Posts

Showing posts from August, 2011

Mengisi Makna Fitrah Kemerdekaan

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT di atas kurniaan nikmat Islam dan Iman. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala aalihi wa sohbihi wasallam. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi di atas peluang yang diberikan-Nya untuk sama-sama kita menuntut di dalam madrasah Ramadhan pada tahun ini dengan melaksanakan ibadah puasa dan amalan-amalan lain dan mudah-mudahan kita memperolehi taqwa yang dijanjikan-Nya. “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183) Inilah matlamat dan visi agung (maqasid) pensyariatan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Visi yang meletakkan taqwa sebagai neraca kualiti seorang manusia bahkan merupakan pra-syarat kualiti sebagai seorang dai’e di jalan Allah SWT. Kalimah “la ‘allakum tatta