Tuesday, January 13, 2009

Interview PRK..

Isnin dan Selasa merupakan hari untuk bakal-bakal calon yang akan bertanding dalam PRK kali ini menghadiri temuduga bersama Dekan Kuliyyah dan juga ujian bahasa Inggeris (English Proficiency Test).

Aku datang bersama Ain Najwa (rakan deligasi ke SRI LANKA baru-baru ini. Tak ku sangka Awe bersetuju untuk terlibat dengan PRK ini. Tahniah Awe atas semangat yang ditunjukkan!) Waktu itu pukul 2.30 petang. Kami ke Pejabat Ustaz Hamidon (sekarang Dato') tetapi aku lebih selesa menggunakan istilah Ustaz ketika menyapa beliau. Ramai juga calon-calon yang akan bertanding kali ini. Saingan sengit barangkali.

Bercakap berkenaan 'team' yang aku wakili. Ramai juga bertanyakan aku. Fahmi! Masuk bertanding ke? Masuk WUFI ke ASPIRASI? Soalan ini sudah aku dengar berkali-kali. Sudah lali rasanya. Kadang-kadang aku bertanya kembali kepada kawanku itu. Rasa-rasanya WUFI ke ASPIRASI? huhu.. Jawapanya terpulanglah kepada kalian semua. Tetapi ada eloknya aku memberi penjelasan supaya tiada yang keliru dan tertanya -tanya.

Semenjak keterlibatan aku dalam PKPIM dan ABIM baik di peringkat Universiti mahupun Kebangsaan, aku banyak belajar daripada madrasah ini.Aku juga dapat membuat analisa dan pemerhatian tersendiri. Justeru, dalam konteks aku sebagai Mahasiswa taktala masih di Taman Ilmu dan Budi ini, ada baiknya untuk aku tidak berpihak kepada mana-mana pihak yang lebih cenderung kepada politik kepartian semata-mata. BEBAS dan Non-Partisan!

Prinsip Non-Partisan sebenarnya masih perlu diterangkan dan difahami oleh semua pihak. Aku tidak bermaksud untuk tidak berpihak kepada mana-mana parti. Aku pun ada juga kecenderungan. Tetapi, hanya diriku dan Allah sahaja yang tahu huhu...Buat masa sekarang, kita perlu lebih objektif.

Aku sebenarnya tidak menggemari apabila mahasiswa di universiti dilabel sebagai Pro Pembangkang ataupun Pro Kerajaan (sekadar contoh untuk perbandingan) Prinsip Non-Partisan mengajarku mendokong kebenaran dan menyanggah kebatilan tanpa sebarang keterikatan dengan sebarang puak hingga menghalang pertimbangan rasional dan keadilan. Itulah hujahku. Mungkin ada yang mempertikaikan. Tetapi semua ini atas pertimbangan rasional kita semua.

Alhamdulilah, semalam aku dapat melepasi sesi temuduga dan juga public speaking. Bagi aku, satu ujian sudah selesai. Walaupun terpaksa meninggalkan 2 kelas (ada excuse letter tau!). Sekadar perkongsian diwaktu interview bersama Timbalan Dekan dan Dekan Kuliyyah. Waktu itu, aku bersama 2 orang lagi mahasiswi dari LAW dan juga IRK. Hanya 3 soalan yang ditanya. (Sesi Interview ini menggunakan Bahasa Inggeris)

1) If you are not selected as SRC. What do you do?
2) How popular you are?
3) Your opinion regarding to amendments of AUKU?

Soalan ini nak dikatakan susah..bagi aku soalan yang agak 'simple' la. Ok. Memandangkan kedua-dua Sis. yang menjawab tidak menerangkan secara 'detail', sesi kami tidak terlalu panjang.(sesi interview waktu pagi hari itu mengambil masa sejam kata Adli, calon LAW). Aku berjaya menghidupkan suasana sesi tersebut dengan lawak spontan aku. (Jika berminat nak mengetahi jawapan bagi ke tiga-tiga soalan itu, bolehla bertanyakan aku yea)

Seusai sesi temuduga bersama Dekan, ada satu lagi Test yang perlu dilalui. English Proficiency Test. Sesi ini aku diberi masa selama lebih kurang 5-10minit untuk bercakap tentang apa sahaja. Sesi ini dikendalikan oleh Bro Latif dari SPICE dan Bro Amir. Topik yang aku pilih pada sesi itu ialah berkenaan serangan Israel di Gaza. Aku mencadangkan agar UIAM mengambil inisiatif segera melakukan sesuatu dalam konteks institusi pengajian tinggi baik di Malaysia mahupun di dunia. Tambahan pula UIAM merupakan IPT yang mempunyai jaringan yang kuat dengan OIC untuk bertindak sesuatu dalam isu ini. Saranan dan gesaan untuk melakukan boikot turut aku tekankan dalam sesi ini.

Sebagai konklusi, isu samada menjadi SRC ataupun tidak bukan menjadi persoalan penting buatku. Menag dan kalah adat dalam sesuatu pertandingan. Jawatan bukan menjadi penghalang kepada kita untuk melakukan sesuatu. Selagi mana kita bergelar mahasiswa, peranan dan tanggungjawab tetap akan diteruskan.

Sekian.
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
13.14 petang
Lab KENMS

1 comment:

Hamra' said...

Salam PRK.
Sekadar menjengah untuk mencoret sedikit buah fikir.
Sering kita dengar, mereka yang tidak mahu berpihak kepada mana-mana puak merasakan mereka senang dengan ruang dan peluang untuk mencorakkan letak fikir mereka tanpa sebarang pengaruh.Lebih objektif katanya.
Cuba juga mencari mana objektifnya, atau apakah, jika kita berpuak kepada yang itu mahupun yang ini, kita akan menjadi kurang objektif?
Ataun pengakhirannya nanti, terhasil pula satu puak yang menggelar diri non-partisan?
Orang memilih hitam atau putih, anda mencari option kelabu. Begitukah?

Sekadar melahirkan keanehan.
Salam keamanan.