Posts

Showing posts from 2008

Selingan

Sedikit penerangan dan laporan semasa ketika perjalanan aku masuk kepada hari ke 2. Sekarang ini jam 8.00pagi waktu Sri Lanka ( jam 10.30am waktu Malaysia) aku masih menunggu ketibaan van yang akan membawa kami berenam ke Kandy. Salah satu tempat yang menarik( Cameron Higlands di Malaysia) Aku menginap di rumah pak Cik Jamalon di Kurunegala. Bagi aku, pak Cik Jamalon merupakan seorang lelaki yang mempunyai semangat dan jiwa yang kental di bumi Sri Lanka ini. Bertuah dapat mengenali beliau dan beliau banyak berkongsi idea dan pengalaman kepada kami semua. Pagi tadi selepas solat Subuh, aku sempat juga berkongsi dan menceritakan keadaan dan rialiti politik semasa di Malaysia. Beliau nampaknya terkejut dan sudah lama tidak mengikuti perkembangsan Malaysia secata dekat. Ok.. Sehingga aku mencoret lagi. We have to go.. Assalamualaikum...

Sri Lanka!! Here I Come!

Image
Assalamualaikum.. Semalam, 15 November 2008 merupakan hari bersejarah kepada diriku kerana buat pertama kalinya dapat juga menjejakan kaki di bumi Ceylon @ ''pearl of indian ocean'' ini. Mungkin juga ini merupakan hadiah hari jadiku baru-baru ini. Sebelum ini sekadar melihat melalui internet, buku-buku dan penceritaan orang. InsyaAllah didoakan semoga misi seramai 6 orang (aku, syah, awe, balqis, kak dyl & nadzi) ini mendapat keberkatan dan mencapai objektifnya. Mungkin kepada sesiapa yang tidak mengetahui apa perancangan aku semasa cuti semester ini merasakan aku sedang 'bercuti' sakan. Tetapi sebenarnya besar sekali matlamat dan tujuan aku ke sini. Melihat negara orang. Menyumbang apa yang termampu. Dan yang paling penting adalah untuk berdakwah kepada masyarakat Melayu disini. Insya -Allah aku akan cuba untuk menceritakan pengalaman aku di Sri Lanka selama 15 hari ini kepada kalian semua. Akan aku cuba membawa anda semua 'berjalan dan bermusafir'

Coret-Coret di Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t.. Salam Aidilfitri.Masih lagi dalam susana Hari Raya.Sudah lama saya tidak berkesempatan untuk 'update' blog ini. Teringat kata-kata Abg Azril dari ABIM ketika berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Pusat Kegiatan ABIM di Ampang baru-baru ini. "Buatla Face Book.. Lagipun kalau ade blog ni kena update je setiap masa. Kita terikat" Face Book ok ape.(tengoklah.. Insya-Allah saya akan buat) Timbul tanda tanya pada diri. "Adakah kewujudan blog "Analisa FAHMI" ini semata-mata untuk mengikut trend semasa atau merupakan wadah untuk berkecimpung dalam bidang penulisan secara lebih serius?? Sebenarnya,jika diikutkan, banyak perkara yang perlu dianalisa dalam keadaan sekarang, baik situasi politik,ekonomi dan sosial di Malaysia mahupun di luar negara. Bilalah mahu serius dalam penulisan ini??. Bahan bacaan pun masih lagi kurang rasanya. Teringat pula kata-kata Abg Yusni ketika bersama beliau dan Presiden ABIM, Abg Yusry ke Perak. " Mas

Persiapan sambut Aidilfitri

Image
KEDATANGAN Aidilfitri memang dinanti-nantikan umat Islam seluruh dunia. Allah menganugerahkan Aidilfitri untuk menunaikan fitrah manusia yang keinginan kegembiraan apabila menyambut sesuatu kejayaan. Aidilfitri adalah tanda kejayaan orang Islam yang bermujahadah melaksanakan ibadat puasa selama sebulan. Ia satu ganjaran di dunia, sedangkan akhirat masih menanti balasan pahala yang tidak ternilai. Biarpun Aidilfitri dijadikan hari untuk bergembira, ia juga satu ibadat. Setiap apa yang ditetapkan oleh agama jika dilakukan dalam rangka mematuhi perintah Allah maka dikira ibadat. Untuk menjadikan satu ibadat hendaklah dilakukan dengan niat kerana Allah. Apa yang dilakukan hendaklah tidak bertentangan dengan syariat dan matlamatnya untuk kebaikan. Dalam melakukan persiapan untuk menyambut Aidilfitri, konsep yang ditekankan ialah sederhana, tidak membazir dan tidak membebankan. Ia juga mestilah terhindar dari perasaan riak dan sombong. Persiapan Aidilfitri yang terlalu mementingkan kemeriaha

Salam Aidilfitri

Image
Assalamamualaikum..wbt Salam Aidilfitri kepada semua sahabat terutamanya pembaca blog Analisa Fahmi. Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa,kita merayakan hari kejayaan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Jemput datang ke rumah pada hari raya ke-2 :)

Nuzul Al-Quran & Lailatul Qadar

Hari ini 17 September 2008. Kalau semalam saya menganalisa tarikh 16 September. Kita lupakan dulu berkenaan fenomena politik Malaysia ini. Hari ini genaplah puasa kita selama 17hari. Untuk mengisi makna 17 September ini, saya mengambil artikel daripada Dr. Samsu Adabi Mamat daripada Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga melalui pembacaan ini kita mendapat manfaat. Hari ini merupakan Hari Nuzul Quran. Hari ini adalah merupakan hari memperingati Nuzul Quran (turunnya al-Quran) kepada Nabi Muhamad S.A.W. pertama kalinya ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira pada malam Jumaat pertepatan pada tanggal 17 Ramadhan iaitu tehun ke 41 hari kelahiran baginda atau pada tanggal 6 Ogos 610M. Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

ADA APA DENGAN 16 SEPTEMBER

Tanggal 16 September 2008. Tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia mahupun masyarakat dunia. Kenapa 16 September?Jawapannya ialah berkenaan ura-ura penukaran kerajaan Barisan Nasional(BN) kepada Pakatan Rakyat(PR) Saat saya menulis ini masih tiada lagi berita terbaru berkenaan penukaran kerajaan ini. Jelas menunjukkan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk memastikan PR mengambil alih Putrajaya masih lagi tidak kesampaian. (16 September) Walau bagaimanapun jika kita melihat kepada media arus perdana milik kerajaan seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian jelas menafikan propaganda peralihan ini. Tidak ketinggalan juga majoriti pemimpin kerajaan baik daripada UMNO mahupun BN menafikan sekeras-kerasnya berita Ahli Parlimen yang akan melompat parti. Adakah mereka ini masih lagi dibelenggu oleh ‘states of denying’? ataupun mereka mahukan pengikut-pengikut mereka tidak terikut dengan rentak PR. Di sisi yang lain pula , PR pula rancak dengan agenda penukar

Cerita di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Walaupun agak lewat untuk mengucapkan salam ini, saya ingin mengambil juga ruang untuk mengucapkan selamat berjuang kepada muslimin dan muslimat sekalian. Berjuang kita untuk mendapatkan yang terbaik sepertimana yang telah dijanjikan Allah. Pejam celik, pejam celik tanpa kita sedari Ramadhan ini sudah menjangkau pertengahan bulan. Justeru, marilah kita bertanya dan bermuhasabah! Adakah puasa kita ini adalah puasa orang awam atau orang khas? Tepuk dada tanyalah iman. Teringat tazkirah yang disampaikan oleh Abg Anip ketika usrah Jumaat “Permulaan Ramdhan adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan diakhirnya terlepas dari siksaan neraka.” Sedikit perkongsian cerita semasa Ramadhan ini. Sepanjang Ramadhan ini, banyak juga majlis ifthar diadakan. Sebelum ini pun, sudah banyak juga membuat perancangan untuk berbuka puasa bersama-sama.Baik dengan kenalan lama atau kakak-kakak dan abang-abang. Kebiasaannya Bulan Ramdahan ini jugal

AUKU & UIAM

Image
UIAM MENCATAT SEJARAH TERSENDIRI UIAM, 29 Ogos 2008 - Empat ahli panel dalam satu program Dialog Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bersepakat dan sekata bahawa AUKU merupakan undang-undang ‘drakonian’ yang memenjara kebebasan mahasiswa. Dialog tersebut juga mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya UIAM menemukan ahli Parlimen daripada 3 parti politik -UMNO, PKR, PAS dan seorang wakil pelajar. Program dialog itu dianjurkan oleh Badan Perwakilan Pelajar Mahallah As-Siddiq dengan kerjasama Kelab Intelektual Muda (IYC) dan Sekretariat Akademik dan Penyelidikan, Persatuan Ekonomi dan Sains Pengurusan berlangsung pada jam 9 malam hingga lewat 12.30 tengah malam bertempat di Auditorium Utama, UIAM. Dialog yang memakan masa lebih kurang tiga jam setengah itu menampilkan Sdr. Muhammad Faisal bin Abdul Aziz mewakili mahasiswa, YB Dato’ Saifuddin Abdulla

Sekitar Dialog Pindaan AUKU

Image
~Penulis membacakan Penegasan Forum Pindaan AUKU diakhir program Alhamdulilah.. Program Dialog Pindaan AUKU pada Jumaat 29 Ogos 2008 akhirnya berjaya mencapai objektifnya tanpa sebarang masalah. Dialog ini bermula pada jam 9.15 malam dan berakhir keesokannya 30.08.2008 (Sabtu) pada jam 12.30pagi. Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada para mahasiswa untuk mengutarakan hujah dan pandangan secara ilmiah bersama Ahli-ahli Parlimen dari pelbagai parti politik. UMNO yang diwakili Timbalan Menteri MeCD, YB Dato Saifuddin Abdullah,PAS yang diwakili Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub manakala PKR pula diwakili YB Yusmadi Yusuff, Ahli Parlimen Balik Pulau. Kehadiran hadirin pada malam itu sangat memuaskan. Hampir keseluruhan Main Auditorium dipenuhi mahasiswa dari seluruh Malaysia. (ada juga mahasiswa dari Indonesia dan negara-negara lain yang mengikuti Dialog ini ) dan tidak dilupakan juga ahli-ahli akademik. Inilah yang kita inginkan! Perbincagan ilmiah seperti ini perlu di

Malaysiakini & Mahasiswakini

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Malaysiakini berhubung dengan penganjuran Dialog Pindaan AUKU yang akan diadakan pada esok (Jumaat) 29.8.08. Petang tadi saya mendapat panggilan dari wartawan Malaysiakini (Sdr Jimade Shah Othman) yang bertanyakan serba lanjut tentang program tersebut. Saya mengharapkan agar program dialog yang dirancang ini mencapai hasrat dan objektif sebenar dengan kerjasama semua pihak yang terlibat demi memastikan nama baik universiti dan juga mahasiswa. Melihatkan keadaan penganjuran program seumpama ini di UKM (lihat Malaysiakini Kecoh, pelajar dilarang sertai forum AUKU yang dikhabarkan berlaku kekecohan, harapan saya agar dialog pada esok hari berjalan seperti yang dirancangkan. AUKU: Pemuda PAS lawan timb. menteri Jimadie Shah Othman Aug 28, 08 7:16pm Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub akan bertembung dengan timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dalam dialog mendebatkan beberapa seksyen kontroversi rang pindaan Akta Unversiti dan Kol

JEMPUTAN KE DIALOG PINDAAN AUKU

Image
Mahallah As-Siddiq Representative Committee in collaboration with Academic and Research Secretariat, Economics and Management Sciences Society and Intellectual Youth Club (IYC) of International Islamic University Malaysia invites you to : Dialogue on AUKU Amendments 8:00-11:30 pm, FRIDAY 29 August 2008 Main Auditorium, UIAM, Gombak, Selangor Moderator: Muhammad Faisal Abdul Aziz Panellists: YB Dato' Saifuddin Abdullah (Former President of MBM) MP of TEMERLOH (UMNO) YB Mohd Yusmadi Mohd Yusuff - MP of BALIK PULAU PULAU (PKR) YB Salahuddin Hj Ayub - MP of KUBANG KERIAN (PAS) and Mohd Saifullah Mohd Zulkifli Students Representative All are invited!! For inquiry : fahmi.iium@gmail.com or 017-9733995 / 013-2226925

NC tidak halang mahasiswa dekati politik

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak menghalang penuntutnya mendekati dunia politik, sebaliknya memanfaatkannya secara positif supaya tidak hanyut dalam gelombang politik. Naib canselornya Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik dengan positif, para penuntut terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat.Beliau memberitahu demikian selepas majlis sambutan 1,000 pelajar baru bagi sesi akademik 2008/2009 di Kangar hari ini. Menurut laporan Bernama, beliau yakin penuntut UniMAP tidak akan melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). "Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba boleh," katanya. Sambil menegaskan para mahasiswa mestilah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penuntut, beliau menyarankan mereka agar membangun

Sehari bersama Fahmi....

Alhamdulillah...Syukur kepada Nya kerana masih lagi diberi nikmat oleh Allah s.w.t untuk menghirup nafas segar di alam yang cukup singkat ini..Juga tidak dilupakan nikmat Iman dan Islam.. InsyaAllah, sebagai seorang Muslim, saya mengingatkan diri saya dan juga para sahabat untuk kita memperbanyakkan rasa syukur kita kepada-Nya. Sekarang jam menunjukkan jam 2.00pagi(3Julai08).. Izinkan saya untuk berkongsi kisah ketika mana cuti semester yang hanya berbaki beberapa hari saja lagi.Sebelum ini saya tidak berkesempatan untuk selalu 'online' kerana komputer rosak.Nasib abah meminjam laptop di sekolah.Akhirnya lahir juga blog terbaru sya ini. Sekarang telah di ubahsuai menjadi "Analisa Fahmi" Haai.. tentu akan merindui saat-saat ketika mana tidak memikirkan sangat soal pelajaran dan lain-lain.Walaubagaimanapun, sebagai seorang mahasiswa, ini adalah masa yang terbaik untuk kita menggunakan masa yang terluang untuk memperbanyakkan ilmu dan pengalaman didada. ok... back to the

IPTA dapat WiFi percuma 2010

Saya menyambut baik saranan Y.B Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kepada semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menyediakan akses internet tanpa wayar menerusi sistem WiFi secara percuma di seluruh kawasan kampus masing-masing dalam tempoh dua tahun akan datang. Datuk Idris Haron berkata "Kemudahan WiFi itu merupakan kemudahan infrastruktur yang perlu disediakan universiti. Semua universiti sebenarnya telah ke arah itu (WiFi), cuma belum menyeluruh," katanya selepas merasmikan persidangan pengajian tinggi kebangsaan 2008 hari ini. Memang tidak dinafikan kewujudan banyak IPTA pada masa ini memerlukan komitmen dari semua pihak baik dari kerajaan,pihak swasta dan pihak universiti untuk memastikan kemudahan fasiliti dan taraf pendidikan yang diperoleh mencapai standard dan piawaian antarabangsa. Tambahan pula, pihak kerajaan telah memperkenalkan rancangan Pelan Induk Pembangunan Pengajian Tinggi yang bermatlamat menjadikan Malaysia antara hub pengajian tinggi dunia. P

Apa nak jadi....????

Masyarakat Malaysia kebelakangan ini dikejutkan dengan situasi ketidaktentuan dalam negara kita yang kian menjadi buah mulut kebanyakan masyarakat. Isu kenaikan harga minyak dan barang yang belum selesai dan perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK ke-9 masih diperdebatkan di Parlimen.Selain dari masalah jenayah dan kebejatan sosial yang berlaku melibatkan golongan muda mudi dan tidak juga dilupakan masalah PATI yang kian meruncing. Saya tidak bermaksud untuk mengulas berkenaan isu-isu tersebut dan ape yang menarik minat saya adalah kes terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Laporan yang dibuat berkenaan tuduhan liwat kepada mantan Timb. Perdana Menteri, DSAI oleh pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan barangkali merupakan lagu lama yang didendangkan dengan irama atau versi yang baru. Agak mengejutkan bagi saya cecara peribadi kerana pernah bertemu dengan Saiful Bukhari sebelum ini. Dalam kes yang terbaru ini mengimbau ketika saya masih lagi bersekolah (Darjah 6). Ketika itu say

Salam Perkenalan

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk menjenguk ke laman blog yang di beri nafas baru ini. Sebelum ini saya telah mempunyai blog lain iaitu "Suara Mahasiswa UIAM", tetapi malangnya setelah tidak di kemaskini menyebabkan rasa 'zouk' untuk menulis tidak kesampaian. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menamatkan saja blog itu dan lahirlah "PEMIKIR MUDA" pada tanggal 1 Julai 2008 ini. ok.. macam skema pula tulisan ini.. Sebenarnya, ramai kawan-kawan dan juga abang-abang 'senior' yang menyarankan agar saya mempunyai blog yang khusus untuk sama-sama terlibat dalam pekembangan semasa baik di Malaysia mahupun dalam konteks global. Jadi, untuk menyahut seruan ini, saya akan cuba untuk memberikan yang terbaik dan istiqamah dalam aktiviti penulisan ini. Mungkin sebelum ini banyak kerenah dan alasan yang mungkin bermain yang menyebabkan idea-idea yang ade dalam fikiran tidak dikembangkan melalui penulisan. Anta