Posts

Showing posts from October, 2011

PKPIM MENYAMBUT BAIK PENARIKAN BALIK ARAHAN PENGGANTUNGAN TUGAS PROF. DR. ABDUL AZIZ BARI

Image
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 25 OKTOBER 2011 / 27 ZULKAEDAH 1432H Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik dan mengalu-alukan penarikan balik arahan penggantungan tugas oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang telah dikenakan ke atas Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari. PKPIM menganggap bahawa peristiwa penggantungan tugas beliau merupakan satu tragedi keilmuan kepada institusi pendidikan tinggi negara memandangkan isu ini sebenarnya dibangkitkan oleh pihak luar berkepentingan yang sengaja mencari publisiti murahan yang akhirnya membawa kepada penggantungan beliau yang pada dasarnya boleh diselesaikan dengan cara berhikmah tanpa menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. PKPIM berpandangan bahawa sekiranya tafsiran, pandangan dan hujah ahli akademik yang dilihat menyalahi kebenaran, sewajarnya pendokong ilmu mahupun unive