Malaysiakini & Mahasiswakini

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Malaysiakini berhubung dengan penganjuran Dialog Pindaan AUKU yang akan diadakan pada esok (Jumaat) 29.8.08. Petang tadi saya mendapat panggilan dari wartawan Malaysiakini (Sdr Jimade Shah Othman) yang bertanyakan serba lanjut tentang program tersebut.

Saya mengharapkan agar program dialog yang dirancang ini mencapai hasrat dan objektif sebenar dengan kerjasama semua pihak yang terlibat demi memastikan nama baik universiti dan juga mahasiswa. Melihatkan keadaan penganjuran program seumpama ini di UKM (lihat Malaysiakini Kecoh, pelajar dilarang sertai forum AUKU yang dikhabarkan berlaku kekecohan, harapan saya agar dialog pada esok hari berjalan seperti yang dirancangkan.

AUKU: Pemuda PAS lawan timb. menteri
Jimadie Shah Othman Aug 28, 08 7:16pm

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub akan bertembung dengan timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dalam dialog mendebatkan beberapa seksyen kontroversi rang pindaan Akta Unversiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang kini sedang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Dialog membincangkan akta itu yang turut disertai seorang lagi ahli parlimen Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) diadakan esok di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).Seorang wakil persatuan pelajar Mohd Saifullah Mohd Zulkifli juga membentangkan hujahnya di majlis itu yang dimulakan jam 8 malam di auditorium utama universiti itu.

Dialog itu selama 90 minit itu terbuka kepada umum, kata jurucakap penganjurnya Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin hari ini.Beliau berkata, program itu dianjurkan bertujuan membuka mata lebih ramai pelajar yang tidak mengikut dengan dekat rang undang-undang tersebut.

“Kami fikir ini masa yang sesuai mengadakan forum sebegini kerana parlimen akan membahaskan cadangan pindaan akta ini,” katanya.“Kami ingin menunjukkan, mahasiswa bukan kerja berdemonstrasi saja (terhadap AUKU) tetapi juga boleh membincangkan sesuatu secara ilmiah dan tidak partisan.” Penganjur, tambah Ahmad Fahmi, bercadang merumuskan resolusi mahasiswa berhubung pindaan itu selepas mendengar pandangan tiga ahli parlimen itu dan juga wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

“Kami juga bercadang mengedarkan resolusi kepada semua ahli parlimen supaya mereka menyuarakan pandangan kami di Parlimen,” katanya.Program itu anjuran bersama jawatankuasa tindakan kolej kediaman as-Siddiq dengan kerjasama Kelab Intelektual Muda (IYC) dan sekretariat penyelidikan Persatuan Ekonomi UIA.

Semalam satu persatuan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan perbahasan isu yang sama antara Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron dengan Saifudin Nasution (PKR-Machang) dan wakil Pemuda PAS, Abdullah Karim.Kumpulan-kumpulan aktivis mahasiswa, yang membantah AUKU selama ini, menganggap rang pindaan itu hanyalah "kosmetik."

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”