Ujian pertama


Alhamdulillah... berakhirlah ujian pertamaku dalam Semester ini. 1 daripada 5 ujian yang bakal di tempuhi di dewan CAC UIAM yang serba sejuk dan menggerunkan kepada mereka yang tidak bersedia untuk berjuang.

Pengajarannya.. Sediakanlah payung sebelum hujan. Paling tidak pun boleh la menjadi 'chef proffesional' buat sementara. Bekalan minyak masak perlu mencukupi untuk gorengan sesedap rasa.

Bagiku, soalan yang ditanya tidaklah begitu susah. Majoriti daripad rakan-rakan mengeluh kerana tidak cukup masa untuk menjawab kesemua soalan . Ada soalan yang sebijik keluar. Mungkin ada yang menolongku dan ada juga yang tidak dapat ditolong.

Paling penting sekarang untuk kita bertawakal setelah apa yang diusahakan. Paling tidak untuk terus bermohon kepada-Nya agar dipermudahkan kepada Dr. Alias semasa memeriksa kertas aku nanti.

Memang tidak dinafikan. Persiapan aku kali ini adalah sangat tidak memuaskan. Masa terluang tidak digunakan dengan sepenuh hati untuk memberikan fokus kepada peperiksaan akhir. Ada perkara lain yang menarik minatku.

Sudah semestinya POLITIK.. hmm..

Selepas ini aku mempunyai 4hari masa senggang sebelum menghadapi ujian ke 2. Intermidiate Macro 1. Salah satu subjek yang menarik tetapi tidak akan berjaya dijawab jika tidak memahami secara tuntas. Asas-asas ekonomi seperti Keynesian Theory, Classical Economy,Neo-Classical dan sebagainya perlu dihadami dan ditelusuri dengan sebaiknya.

Subjek lain seperti Usul Fiqh 2 juga perlu aku fokus. Rugi sekiranya tidak mendapat A atau A- kerana carry mark aku agak tinggi.

Paling penting untuk FOKUS, FOKUS dan terus FOKUS....

Seperkara lagi, tempoh masa sepanjang minggu lepas dan minggu ini agak menarik bagi diriku untuk mengetahui perkembangan semasa yang melibatkan beberapa perkara dan topik.. Masa terluang dihabiskan dengan pembacaan akhbar dan media alternatif untuk aku memahami beberapa isu secara lebih mendalam.

Mungkin ada rakan-rakan yang mengikuti dan sudi berkongsi..

Antaranya, pilihanraya bukit-bukit di Malaysia (Bukit Gantang, Bukit Selambau) dan Batang Air. Juga PEMILU di Indonesia. Peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib. Isu DSAI yang menyalahkan UMNO atas halangan menggunakan kalimah ALLAH oleh penganut agama lain. Analisa hiburan berkenaan filem terbaru Yasmin (tale-time) yang bagiku agak liberal. Cadangan agar guru berpolitik, kemasukan semula Tun Dr. Mahathir kedalam UMNO dan lain-lain lagi.

Apa lagi yea....

"Renungkan kata-kata disebalik banner SRC diatas...."

Sekian

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
04.45 petang
Dar al-Hikmah UIAM

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

IMAM MASJID DALAM GERAK KERJA AMAL DAN KESUKARELAWAN

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”