Apa Diharap Pada Obama dan Barat?
Secara umumnya, umat Islam di seluruh dunia pada masa ini mengharapkan satu keajaiban dan perubahan akan berlaku apabila Barrack Obama dilantik sebagai Presiden Amerika yang baru. menggantikan George Bush yang memang terkenal kerana kekejamannya terhadap negara-negara Islam. Obama mencipta sejarah sebagai Presiden Amerika yang pertama berkulit hitam dan kelihatan tampak memberi sedikit sinar kepada umat ini. Secara tidak langsung rekod-rekod buruk dan hitam yang dicipta oleh Bush bersama Amerika sedikit demi sedikit diharap terkikis oleh pentadbiran Obama nanti. Sememangnya latar belakang Obama yang mempunyai seorang bapa yang pernah beragama Islam dan seorang bapa tiri yang juga beragama Islam memberikan harapan baru kepada umat Islam. Namun rasanya perlulah diingatkan usahlah menaruh harapan terlalu tinggi. Sememangnya negara Amerika sudah mempunyai polisi yang tersendiri terhadap dunia Islam dan Israel. Cuma cara perlaksanaan mereka sahaja yang berbeza antara seorang presiden antara...