalui hasil kajian, penyelidikan dan penat lelah beliau bersama bebera pa teman (abg Yusni dan Syira) akhirnya siap dicetak dan dilancarkan oleh YB Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Mantan Timb. Presiden PKPIM 70-an baru-baru ini sempena Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan bersempena Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM kali ke-48. Membaca buku ini barangkali membawa kita kepada susur galur demensi perjuangan abang-abang dan juga golongan terawal pemimpin mahasiswa semenjak tahun 60an sehingga kepada era millenium terlyang mana mereka ini terlibat dalam gerak kerja merencana perjuangan mereka berdasarkan waqi' (keadaan) setempat waktu itu. Juga buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan dan bahan bacaan para aktivis mahasiswaI slam khususnya kerana bagasi sejarah (historical bag

Analisa Sejenak

Salam Ramadhan kepada semua.. Hari ini (Selasa, 25.8.09) sudah semestinya menjadi hari penentu kepada kerusi Dun Permatang Pasir. Walaupun proses PRK kali ini dalam bulan Ramadhan, kemeriahan kempen tetap juga meriah seperti sebelum ini. Bagi yang memenangi kerusi ini baik BN mahupun PR diucapkan tahniah dan teruskan dengan misi perjuangan kalian. Sememangnya politik Malaysia sekarang saban hari semakin mual dan menyakitkan hati bagi siapa yang tidak meminati silang sengketa politik yang tidak kunjung suram ini. Hakikat Ramadhan yang merupakan wadah dan Madrasah terbaik bagi Parti Umat Melayu-Islam bersatu perlu diambil manfaat dan dijadikan matlamat yang harus ditunjangkan kepada kesatuan Ummat dan Agama Islam itu sendiri. Juga dengan kedatangan bulan yang mulia ini, kita tidak mendengar lagi kematian akibat H Satu N Satu (H1N1). Mungkin ada hikmahnya ketiadaan angka kematian sebegini. Mohon doa untuk kesihatan seluruh warganegara Malaysia agar dijauhkan wabak yang tidak diundang ini.

Takziah..

Takziah kepada keluarga seorang pelajar tahun pertama UIA Kuliyyah Kejuruteraan yang kematian anak lelaki mereka pagi tadi akibat mati lemas di Kolam Renang di Stadium Saidina Hamzah. Difahamkan allahyarham baru sahaja selesai bermain futsal bersama-sama rakan sebelum menceroboh masuk ke kolam renang berkenaan dan ditemui mati lemas selepas itu. Perkara ini sememangnya mendukacitakan pihak universiti khususnya mahupun keluarga pelajar sendiri dalam menghadapi bulan Ramadhan yang baru saja bermula. Difahamkan jenazah telah dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan akan dibawa ke Masjid UIA pada tengahari ini sebelum solat jenazah akan diadakan selepas solat Zohor sebelum dibawa pulang ke Jertih, Terengganu. Takziah sekali lagi diucapkan kepada keluarga allahyarham. Semoga dengan kejadian seperti ini yang difahamkan oleh penulis telah 3 kali berlaku tidak lagi berulang. Langkah pencegahan dan keselamatan ditempat-tempat tertentu seharusnya dipertingkatkan. Juga nasihat kepada teman-teman ag

Madrasah Ramadhan...

Salam Ramadhan kepada semua. Semoga kedatangan bulan yang mulia ini memberi makna dan harapan baru kepada kita semua sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Sama-sama kita mengambil manfaat hikmah dan kelebihan bulan ini untuk terus istiqamah di jalan-Nya... Sekadar perkongsian..... Apabila manusia memikirkan untuk mengadakan sesuatu modul bagi sesuatu kursus, mereka terpaksa berbengkel dan berhempas-pulas memerah otak bagi mengeluarkan idea-idea bernas bagi mendapat modul terbaik bagi sesuatu kursus. Samada ia bersifat akademik, kemahiran, latihan dan apa sahaja. Begitu juga, modul yang telah lengkap tadi dibuat menurut objektif yang hendak dicapai, atau ada outputnya. Dalam Ramadhan sebenarnya Allah telah menyediakan kepada kita satu set modul latihan lengkap bagi mendapat output yang diharapkan iaitu TAQWA. Bagaimana modul latihan Ramadhan ini disediakan kepada kita bagi mencapai objektifnya? Secara ringkas, boleh disebut beberapa perkara:Puasa adalah rahsia hamba dengan Tuhan

Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Nasional

Perpaduan bukan untuk dipolemikkan tetapi untuk difahami dan diinsafi maknanya seraya dipraktikkan dalam pengamalan harian demi kesejahteraan diri dan masyarakat. Isu perpaduan tidak harus dipandang enteng dan segala usaha ke arah merealisasikannya adalah tidak wajar diperlekeh dan dipersenda. Pembangunan lestari seperti yang sedang rancak digerakkan tidak akan memberi makna sekiranya masyarakat masih segan untuk membenarkan proses perpaduan ini berlangsung dengan jayanya. Selaras dengan Perkara 1, Resolusi Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) pada awal Ogos lalu, “Perpaduan kaum merupakan teras kepada perpaduan nasional.” Kebimbangan terhadap keretakan perpaduan nasional ekoran kerapuhan ikatan sesama bangsa disuarakan dengan tegas oleh Dr Sarjit Singh Gill, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM). Dua faktor akibat utama atau the main implication fac

Mahasiswa Islam berdakwah atau berpolitik?

Oleh Saifuddin Abdullah DALAM tempoh dua minggu ini, terdapat dua program penting melibatkan mahasiswa Islam.Pertama, pelancaran Kelab Dewan Amal Islami (DAMAI), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Julai lalu. Program kedua ialah Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan 2009 anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 8 Ogos ini. Ia dianjurkan sempena Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) PKPIM Ke-48 dan pelancaran buku PKPIM, Sejarah dan Perjuangan Lima Dasawarsa (1961-2011). Kelab Damai IPTA ialah program terbaru DAMAI yang diperbadankan pada 2006. DAMAI ialah sebuah organisasi masyarakat sivil Islam. Ia bertujuan mengukuhkan persefahaman dan meningkatkan kerjasama gerakan Islam melalui satu gagasan bagi mencapai matlamat kecemerlangan semua bidang dan aktiviti dalam lingkungan syariah. Kelab Damai IPTA berfungsi sebagai perantara persatuan Islam di