Posts

IJTIMAK HARAKIY KE-2 (PKPIM-ABIM-WADAH) 22-24 JULAI 2011

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Ijtimak Harakiy Ke-2, mulai 22 Julai sehingga 24 Julai 2011. (Sila klik untuk tentatif penuh) Ijtimak Harakiy ini adalah perhimpunan membabitkan tiga serangkai gerakan Islam utama, WADAH-ABIM-PKPIM yang telah mencipta sejarah tersendiri dalam perkembangan Islam di negara ini. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan pada 27 Jun 1961, yang pada ketika itu dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1963 namanya ditukar seperti yang ada sekarang. Pada masa kini PKPIM berdaftar di bawah pejabat pendaftar pertubuhan belia (ROY) Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan pendekatan berhikmah merang...

MPAT KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD KALI KE-33

Image
Pada hari Ahad, 26 Jun 2011 bersamaan 24 Rejab 1432 H yang lalu, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KBI bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Mesyuarat kali ke-33 ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH). Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Pengerusi KBI, Encik Samsuddin Zainal, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Mohd Raimi Ab. Rahim dan Pengerusi Lujnah Syariah KBI,Dato’ Mohd Mokhtar Shafii. Lebih 100 orang hadirin yang terdiri daripada Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAKBI), lujnah syariah, audit luar, mantan-mantan Pengerusi KBI, wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), para jemputan, perwakilan dan juga pemerhati KBI dari seluruh negara hadir bagi menjayakan acara dwi-tahunan ini. Encik Samsuddin, Pengerusi KBI menyampaikan ucapan aluan. Dalam ucapan aluan oleh Pengerusi KBI, beliau mengingatka...

PKPIM Lancar Tabung Bencana Banjir

Disiarkan di SINAR HARIAN (12 November 2010) Jumaat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Biro Skuad Prihatin telah melancarkan misi kemanusiaan membantu penduduk-penduduk Kedah, Perlis, dan Kelantan yang terlibat dalam musibah banjir besar yang melanda negeri-negeri terbabit. Misi kemanusiaan ini digerakkan bagi mengagihkan barang keperluan asas seperti air mineral, set kebersihan diri, selimut, tikar serta barang-barang keperluan asas serta penjagaan bayi. Di samping itu, misi juga dijangka akan mendirikan dapur umum di samping menghantar pasukan doktor untuk meringankan beban mereka yang dilanda musibah ini. Skuad Prihatin ini mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan misi-misi bantuan kemanusiaan.telah bergerak ke negeri-negeri berkenaan semenjak bencana melanda. Memandangkan kemungkinan besar gelombang kedua yang bakal melanda bantuan dan persiapan perlu digiatkan dalam usaha mencari dana membantu ma...

UPSR-PMR: Terapkan Pendidikan Holistik

Image
Nota : Artikel ini adalah salinan memorandum yang diserahkan kepada Y.A.B Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung cadangan pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR. Memorandum yang merupakan catatan pendirian WADAH-ABIM-PKPIM ini telah diserahkan pada 21 September 2010 Terlepas dari soal setuju atau tidak, cetusan idea pemansuhan UPSR-PMR kami tanggapi sebagai isyarat positif bahawa pada tahap pembuat dasar telah ada kesediaan untuk melakukan rethinking, menilai dan memikirkan semula kerelevanan sistem pelajaran kita secara menyeluruh dan mendasar. Cadangan pemansuhan peperiksaan (UPSR-PMR) tentunya tidak hanya sekadar memansuh semata-mata untuk memansuh, tetapi dilatari kesedaran tentang wujudnya masalah, bukan hanya m...

"'Pembangunan Belia Islam Sedunia-PKPIM&WAMY''

Image
Berikut merupakan artikel penulis yang telah mengikuti Mesyuarat Agung WAMY di Indonesia pada 2-4 Oktober 2010 di Jakarta, Indonesia. Dunia hari ini telah mengiktiraf bahawa dalam sesebuah Negara yang maju dan bertamadun, generasi muda merupakan barisan pelapis yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar. Golongan ini juga mempunyai potensi besar dalam mempengaruhi trend mahupun sikap masyarakat dalam sesebuah negara. Jika generasi muda yang dilahirkan adalah lesu, mandum dan tidak bermaya, maka mundurlah bangsanya. Tambahan pula dengan segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral yang menyelaputi diri mereka, nescaya akan lahirlah generasi yang disebut oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Nisa: ayat 9: “Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi) yang lemah”. Fenomena ini juga telah diingatkan oleh seorang ilmuwan, Muhammad Iqbal bahawa sekiranya kita mahu melihat masa depan sesebuah Negara, maka kayu ukurnya a...

Kashmir Black Day (27th October 2010)

The Presidents of Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) & Global Peace Mission (GPM) Malaysia Cordially invites to KASHMIR BLACK DAY on Wednesday, 27th October, 2010 at Kelab Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Jalan Kerja Air Lama Ampang, Selangor 68000 Tentative Program 2.40 - 2.55 pm Arrival of guests 3.00 pm Welcoming remarks 3.00 pm Recitation of Qur’an 3.10 pm Opening Speech by Mr. Muhammad Razak Idris, President of ABIM 3.15 pm DVD Presentation on Kashmir 3:20 pm Speeches by Guest Speakers 4:25 pm Question & Answer Session 4.40 pm Conclusion & Vote of Thanks by CEO, Global Peace Mission and Presentation of Gifts to Speakers 5.00 pm Refreshments P.s.: To IIUM students, transportation will be provided if we are able to get 20-40 students, So please get your friends to tag along. Send their personal details to this email or 013-2388408. TQ!

The 4th International Youth Gahtering, Istanbul, TURKI

Image
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menghantar Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Exco Penerangan PKPIM untuk menghadiri Perhimpunan Belia Antarabangsa Kali ke-4, Kesatuan NGO-NGO Dunia Islam (International Youth Gathering-Union of NGOs of the Islamic World) dan Bengkel Risalah An-Nur yang berlangsung di Istanbul,Turki, pada 12-27 Julai 2010. UNIW merupakan badan gabungan NGO-NGO Islam sedunia yang mana kewujudannya merupakan satu inisiatif yang bermula di Turki. Penubuhan UNIW telah diluluskan pada 12 Disember 2005 melalui Cabinet Decree No. 2003/9910 oleh Presiden Turki. Penubuhannya telah mendapat sokongan dan mandat hampir keseluruhan NGO Islam sedunia. Kewujudan UNIW adalah mempunyai signifikasi tersendiri apabila ia merupakan satu-satunya gabungan NGO Islam peringkat antarabangsa yang ditubuhkan pasca September 2001. Perhimpunan kali ini dimulakan dengan perasmian program yang disempurnakan oleh Mr Necmi Sandikoglu, Seti...