PKPIM Lancar Tabung Bencana Banjir

Disiarkan di SINAR HARIAN (12 November 2010) Jumaat

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Biro Skuad Prihatin telah melancarkan misi kemanusiaan membantu penduduk-penduduk Kedah, Perlis, dan Kelantan yang terlibat dalam musibah banjir besar yang melanda negeri-negeri terbabit. Misi kemanusiaan ini digerakkan bagi mengagihkan barang keperluan asas seperti air mineral, set kebersihan diri, selimut, tikar serta barang-barang keperluan asas serta penjagaan bayi.

Di samping itu, misi juga dijangka akan mendirikan dapur umum di samping menghantar pasukan doktor untuk meringankan beban mereka yang dilanda musibah ini. Skuad Prihatin ini mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan misi-misi bantuan kemanusiaan.telah bergerak ke negeri-negeri berkenaan semenjak bencana melanda. Memandangkan kemungkinan besar gelombang kedua yang bakal melanda bantuan dan persiapan perlu digiatkan dalam usaha mencari dana membantu mangsa-mangsa berkenaan.

Justeru, PKPIM akan menggerakan Tabung Misi Bantuan Mangsa Banjir di setiap masjid di sekitar Gombak selepas solat Jumaat pada minggu ini. Kutipan ini diharap dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir kelak. Dalam pada itu, PKPIM juga telah menghantar sukarelawan ke negeri yang terjejas dan fokus utama yang akan diusahakan selepas ini adalah gotong royong membersihkan kawasan yang terjejas Pasca Banjir. PKPIM juga menyeru agar lebih ramai golongan belia untuk turut sama-sama menawarkan diri sebagai sukarelawan membantu dalam menjayakan misi ini.

Atas dasar keprihatinan terhadap mereka yang ditimpa musibah ini, PKPIM dan ABIM ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu serta memberikan sumbangan. Untuk sumbangan serta sebarang makluman sila hubungi Sdra. Fahmi di talian 013-222 6925. atau Sdri Noraliza Effendy di talian 013-212 8466/03-4108 4500. Sumbangan boleh dibuat ke akaun BIMB : 14-023-01-002743-2 (ABIM).
Disediakan oleh:
-- 
AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN
       
  Naib Presiden Antarabangsa PKPIM
   http://fahmisamsudin.blogspot.com
                +6013-2226925

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”