Posts

Showing posts from September, 2009

Demo jalanan: Budaya demokrasi atau kebejatan sosial?

Image
sumber: Sinar Harian online Mutakhir ini deria penulis kerap melihat, mendengar dan membaca tentang polemik demonstrasi jalanan di media tradisional mahupun moden. Sewaktu bersekolah di pedalaman Kelantan dahulu penulis tidak pernah tahu apa itu demonstrasi – kecuali semasa ibu membuat demonstrasi Tupperware di rumah bersama jiran-jiran terdekat di awal 80-an. Dalam konteks kehidupan kita hari ini, demonstrasi jalanan lazimnya dihubung kait dengan agenda politik tempatan. Lucu bila melihat makcik-makcik separuh umur turut melonjakkan sepanduk dan poster, geram bila terperangkap dalam kereta berjam-jam kerana jalan ditutup untuk memberi laluan kepada penunjuk perasaan; marah apabila melihat si kecil turut diheret bersama untuk melihat dan terkilan apabila gas pemedih mata dilemparkan ke arah mereka. Secara peribadi penulis juga pernah berdemonstrasi ala kecil-kecilan di Walk of Justice dalam tahun 2007, di mana beribu peguam (yang masih berdaftar dan belum dinyahkeluar dari senarai-pegu...

Salam Aidilfitri

Image
assalamualaikum... Kepada semua pembaca blog Analisa Fahmi. Maaf diminta sekiranya sepanjang perkenalan saya ada mengguris hati dan perasaan kalian.. Maaf Zahir dan Batin.. Semoga terhibur dengan pantun negeri ini....

“Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan”

Oleh: Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad* (Dibentangkan pada Konvensyen Transformasi Malaysia 13 September 2009 anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia(PKPIM-GAMIS-KARISMA-DEMA-KAMI) “Mahasiswa ,budaya ilmu dan perjuangan pendidikan” Pendahuluan Isu-isu pendidikan merupakan sebahagian daripada perjuangan kelompok anak muda terutamanya mahasiswa.Ia tidak sewajarnya diserahkan semata-mata kepada penggubal dasar pendidikan semata-mata tanpa mendengar suara dan memahami aspirasi anak muda dalam perjuangan pendidikan ini.Dasar pendidikan yang digubal tanpa mengambil kira pandangan anak muda pasti pincang dan akan gagal direalisasikan walau secantik dan sehebat mana dasar pendidikan tersebut. Membangun sambil meroboh? Generasi muda yang kuat ialah generasi muda yang sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu.Dengan budaya ilmu inilah mereka mampu menjadi pencetus sesuatu gagasan, seterusnya memimpin dan menangani perubahan .Sesuatu tamadun itu tidak mampu tertegak tanpa kekuatan budaya ilmu dan pasti...

PKPIM Lancar “Gagasan Ta’dib Kepemudaan”

Image
Krisis umat hari ini yang memperlihatkan kemelut berpanjangan menampilkan cerminan negatif kepada situasi yang akan berlaku menjelang 30 tahun mendatang. Senario ketidaktentuan masyarakat yang penuh dengan kebejatan dan keruntuhan dari sudut integriti, moral, budi, serta kegagalan mereka menjiwai rukun yang terkandung dalam “akhlaq al-karimah” mendesak kita untuk mencari rencah yang “solid” sebagai jawapan kepada krisis berkenaan. Sedar atau tidak, persoalan umat yang masih belum terungkai ini telah menuntut generasi muda hari ini untuk menawarkan suatu gagasan baru sebagai alternatif pemulihan kepada krisis berkenaan. Maka, atas bebanan amanah dan taklifan qiyadah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah melancarkan “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” suatu gagasan yang baru diperkenalkan dalam konteks harakah. Majlis pelancaran “Gagasan Ta’dib Kepemudaan” berkenaan telah disempurnakan oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz pada 6 September 2009 bersempena...

KONFLIK MALAYSIA- INDONESIA: GERAKAN PELAJAR DUA NEGARA CAPAI PENDIRIAN BERSAMA

Image
5 Rukun Muafakat Elak Sengketa Malaysia-Indonesia Dalam zaman di mana usia negara Malaysia dan Indonesia telah menggapai tempoh kematangan sebagai sebuah negara yang berdaulat, seharusnya isu pertikaian tentang soal-soal asasi berkaitan dengan kedua-dua negara tidak lagi timbul. Jika kita menyusuri kembali rentetan sejarah, sejak era 60-an sehingga kini, situasi hubungan kedua-dua negara tidak pernah sunyi dari konflik pertikaian yang kian lama kian menular tanpa diakhiri dengan usaha untuk mencari titik persamaan. Permasalahan-permasalahan serumpun seperti yang dibangkitkan seringkali berlarutan dan sentiasa berulang dari semasa ke semasa, malah lebih mengecewakan, pendekatan yang diambil oleh kedua-dua pihak dalam menyambut permasalahan ini seringkali dicemari dengan kegagalan akibat dari mengambil pendekatan yang bersifat emosi semata-mata tanpa menitikberatkan soal permuafakatan yang lebih berwajah segar dan rasional. Ini bertentangan dengan wadah diplomas...

Semarak Ramadhan 1430H

Image
Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh Saudara dan Saudari dijemput untuk menghadiri program Semarak Ramadhan 1430H anjuran GPTD dengan kerjasama CENSERVE UIAM. Program ini bertujuan memperkenal dan memperkukuh pemahaman terhadap gerak kerja GPTD di samping memperkukuh ukhuwah para hadirin. Adalah diharapkan anda dapat mengesahkan kehadiran lebih awal di sini. Berikut merupakan maklumat ringkas program: Tarikh : Rabu, 19 Ramadhan 1430 bersamaan 09 September 2009 Tempat : Dewan Kuliyah 4, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (LT4 IRKHS), UIAM Gombak Anjuran : Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) dengan kerjasama Unit Khidmat Komuniti (CENSERVE) UIAM Aturcara Program Semarak Ramadhan 1430H 06:00 petang - Pendaftaran peserta 06:30 petang - Sesi ramah mesra - Bacaan Zikir al-Ma’thurat 07:30 malam - Majlis berbuka puasa - Solat Maghrib berjemaah 08:30 malam - Solat Isyak berjemaah - Solat Tarawih berjemaah 09:30 malam Bicara Kembara: GPTD - PENGENALAN & PENGALAMAN “GPTD: Satu...

Kenangan bersamamu... TR 3742

Image
Tanggal 4 September 2009 bersamaan 14 Ramadan 2009 merupakan tarikh yang memberi kesan kepada diriku. Hari terakhir bersama tunggangan setiaku sepanjang berada di Taman Ilmu dan Budi ini. Masih lagi terhimbau saat aku bersama Adrian ke Ampang ketika masih ditahun pertama untuk mengambil Honda C70 peninggalan atuk (Allahyarham Ahmad bin Seman) usai sampai dari Terengganu menggunakan penghantaran khas. Terus saja waktu itu aku ke Kuala Lumpur. Merempit sehingga ke Dataran Merdeka. Sempat juga aku membisikan kepada teman baruku ini.. "jauh kau datang..dari kebun hingga dan pekan di Kuala Berang hinggalah sampainya dirimu ke Kuala Lumpur..Selamat datang ke dunia baru..!!" Walaupun dilihat tidak setanding dengan motorsikal lain seperti YAMAHA 135 LC, EX5 dan lain-lain, namun dirimu tetap jua gagah mengharungi denai, jalan mahupun lebuh raya. Tidak hairan sekiranya dirimu berjaya menjejakan diri di Putrajaya, Kajang, UM,UKM,UPM dan paling tidak dapat dilupakan apabila kita bersama...

PKPIM BAKAL MENGANJURKAN MAJLIS IFTAR MAHABBAH 2009 (MIFTAH '09)

Kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia akan sekali lagi diraikan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh oleh seluruh umat. Di peringkat Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), kehadiran bulan Ramadhan tahun 1430H ini sekali lagi tepat dengan suasana dan keadaan semasa. Kesempatan untuk berpesta ibadah, untuk melakukan muhasabah, membersihkan jiwa serta mendidik diri perlu dimanfaatkan oleh seluruh ahli PKPIM yang baru sahaja selesai melaksanakan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) yang ke-48. Sebagai sebuah gerakan pelajar Islam peringkat kebangsaan, PKPIM sekali lagi akan mengadakan program tradisinya dalam bulan Ramadhan yakni Majlis Iftar Mahabbah (MIFTAH) dengan tema “Sentuhan Kasih Ramadhan Pertaut Hati Umat”. Peluang untuk bersama-sama meraikan bulan Ramadhan, mengukuhkan ukhuwwah sebagai elemen penting dalam gerakan ini, serta bersama-sama melaksanakan ibadah secara berjemaah adalah kesempatan yang perlu di...

Perkenal Semula RON92-Halusi Aspirasi Rakyat dan Suara Mahasiswa

Keputusan kerajaan melaksanakan pakej baru harga minyak pada 1 September 2009 lalu boleh diringkaskan kepada ungkapan berikut yang merujuk kepada golongan yang berbeza iaitu; (1)“Kita membayar lebih untuk RON yang sama” (2) “Kita membayar sama untuk RON yang rendah” dan (3) “Kita membayar lebih untuk RON yang baru”. “Kita membayar lebih untuk RON yang sama” merujuk kepada pengguna RON97 dan akan terus menggunakan RON tersebut. Mereka bakal merasa beban kenaikkan sebanyak 25 sen seliter yang tersenarai antara yang tertinggi dalam sejarah kenaikan harga minyak negara walaupun ketika ini harga pasaran minyak mentah antarabangsa hanya di antara $60 ke $70 dolar setong. “Kita membayar sama untuk RON yang rendah” pula merujuk kepada bakal pengguna RON95 yang sebelum ini menggunakan RON97. Pengenalan RON95 pada harga yang sama dengan RON97 sebelum 1 September lalu menjadikan kelompok pengguna ini tidak rugi dan tidak untung, walaupun pada hakikatnya mereka tetap terkesan dengan pen...