Coret-Coret di Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Aidilfitri.Masih lagi dalam susana Hari Raya.Sudah lama saya tidak berkesempatan untuk 'update' blog ini. Teringat kata-kata Abg Azril dari ABIM ketika berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Pusat Kegiatan ABIM di Ampang baru-baru ini. "Buatla Face Book.. Lagipun kalau ade blog ni kena update je setiap masa. Kita terikat" Face Book ok ape.(tengoklah.. Insya-Allah saya akan buat)

Timbul tanda tanya pada diri. "Adakah kewujudan blog "Analisa FAHMI" ini semata-mata untuk mengikut trend semasa atau merupakan wadah untuk berkecimpung dalam bidang penulisan secara lebih serius??

Sebenarnya,jika diikutkan, banyak perkara yang perlu dianalisa dalam keadaan sekarang, baik situasi politik,ekonomi dan sosial di Malaysia mahupun di luar negara. Bilalah mahu serius dalam penulisan ini??. Bahan bacaan pun masih lagi kurang rasanya.

Teringat pula kata-kata Abg Yusni ketika bersama beliau dan Presiden ABIM, Abg Yusry ke Perak. " Masa di Universiti lah masa yang sesuai untuk 'train' diri kita dengan membaca nie. Membaca pula janganla setakat Majalah I, Milllenia atau Foward je. Carilah bacaan berat-berat skit.

Sempat juga saya meminta "resepi" untuk menjadi seorang 'intelektual'. Lebih-lebih lagi dalam penulisan Bahasa Inggeris. Terpulang kepada diri untuk buat atau tak buat sahaja. Sekarang ini saya berasa "fobia" untuk menulis dalam English. Kalau bercakap tu mungkin tiada masalah sangat. Boleh hentam je.huhu. Tetapi, bila memikirkan assignment dan term paper yang banyak yang perlu disiapkan.. Haai...

Ok.Sekarang ini saya sudah di UIA, masa bercuti dah pun habis. Mood raya masih lagi belum hilang. Tak lama lagi Final Exam mendatang."Just around the corner". Persiapan rasa-rasanya belum lagi memuaskan. Ada banyak lagi perlu diselesaikan.
Ini pun sempat curi masa untuk menulis.

Mungkin selepas ini saya perlu lebih serius dan tegas dan berdisiplin dalam semua hal. Masa yang ada jangan dibazirkan! Jangan sampai nafsu jahat menguasai diri!!. Aku perlu kuat. Chayok FAHMI.. bab kata seseorang... Gambatene!!!..

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

IMAM MASJID DALAM GERAK KERJA AMAL DAN KESUKARELAWAN

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”