Thursday, January 15, 2009

P.R.K Kuala Terengganu

Sabtu ini merupakan hari untuk pilihanraya kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu. Penentuan antara 2 parti politik terbesar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS dan juga seorang calon bebas. Sebetulnya penulis sudah layak untuk mengundi. Malangnya, SPR mengambil masa yang agak lama untuk mengemaskini senarai nama pengundi baru (4 bulan).

Seharusnya di Malaysia, jika seseorang sudah berumur 21 tahun secara automatiknya diberi status sebagai seorang pengundi pendaftar sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Pengundi tidak perlu lagi mendaftar dan merujuk kepada SPR dan sebagainya. Sudah tentu ini merupakan alasan bagi majoriti belia yang sudah layak dan masih tidak mendaftar sebagai pengundi. Lebih malang lagi orang Melayu merupakan golongan majoriti dalam masalah ini. Kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab ini perlu disemai dalam kalangan golongan muda yang layak.

Bercakap soal PRK di K.TRG ini, penulis berasa agak kesal juga kerana tidak berkesempatan untuk melihat sendiri suasana pilihanraya di tempat sendiri. (DUN Batu Buruk) Teringat juga sewaktu PRU 1999 dan 2004 penulis begitu berminat mengikuti kempen-kempen parti politik. Tambahan pula terdapat juga saudara mara yang begitu aktif terlibat dengan aktiviti parti ini baik di pihak pembangkang mahupun kerajaan.

Selain itu, penulis juga sempat merasai zaman pemerintahan kerajaan BN dan juga PAS waktu itu. (MB TRG - Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Dato Seri Idris Jusoh, sekarang Dato' Ahmad Said) Soalnya sekarang, penulis merasakan situasi politik dan isunya telah berubah mengikut peredaran zaman. Penulis agak objektif dalam pemerhatian kerana di Terengganu situasinya agak berbeza berbanding negeri-negeri lain. Ada yang bercakap, isunya tetap ada dan sama tetapi lagu dan lirik sahaja yang bertukar. Bagi penulis, masing-masing mempunyai kelemahan dan kelebihan. Terpulang kepada rakyat untuk menilai dan menentukan.

Malangnya, melihat kepada trend kempen parti-parti politik yang berlaku pada masa ini sedikit membimbangkan dan mengecewakan. Bilamana adanya Pilihanraya kecil, barulah kerajaan mahupun pembangkang atau orang-orang politik dari seluruh negara turun padang. Turun dengan membawa janji-janji politik baru dengan dana-dana yang lebih besar.

Hal ini sudah tentu memberikan kelebihan kepada parti yang memerintah kerana peruntukan dan dana lebih senang untuk diluluskan. Adakah trend ini wajar diamalkan khususnya dalam konteks untuk mendapatkan sokongan rakyat? Disamping itu, pentas politik dan ceramah-ceramah parti pasti dipenuhi dengan fitnah, kutukan, dan adu domba yang sudah tentu tidak akan memberikan faedah kepada agama Islam. Tambahan pula majoriti pengundi di K.TRG adalah Melayu.

Persoalan dan masalah ini perlu dirungkai dan dijelaskan. Ya, mungkin sudah menjadi hak dan tanggungjawab kepada kerajaan untuk memberi peruntukan dan meluluskan projek di sesuatu tempat dan kawasan. Tetapi tidakkah semua ini hanya bersifat semnetara dan jangka pendek? Mari kita lihat selepas keputusan PRK K.TRG selepas ini. Adakah bapak-bapak Menteri mahupun badan pelaksana akan lebih prihatin untuk turun lebih kerap mendekati rakyat. Kalau ya. Alhamdulilah.. Harapnya usaha murni ini perlu diteruskan..

Sehubungan itu, harapan penulis agar projek-projek dan juga janji yang telah diberi dan dilimpahkan sepanjang tempoh berkempen akan dilaksankan, baik kepada calon yang memenangi kerusi ini ataupun yang kalah. Tambahan pula 3 kerusi D.U.N di Parlimen ini milik PAS dan satu milik MCA. Jadi tiada salahnya jika ahli Parlimen baru K.TRG dapat bekerjasama mengangkat dan membela rakyat lebih daripada kepentingan diri dan politik.

Sebelum mengundur diri, penulis ingin mengucapkan Tahniah kepada SMK Bandar K.TRG (sekolah lama penulis- Tingkatan 1-3 sebelum ke MRSM Jasin) atas pengumuman Dato' Seri Hisyamuddin, Menteri Pelajaran atas penukaran nama sekolah tersebut kepada SMK Dato' Razali Ismail berkuatkuasa Jumaat ini. Semoga dengan nama baru, sekolah yang banyak memberi pengalaman manis kepada penulis ini akan meneruskan keazaman, semangat dan kecemerlangan legasi Allayarham Dato' Razali dalam memartabatkan mutu dan kualiti pendidikan.

Sekian. (selamat mengundi kepada Abah, Mama dan juga Along)

Ahamd Fahmi Mohd Samsudin
LAB KENMS
01.11 petang

3 comments:

whitelover said...

jom rmai2 pegi maktab esk.. =)

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin said...

Maktab? buat APE??

naimi said...

salam pami..
erm PRK P36 alhamdulillah ok jer...
xder apa2 berlaku pon aman jer setakat nie...
rugi la xleh join..
meriah gak pilihanraya kali nie...
lebih meriah dari pilihanraya biasa hehe...