Persiapan sambut Aidilfitri



KEDATANGAN Aidilfitri memang dinanti-nantikan umat Islam seluruh dunia. Allah menganugerahkan Aidilfitri untuk menunaikan fitrah manusia yang keinginan kegembiraan apabila menyambut sesuatu kejayaan.

Aidilfitri adalah tanda kejayaan orang Islam yang bermujahadah melaksanakan ibadat puasa selama sebulan. Ia satu ganjaran di dunia, sedangkan akhirat masih menanti balasan pahala yang tidak ternilai.

Biarpun Aidilfitri dijadikan hari untuk bergembira, ia juga satu ibadat. Setiap apa yang ditetapkan oleh agama jika dilakukan dalam rangka mematuhi perintah Allah maka dikira ibadat.

Untuk menjadikan satu ibadat hendaklah dilakukan dengan niat kerana Allah. Apa yang dilakukan hendaklah tidak bertentangan dengan syariat dan matlamatnya untuk kebaikan.

Dalam melakukan persiapan untuk menyambut Aidilfitri, konsep yang ditekankan ialah sederhana, tidak membazir dan tidak membebankan. Ia juga mestilah terhindar dari perasaan riak dan sombong.

Persiapan Aidilfitri yang terlalu mementingkan kemeriahan tidak mencerminkan tuntutan sebenar Islam. Amalan itu lebih kepada memenuhi tuntutan nafsu yang dididik oleh syaitan agar melakukan sesuatu yang tidak baik.

Di sebalik untuk bergembira, Aidilfitri bertujuan mendisiplinkan diri, mensyukuri rahmat, menghampirkan diri kepada Allah, muhasabah diri, serta melaksanakan perintah yang berkaitan dengan sesuatu tarikh.

Islam memang menganjurkan agar setiap Muslim menyambut kedatangan Aidilfitri dengan perasaan gembira. Bagi memastikan kegembiraan itu tidak terganggu, maka pada 1 Syawal diharamkan berpuasa. Pada hari kegembiraan tidak harus ada sekatan makanan dan minum.

Pada pagi Aidilfitri, Rasulullah memakai pakaian yang tercantik dan terbaik yang dimiliki baginda, selain mengenakan wangi-wangian. Imam Ibnu Qayyim menyebut bahawa Rasulullah memiliki pakaian khas untuk dipakai pada Aidilfitri dan Aidiladha.

Pakaian cantik tidak semestinya berharga mahal dan berjenama terkenal. Maksud cantik amat subjektif. Apa yang penting ia sesuai untuk menyatakan perasaan gembira dan bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah.

Pakaian paling cantik dimaksudkan Rasulullah ialah mengikut kemampuan individu menyediakan pakaian yang pada mereka itu adalah yang paling cantik mampu disediakan. Jangan kita terikut-ikut dengan kemampuan orang lain.

Begitu juga, cantik hendaklah tidak mendedahkan aurat. Memilih pakaian mendedah aurat untuk kelihatan cantik bertentangan dengan kehendak agama dan terhalang daripada dikira ibadah. Pertahankan amalan murni yang dilakukan pada bulan Ramadan yang mana kebanyakan wanita berpakaian menutup aurat.

Termasuk dalam sunnah baginda pada pagi Aidilfitri ialah menjamah sedikit makanan sebelum keluar untuk solat Aidilfitri. Makan sedikit bertujuan membezakan hari tidak berpuasa, sedangkan sebulan Ramadan amalan itu tidak dilakukan.

Hidangan Hari Raya memang sedap-sedap belaka. Jadi, jangan tergoda sehingga makan terlalu banyak. Makan terlalu banyak amat ditegah dan ia bertentangan dengan matlamat berpuasa untuk melatih kita agar tidak gelojoh ketika makan.

Aidilfitri bukannya pesta makan. Makanlah ala kadar di setiap rumah yang dikunjungi. Ini memberi peluang kita makan di setiap rumah yang dikunjungi tanpa rasa kekenyangan.

Perkara yang perlu diutamakan ialah ziarah dan bermaaf-

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

IMAM MASJID DALAM GERAK KERJA AMAL DAN KESUKARELAWAN

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”