Sekitar Dialog Pindaan AUKU


~Penulis membacakan Penegasan Forum Pindaan AUKU diakhir program


Alhamdulilah.. Program Dialog Pindaan AUKU pada Jumaat 29 Ogos 2008 akhirnya berjaya mencapai objektifnya tanpa sebarang masalah. Dialog ini bermula pada jam 9.15 malam dan berakhir keesokannya 30.08.2008 (Sabtu) pada jam 12.30pagi. Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada para mahasiswa untuk mengutarakan hujah dan pandangan secara ilmiah bersama Ahli-ahli Parlimen dari pelbagai parti politik.

UMNO yang diwakili Timbalan Menteri MeCD, YB Dato Saifuddin Abdullah,PAS yang diwakili Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub manakala PKR pula diwakili YB Yusmadi Yusuff, Ahli Parlimen Balik Pulau. Kehadiran hadirin pada malam itu sangat memuaskan. Hampir keseluruhan Main Auditorium dipenuhi mahasiswa dari seluruh Malaysia. (ada juga mahasiswa dari Indonesia dan negara-negara lain yang mengikuti Dialog ini ) dan tidak dilupakan juga ahli-ahli akademik.

Inilah yang kita inginkan! Perbincagan ilmiah seperti ini perlu disuburkan kembali dalam konteks kita sebagai mahasiswa terutamanya mahasiswa di Taman Ilmu dan Budi ini. Apabila prinsip keilmuan diangkat maka aspek politik kepartian semata-mata boleh diketepikan. Inilah titik pertemuan yang kita mahukan. Saya yakin dan percaya, jika budaya ini terus di angkat, maka matlamat dan tujuan intellectual discourse yang dijalankan akan menjadi tradisi yang mengakar dalam sanubari semua warga universiti.

Apa yang saya ingin tekankan disini ialah apabila melihatkan ahli-ahli panel dalam penghujahan mereka. Saya terpegun dengan mereka! Walaupun dengan kesibukan mereka sebagai ahli Parlimen, bahan bukti dan fakta-fakta sentiasa disertakan untuk menyokong pernyataan mereka. Mereka bukan hanya "retorik" semata-mata, tetapi persediaan yang dibuat menunjukkan mereka sangat "serius" untuk bersama-sama melakukan perubahan bersama -sama mahasiswa. Saya juga dapat simpulkan bahawa role models dan leaders by example yang ditunjukkan melalui kajian, pembacaan dan juga rujukan yang berkualiti oleh ahli-ahli parlimen ini seharusnya dijadiakan contoh yang terbaik kepada mahasiswa.

Persoalan yang ingin saya tekankan! Adakah ilmu, kajian, penyelidikan dan bahan rujukan yang kita ada sekarang setanding dengan mereka?? Fikir-fikirkanlah. Seharusnya, ini boleh dijadikan cabaran kepada kita sebenarnya. "You are the leaders of tomorrow!!" inilah ungkapan yang di ulang-ulang oleh YB Salahuddin. Saya menyeru kepada diri saya dan juga kepada mahasiswa yang lain supaya menyahut seruan ini. Buktikan bahawa perjuangan kita bukan hanya AUKU. AUKU ini hanya "lapisan kulit". "Banyak lagi Isinya" kita tidak terokai. Jadi, teruskan perjuangan! Bersama kita martabatkan mahasiswa!

Saya akan menulis lagi untuk laporan Dialog AUKU ini dan juga Penegasan Dialog AUKU.

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”