Kepada semua pembaca blog Analisa Fahmi. Maaf diminta sekiranya sepanjang perkenalan saya ada mengguris hati dan perasaan kalian.. Maaf Zahir dan Batin..
Ucapan saya dalam KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah: Dalam sesebuah Negara bangsa yang maju yang mempunyai umat yang bertamadun, generasi muda merupakan barisan pelapis yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang cukup besar. Jika generasi muda yang dilahirkan lesu, lemah dan tidak bermaya, maka mundurlah bangsanya. Jika segala bentuk kemungkaran dan keruntuhan moral menyelaputi diri mereka, nescaya akan lahirlah suatu kelompok yang disebutkan Al-Quran sebagai zurriyatan du’afa (zuriat yang lemah), generasi lesu dan tidak bergagasan. “Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat (generasi ) yang lemah”. (An- Nisa:9) Pusingan ketamadunan manusia dan sejarah perjuangan bangsa jelas menunjukkan betapa generasi muda sebenarnya mempunyai kepentingan tertentu yang tidak boleh dikesampingkan. Mereka merupakan cerminan kepada gambaran masa depan sesebuah tamadun. Justeru penampilan suat...
IMAM DALAM GERAK KERJA AMAL DAN KESUKARELAWAN Oleh: AHMAD FAHMI BIN MOHD SAMSUDIN Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ketua Pegawai Eksekutif, Global Peace Mission (GPM) Malaysia Kursus Profesionalisme Imam Siri 2/2018, 25-27 Julai 2018 di Pusat Latihan Islam Kundasang, Ranau, Sabah PENDAHULUAN Keaktifan institusi masjid sebagai pusat pentadbiran, pusat kepimpinan, pemantapan imej, pusat pengajaran dan pembelajaran; pembangunan masyarakat; pusat sumber; perpaduan masyarakat; penyaluran suara umat; pembangunan program kesukarelawanan; dan pembangunan sukan dan rekreasi, pusat rujukan, one-stop centre dan namakan sahaja adalah bergantung kepada orientasi dan gerak kerja organisasi masjid itu sendiri. Sudah pasti dalam hal ini peranan para Imam amat signifikan sesuai dengan kedudukan, peranan dan fungsi yang tertentu bukan sahaja mengimarahkan masjid, tetapi juga dalam membina, mengembang dan memajukan gerak kerja operasi di masjid agar tidak hanya dilihat stereotai...
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) 3 NOVEMBER 2011 / 7 ZULHIJJAH 1432H Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti ‘Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Seksualiti Merdeka 2011 adalah bertujuan untuk menyokong dan memperkasa golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT). Sehubungan dengan itu, PKPIM memberi amaran kepada pihak penganjur supaya akur dan membatalkan festival yang bakal diisi dengan forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan ini dengan segera dengan mengambil kira desakan dan tentangan keras yang telah dibuat oleh banyak pihak yang membantah penganjuran program songsang ini. PKPIM juga meminta supaya pihak penganjur untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana ianya jelas sama sekali bertentangan dengan norma budaya dan realiti kehidupan beragama y...
Comments