Politik Malaysia: 2-1

Tahniah dan Takziah kepada Pakatan Rakyat yang berjaya mendapatkan semula kerusi panas masing-masing di Perak dan Kedah dengan kemenangan calon mereka YB Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan YB S.Manikumar.keputusan kerusi parlimen bukit gantang 070409

PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Manakala calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi. Beliau berjaya menambah beberapa undi jika dibandingkan dengan calon terdahulu V Arumugam yang dikhabarkan kembali dari India ke Bukit Selambau selepas pilihanraya kecil ini berakhir.

keputusan pilihanraya kecil dun bukit selambau 070409Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) menepati ramalan awal penulis apabila berjaya memenangi kerusi DUN Batang Air di Sarawak dengan majoriti 1,854 undi..

Dengan itu berakhirlah penantian majoriti rakyat Malaysia dengan keputusan pilihanraya ini. Semua pihak baik BN dan PR harus menerima kenyataan kejayaan dan kekalahan mereka disebalik usaha bersungguh-sungguh semua pihak dalam memenangi hati pengundi.

Perbezaannya hanya kepada medium dan juga platform yang digunakan oleh mereka. Baik daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Politik baru yang cuba dibawa dan digarap dalam pilihanraya ini dilihat sebagai satu usaha yang murni yang harus disokong oleh kesemua pihak yang terlibat dalam pilihanraya ini.

Rakyat semestinya sudah muak dan jelik dengan politik adu domba, caci mencaci, fitnah memfitnah dan sebagainya yang sudah tentu tidak menjurus kepada penyelesaian melainkan permusuhan yang lebih bersifat jangka panjang kesannya.

keputusan pilihanraya kecil batang ai sarawak 070409

Politik "macheville" yang menghalalkan segala tindakan demi untuk memuaskan nafsu perlu diubah kepada politik bentuk baru yang membina sifatnya.

Dengan adanya kemudahan teknologi semasa, rakyat sudah tidak boleh ditipu oleh propaganda murahan dalam usaha untuk mengaburi segelintir pihak yang masih dibelenggu dengan sindrom penafian dan ketaksuban.

Justeru, keputusan pilihanraya ini sememangnya akan menjadi titik tolak baru kepada semua pihak. Pakatan Rakyat semestinya melihat keputusan ini sebagai refurendum rakyat kepada penolakan kepimpinan baru Datuk Seri Najib. Di pihak BN pula sudah tentu keputusan ini menjadi kayu ukur dan platform muhasabah mereka untuk terus berubah dan kembali kepada perjuangan asal mengangkat martabat rakyat.

Hakikatnya, politik Malaysia tidak akan senyap sunyi selepas ini. Kemeriahan akan tetap dirasai sehinggalah kepada PilihanRaya Umum ke-13 akan datang. Kita sebagai rakyat hanya akan melihat kepada mereka yang terlibat dalam politik ini dan menilai sejauh mana perubahan dan pembaharuan yang akan dibawa oleh kesemua pihak yang memerintah.

2hari lepas penulis sempat bertemu Prof Kamal Hassan untuk mendengar pandangan dan ulasan beliau berkenaan keadaan politik yang berlaku sekarang. Tidak banyak yang diulas oleh beliau berkenaan transisi kepimpinan Pak Lah kepada Datuk Seri Najib melainkan selepas beliau meneliti pembentukan kabinet baru Najib.

Jangkaan firasat beliau akan kemenangan Pakatan Rakyat 2-1 kepada BN dalam pilihanraya ini menjadi kenyataan walaupun beliau menyeloroh bahawa beliau tidak berada di lapangan untuk mengulas secara lanjut.

Mungkin usrah gabungan PKPIM-ABIM-WADAH bertajuk Senario Politik Mutakhir: Perspektif Gerakan Dakwah pada malam ini di Kajang yang akan disampaikan oleh Tuan Haji Azam Abdul Rahman dapat memberi dan membuka sudut pandangan baru kepada penulis dalam menilai politik Malaysia ini.

Kesempatan ke Kajang malam ini bersama Abg Yusri dan Abg Hilmi juga tidak akan penulis lepaskan untuk mendapatkan penjelasan dan huraian yang lebih lanjut.

Teringat penulis dalam beberapa hari ini seseorang memberitahu bahawa penulis silap mengambil jurusan Ekonomi di UIA kerana bidang yang sepatutnya diambil penulis ialah Human Sciences melalui pengkhukusan dalam Political Science.

Insya-Allah jika diizinkan akan penulis pelajarinya dalam Master jawap penulis...

Sekian,

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin

Cafe Mahallah As-Siddiq UIAM

6.05petang



Comments

Anonymous said…
Salam ziarah.

Pengambilan Baru Peserta Program Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net™ "Click Here"

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”