Friday, May 21, 2010

PKPIM anjur Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara 2010


PDF Print


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Konvensyen Pelajar Islam Asia Tenggara 2010 pada 24 & 25 Mei 2010 iaitu pada hari Isnin dan Selasa di Dewan Kediaman Rasmi Exco Kerajaan Selangor, Shah Alam.

Tujuan konvensyen ini diadakan adalah untuk berkongsi idea dan gagasan khususnya dalam ruang lingkup pelajar Islam di peringkat Asia Tenggara. Selain itu, penganjuran konvensyen ini juga adalah untuk mengukuhkan jalinan ukhuwah dan kerjasama dalam kalangan organisasi pelajar Islam Asia Tenggara di samping memberi pendedahan seluas-luasnya kepada pelajar Islam di Malaysia berkenaan dengan aktiviti dan kegiatan gerakan-gerakan Islam di peringkat Asia Tenggara dan antarabangsa.

Di samping itu, konvensyen yang turut mendapat kerjasama kerajaan negeri Selangor ini juga akan dihadiri oleh beberapa pertubuhan pelajar Islam Asia Tenggara seperti Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII), Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia (HMI), National University of Singapore Muslim Society (NUSMS), Fellowship Singapore Muslim Students Association (FMSA), Thailand Muslim Students Association (TIMSA), dan sebagainya.

Dalam pada itu, konvensyen ini akan didahului dengan ucaptama Setiausaha Agung Persekutuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) M. Zaid Markarma dan ucapan tiga Presiden iaitu Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden PKPIM), Nasrullah al-Ghifari (Ketua Umum PII), dan M. Chozin Amirulla (Ketua Umum HMI) yang akan megupas perbincangan tajuk "Mencorak Politik Baru Belia Asean: Latar & Harapan"

Konvensyen ini juga akan diisi dengan Forum Belia Antarabangsa : ”Introspeksi Prinsip dan Amalan Demokrasi Islami di Asia Tenggara: Kebangkitan Generasi Al-Falah” yang akan menampilkan ADUN Seri Setia, YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Pensyarah Kanan Uitm, Ybhg. Prof Madya Shaharuddin Badaruddin, Pengerusi Institut Masyarakat Madani (IMAD), Tuan Mustaffa Kamil Ayub, Setiausaha Agung PEPIAT 2008-2010, M. Zaid Markarma dan Naib Presiden Antarabangsa PKPIM Abu Qassim Nor Azmi sebagai moderator.

Dalam pada itu, satu sesi dialog khas bersama Presiden ABIM Tuan Muhamad Razak Idris akan turut diadakan sebelum majlis penutup Konvensyen yang akan disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Tuan Yaakob Sapari.

Dalam perkembangan berkaitan, PKPIM berharap dengan penganjuran konvensyen ini akan dapat menjadi wadah pencetus “wahdah madaniyyah” sebagai mekanisme penyatuan umat khususnya generasi muda Asia Tenggara.

Saturday, May 8, 2010

Invitation: International Conference On World War 2 & The Rise of Multilateralism

World War 2 & The Rise Of Multilateralism


by Kazi Mahmood

1. Full name: International Conference On World War 2 & The Rise of Multilateralism

Short Form: World War II & Multilateralism 2010

2. What is the objective of this event?
To create awareness that wars are damaging and that the lessons learned from the World War 2 events should help contain the outbreak of yet another deadly, devastating war that could become the World War 3.

Humanity seem to have forgotten that war brings devastations and death and today we see wars being waged in the name of 'just causes' but with hidden agenda's. We hope that by organizing this one day conference we will be able to at least contribute a little bit in the world wide efforts to end wars and to resolve conflicts peacefully.

The ongoing conflicts around the world should be taken into consideration when we study the results of the WW2 and how it influenced mankind since the 1940's. With the constant state of wars in some parts of the world and the possibility that the world goes to war again, it is imperative to disseminate the lessons taught to mankind by the advent of WW2 and the destruction that it caused.

The Conference will hence focus on the reasons that lead to the war, the need to tell the truth about the war and altogether the necessity to focus on the role of Nations that really suffered during the war; such as Russia with the huge lost of lives and the massive destruction it suffered and countries in South East Asia which paid a heavy price for the Japanese invasion.

The World is still witnessing the conflict in 'occupied' Palestine where a new state was created on the offset of the World War 2. Israel is today the centre of most of the conflicts that is affecting the Muslim world in particular and Israel is the creation of the winners of the World War 2. This ongoing conflict is the very reason for the new generations to understand the mistakes made after WW2 was won by the allied forces.

3. What is the profile of the attendees?
Many of the attendees will be research historians, professors in History and Political Science and surely Librarians as they are the custodians of our Historical records.

Also invited will be students heads, media reps and surely political thinkers and decision makers in Malaysia and possibly from Indonesia and Singapore.

Their role in attending the conference will help support the idea that the history books should not be re-written to portray any of the aggressors of WW2 as the nations that suffered or the nations that did not commit war crimes. It is the duty of the organizers, the speakers and the moderators to pinpoint the fact that WW2 was launched on criminal ideas and that the aggressors were defeated at the cost of millions of lives of the innocents.

Participation
To participate in the conference as a delegate, please visit the following website: www.ww2conference.info for more information and send us an email at admin@www2conference.info This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it to indicate your intentions to be either a speaker or a delegate

Wednesday, May 5, 2010

6 resolusi forum 'keadilan untuk Aminulrasyid'

6 resolusi forum 'keadilan untuk Aminulrasyid'

Forum "keadilan untuk adik Aminulrasyid" malam tadi meluluskan enam resolusi termasuk mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi memastikan siasatan yang adil dan telus terhadap insiden remaja itu mati ditembak polis pada 26 April lalu.

Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Ahli panelnya terdiri daripada peguam N Surendran, pensyarah undang-undang prosedur jenayah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan anggota Jawatankuasa Hak Sivil.

Forum tersebut yang dipengerusikan oleh presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz itu, dimulakan dengan bacaan puisi "Jeritan Senja September" oleh sasterawan negara, Datuk A Samad Said.

Dalam kenyataannya, Muhammad Faisal berkata, lima lagi resolusi ialah:

- Menggesa dikuatkuasakan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC).

- Menyeru pihak yang terlibat tampil untuk mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa.

- Menuntut pihak media agar memberi laporan yang tepat dan telus kepada orang awam.

- Mendesak agar ketua polis negara diganti demi menjaga nama baik institusi polis.

- Memastikan wujudnya elemen "semak dan seimbang" terhadap kuasa dan bidang tugas Kementerian Dalam Negeri (KDN).