Posts

Showing posts from October, 2010

UPSR-PMR: Terapkan Pendidikan Holistik

Image
Nota : Artikel ini adalah salinan memorandum yang diserahkan kepada Y.A.B Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung cadangan pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR. Memorandum yang merupakan catatan pendirian WADAH-ABIM-PKPIM ini telah diserahkan pada 21 September 2010 Terlepas dari soal setuju atau tidak, cetusan idea pemansuhan UPSR-PMR kami tanggapi sebagai isyarat positif bahawa pada tahap pembuat dasar telah ada kesediaan untuk melakukan rethinking, menilai dan memikirkan semula kerelevanan sistem pelajaran kita secara menyeluruh dan mendasar. Cadangan pemansuhan peperiksaan (UPSR-PMR) tentunya tidak hanya sekadar memansuh semata-mata untuk memansuh, tetapi dilatari kesedaran tentang wujudnya masalah, bukan hanya m

"'Pembangunan Belia Islam Sedunia-PKPIM&WAMY''

Image
Berikut merupakan artikel penulis yang telah mengikuti Mesyuarat Agung WAMY di Indonesia pada 2-4 Oktober 2010 di Jakarta, Indonesia. Dunia hari ini telah mengiktiraf bahawa dalam sesebuah Negara yang maju dan bertamadun, generasi muda merupakan barisan pelapis yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar. Golongan ini juga mempunyai potensi besar dalam mempengaruhi trend mahupun sikap masyarakat dalam sesebuah negara. Jika generasi muda yang dilahirkan adalah lesu, mandum dan tidak bermaya, maka mundurlah bangsanya. Tambahan pula dengan segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral yang menyelaputi diri mereka, nescaya akan lahirlah generasi yang disebut oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Nisa: ayat 9: “Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi) yang lemah”. Fenomena ini juga telah diingatkan oleh seorang ilmuwan, Muhammad Iqbal bahawa sekiranya kita mahu melihat masa depan sesebuah Negara, maka kayu ukurnya a

Kashmir Black Day (27th October 2010)

The Presidents of Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) & Global Peace Mission (GPM) Malaysia Cordially invites to KASHMIR BLACK DAY on Wednesday, 27th October, 2010 at Kelab Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Jalan Kerja Air Lama Ampang, Selangor 68000 Tentative Program 2.40 - 2.55 pm Arrival of guests 3.00 pm Welcoming remarks 3.00 pm Recitation of Qur’an 3.10 pm Opening Speech by Mr. Muhammad Razak Idris, President of ABIM 3.15 pm DVD Presentation on Kashmir 3:20 pm Speeches by Guest Speakers 4:25 pm Question & Answer Session 4.40 pm Conclusion & Vote of Thanks by CEO, Global Peace Mission and Presentation of Gifts to Speakers 5.00 pm Refreshments P.s.: To IIUM students, transportation will be provided if we are able to get 20-40 students, So please get your friends to tag along. Send their personal details to this email or 013-2388408. TQ!