Selingan...

Hari Jumaat, penulis bangun agak lambat waktu itu.Mengikut perancangan sebenar, 16.01.09 merupakan Hari Penamaan Calon untuk PRK UIA. Tetapi Penamaan Calon terpaksa ditangguhkan kepada Isnin ini. Kebetulan penulis sudah ‘drop’ subjek Commercial Law. Agak terkilan juga kerana subjek ini tidak dikira dalam sistem pembelajaran bagi pelajar BECS. Kalau diikutkan, penulis seorang sahaja daripada BECS, manakala kesemua rakan-rakan sekelas adalah daripada BACC.

Pesoalannya disini ialah Adakah subjek yang diambil waktu ini adalah sekadar prasyarat bagi pelajar untuk menghabiskan ‘credit hour’sepanjang pengajian di UIAM sepertimana yang ditetapkan ataupun Mahasiswa pada masa ini mengambil subjek atas dasar dan kesedaran diri untuk mendapatkan ilmu sebenar? Tepuk Dada, Tanya Iman...
Solat Jumaat hari ini penulis turun agak awal ke Masjid. Sebelum ini, dikala muazzin melaungkan azan pertama barulah penulis terkial-kial untuk bersiap. Amalan tidak menghormati hari Jumaat ini perlu dielakkan dan dijahui sama sekali. Hal ini juga diingatkan oleh Abg Azrol ketika pengisian usrah selepas solat tadi.

Pengisian beliau juga agak mantap dengan Analisa berkenaan Israel dan Zionist. Penulis sendiri tidak mempunyai kefahaman yang jelas dalam isu ini. Justeru, diskusi ilmiah berkenaan isu ini perlu diperbanyakkan. Umat Islam perlu diberi kesedaran!
Seusai usrah, penulis merancang untuk menghadiri Public Lecture daripada Prof Dr Kamal Mydeen Mira bertajuk ‘’World Economic Crisis and the Effect to the Muslim World’’ Topik yang menarik untuk dianalisa. Malangnya, penulis diberitahu bahawa Public Lecture ini ditangguhkan kepada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Terus penulis dan rakan-rakan ke Kafeteria di LAW. Pekena Nasi Ayam. Kami merancang untuk beriadah petang ini. Cadangan awal untuk ke Flamingo untuk bermain bowling dan juga ke Sg Pisang untuk mandi-manda. Pukul 5.30 kami bertolak dan keputusan terakhir hanya ke Sg Pisang. Memandangkan masa tidak mengizinkan.

Keadaan di Sg. Pisang agak tercemar akibat tumpahan minyak kelapa sawit akibat kemalangan. Masih terdapat saki baki minyak yang masih melekat di batu-batu sungai. Objektif utama untuk aktiviti mandi manda tetap diteruskan. Aktiviti sebegini perlu lebih kerap dalam usaha untuk memupuk semangat ukhuwah sesame rakan. Antara perkara baru yang cuba dibawa dalam riadah mandi manda ini ialah pengisian ilmiah iaitu perkongsian buku Prof. Sidek Baba bertajuk ‘Fikir dan Zikir’ oleh Sdra Izzat. Sesi mandi manda ini juga diiselang seli dengan riadah bermodul air yang dicipta oleh Sdra Khairullah.

Keindahan alam ciptaan Allah S.W.T perlu dirasai dan dinikmati oleh semua. Tetapi nikmat yang diberikan di dunia ini hanyalah sementara. Pengakhiran yang lebih panjang ketika mana kita tidak lagi merasai nikmat hidup di dunia ini...

Aku hanya insan biasa..punyai kelemahan....

Sekian..
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
Jumaat 10.00 malam
Usrah PKPIM-UIAM...

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”