Posts

Showing posts from March, 2009

Demam EXAM!!

Sementara di library ini, aku tengok kebanyakkan mahasiswa menghabiskan saki baki masa yang anda untuk mentelaah pelajaran. Sudah semestinya demam peperiksaan sudah bermula di taman Ilmu dan Budi ini. Melihat kepada diriku ini. relaks semacam jek? Fahmi! Dah sedia ke? Hmm.. Ntahla.. Bagi aku persiapan sem ini paling teruk dalam sejarah. Jadual sudah dibuat pertengahan bulan 3 lepas. Sekarang da masuk bulan 4. Tak lama lagi akan tiba juga masa untuk aku duduk memikirkan jawapan-jawapan. Jika bersedi. Alhamdulillah. Bagaimana pula kalau tidak? Study group pun tiada. Inikan pula mahu mengulangkaji bersorangan pada ketika ini. Harap dipermudahkan. Dikesempatan ini, aku ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang menhenali. Minta untuk mendoakan agar segala urusan selepas ini dipermudahkan. Rasa bersyukur sangat pada-Nya kerana masih memberi ruang dan peluang kepada diriku ini. Allah masih menyayangi diriku. Tidak lupa juga nasihatku kepada diriku dan kawan-kawan sekalian agar dapat men...

Earth Hour

Tanggal 28 Mac 2009 merupakan hari yang dinantikan ku. Bukan untuk menyambut ulang tahun rakan-rakan walaupun saudara Aziz pun menyambut ulangtahun kelahiran beliau. Tahniah yea Mr President IRK! huhu. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Kebetulan waktu itu aku ada program di The Zone Hotel di KLCC. Sudah tentu detik 8.30 malam sehingga satu jam mendatang suasana bandaraya metropolitan di Kuala Lumpur akan gelap gelita kerana menyambut saranan kempen 'Earth Hour'. Terbaca aku akan artikel rasionalnya sambutan earth hour ini. Sudah tentu ini mengambil iktibar daripada kesusahan nenek moyang kita dahulu kala kerana kemudahan yang diperoleh hari ini tidak sama pada zaman mereka. Mungkin kita boleh berfikir sejenak. Kempen ini dianjurkan oleh WWF. http://www.earthhour.org dan boleh juga melawat laman panda.org . Mungkin ada yang berkata ini adalah propaganda Barat dan berfikiran sejam tu apa nak dibuat? Anggaplah ini satu simbolik mengingati dan menyayangi bumi ini. ...
Assalamualaikum wbt. kepada semua.. Sudah lama aku tak menulis nie.. Makin ditinggal makin malas la jawapanya. Sungguh! Diriku masih belum lagi mendapat rentak yang betul dalam usaha persiapan Final pada 6April sehingga 16 April ini. Moga diberikan kekuatan oleh Dia.. Tanggungjawab kita untuk bersangka baik diatas segala yang dialami oleh diri ini. Allah S.W.T itu Maha Mengetahui. Walaubagaimanapun, jika mana kita ikhlas dalam segala amal perbuatan yang dilalakuan. InsyaAllah Yang MAha Esa akan memberi balasan. Kalau bukan sekarang mungkin kemudian hari. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Semoga kita mendapat rahmat lindungan daripadaNya.. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin Dar-Hikmah IIUM 26.01.2009

PM dianugerah ijazah kehormat Doktor Falsafah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menerima ijazah kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemikiran dan Tamadun Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Isnin ini. Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata penganugerahan ijazah kehormat itu adalah pengiktirafan terhadap usaha Abdullah dalam memperjuangkan Islam Hadhari sebagai pendekatan menyeluruh bagi membangunkan umat manusia, masyarakat dan negara, yang meletakkan Malaysia sebagai negara Islam progresif pada era globalisasi. “Sejurus selepas mengambil alih teraju kepimpinan negara, beliau secara rasmi mengumumkan bahawa ajaran Islam yang sebenar menjadi asas dan inspirasi bagi tadbir urus yang baik dan pembangunan di Malaysia," kata Syed Arabi kepada pemberita di sini, semalam. Penganugerahan ijazah itu juga, katanya, menjadi simbol memperingati Abdullah sebagai Perdana Menteri Kelima. “Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moham...

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR: Profesor Pendidikan di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Sidek Baba terpilih penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 yang julung kali diperkenalkan. Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di sini hari ini. Dr Sidek membawa pulang RM50,000 dan plak. Penerima Anugerah Maulidur Rasul pula ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, Pengarah Urusan Syarikat Laksamana Nusantara Sdn Bhd, Mortadha Abdullah, Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd Yunus Pathi Mohd, pelajar Muhammad Ahmad Zahid dan kanak-kanak istimewa yang kurang upaya dari bahagian pinggang ke bawah, Muhammad Haziq Samrat. Kelima-lima mereka menerima wang tunai yang semuanya berjumlah RM22,000 dan plak. Sambutan hari ini bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas junj...

Memorandum GMP kepada Yang di-Pertuan Agong Gerakan Mansuh PPSMI

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun. Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan. MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut: 1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius. Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari per...

Muhasabah...

Beberapa rakan datang menyapa aku.. Bila nak update blog Fahmi? hmm.. aku hanya senyap tanpa memberi sebarang respon.. Bukan tidak mahu update. Banyak perkara perlu dianalisis... Isu PPSMI di UIA dan demonstrasi di istana Negara walaupun terkilan tidak dapat kesana. Kursus KPO di Melaka yang mana melibatkan semua MPP se-Malaysia. Pengisian program bagiku yang tidak terlalu sesuai untuk disisi oleh bakal pemimpin. Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM60 Billion dan sedikit sebanyak peristiwa pahit dan manis yang terjadi kepada diriku.. Tetapi masa sekarang tidak mengizinkan aku untuk berbuat demikian.. Perlu muhasabah diri.... Banyak perkara yang berlaku pada diriku...Baik dan Buruk..Semuanya Menunjukkan Kuasa Maha Pencipta. Menyedari diri ini sentiasa diberikan hukuman yang setimpal atas apa yang dilakukan sepanjang hidup ini. Sesungguhnya Allah masih menyayangi diriku ini. Jika tidak sudah lama aku tiada didunia ini. Banyak perkara perlu untuk aku renungi dan teladani... Semoga diri ...

DIALOG ISU PPSMI DI UIAM

Image
Assalamualaikum wbt. Jemputan ke Dialog Isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) bertajuk: PPSMI : Building or Destroying the Nation? bertempat di Auditorium Utama UIAM pada 4 MAC 2009 jam 8.00malam. Kehadiran anda semua amat dihargai. Sama-sama kita membicarakan dan membincangkan isu Ummat ini.... Sebarang pertanyaan: Hubungi : AHMAD FAHMI MOHD SAMSUDIN 013-2226925

MAHASISWA SOKONG LANGKAH KERAJAAN

Baru-baru ini mahasiswa dikejutkan dengan keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kerana mengeluarkan warta PU (a) 62 yang meluluskan akhbar kontroversi Kristian Katolik Herald menggunakan kalimah ‘Allah’ ‘baitullah’ ‘kaabah’ dan ‘solat’ dalam penerbitan mereka. Walaupun kelulusan ini dikenakan secara bersyarat di bawah Internal Security (Prohibition On Use of Specific Words on Document and Publication) Order 2009', yang hanya mengkhususkan kepada penerbitan sahaja, tetapi kesan jangka panjang kepada permasalahan ini bakal memberi kesan yang tertentu jika tidak dibendung dari awal. Ia juga bertentangan dengan enakmen kawalan pengembangan agama bukan Islam dan bertentangan dengan keputusan kabinet pada 19 Mei 1986. Disebalik pelbagai bantahan yang telah dibuat oleh NGO-NGO Islam, orang persorangan, ahli politik dan sebagainya namun pihak Herald masih berdegil dan mendesak untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Hal ini menunjukkan bahawa mereka...

Gunung Datuk Negeri Sembilan

Image
Hmm..Sudah beberapa lama tidak menaip ni. Kadang-kadang memang rasa skema bila difikirkan balik. Ayat mana yang perlu digunakan dulu. Baiklah! Kali ini penulis tak SKEMA huhu. Sepanjang minggu lepas pada 20 hingga 22 Februari aku berada di Gunung Datuk Negeri Sembilan. 2tahun lepas aku pernah kesana. Program Tamrin Qiyadi rasanya. Waktu itu aku tak berkesempatan untuk merasai pendakian hingga kepuncak gunung itu. Hanya jungle tracking di kaki gunung tersebut. Masih lagi teringat waktu itu apabila melihatkan Dato’ Yunus Khalid dan beberapa rakan ekspedisi ke Gunung Everest. Mereka mengadakan latihan insentif sebelum kesana dengan menjadikan Gunung Datuk sebagai lokasi terbaik. Bagi kita orang biasa mendaki gunung, tapi mereka ibaratkan naik bukit sahaja. 2,3 kali dalam satu hari. Bayangkan! Aku kesana dengan beberapa rakan lain untuk menjadi ‘KOMITI KHAS’ di program HEWI PKPIM. Tugas kami waktu itu hanyalah menyediakan makanan dan minuman selain menjaga keselamatan mereka sepanjang prog...