Sri Lanka!! Here I Come!





Assalamualaikum..

Semalam, 15 November 2008 merupakan hari bersejarah kepada diriku kerana buat pertama kalinya dapat juga menjejakan kaki di bumi Ceylon @ ''pearl of indian ocean'' ini. Mungkin juga ini merupakan hadiah hari jadiku baru-baru ini.

Sebelum ini sekadar melihat melalui internet, buku-buku dan penceritaan orang. InsyaAllah didoakan semoga misi seramai 6 orang (aku, syah, awe, balqis, kak dyl & nadzi) ini mendapat keberkatan dan mencapai objektifnya.

Mungkin kepada sesiapa yang tidak mengetahui apa perancangan aku semasa cuti semester ini merasakan aku sedang 'bercuti' sakan. Tetapi sebenarnya besar sekali matlamat dan tujuan aku ke sini. Melihat negara orang. Menyumbang apa yang termampu. Dan yang paling penting adalah untuk berdakwah kepada masyarakat Melayu disini.

Insya -Allah aku akan cuba untuk menceritakan pengalaman aku di Sri Lanka selama 15 hari ini kepada kalian semua. Akan aku cuba membawa anda semua 'berjalan dan bermusafir' di bumi Sri Lanka ini.

Sehingga ketemu lagi.. Tata....

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

IMAM MASJID DALAM GERAK KERJA AMAL DAN KESUKARELAWAN

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”