Cinta Tanpa Syarat
Renungkan kisah ini....
Emak di sisi pusara Abah
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan
kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai
Tuhanku!
Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan
kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah
mereka
dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih
kecil".
Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.
Entah Kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut.
Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana
rindu
saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya,
saya
rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran,
dan
saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya
mengecil dan pergi oleh senyumannya.
Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang
sunyi,
bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi
seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya
sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya
hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk
Orang
Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda
menghadamnya.
Kata bonda, "jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau
dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan
kemudian
susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu."
Saya memang rindukan emak. Emak juga rindukan suaminya. Jika diselak
langsir
dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan pusara abah di tepi masjid
sebelah
rumah. Emak sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka,
dan
kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah opah pernah berkata, "aku
hairan
tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh.
Walhal
hero-hero belaka!" Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero
belaka.
Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.
Mungkin semua itu kerana watak abah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami
sentiasa
bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana
semua ketawa dan sedih kami adalah bersama abah. Namun selepas abah pergi
mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..
Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh abah semasa dia sakit
terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu
pada abah. Kini emak saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya
sangka, saya sukar menemankan emak kerana saya terhumban di hujung benua.
Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung
halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak
berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan
kehidupan saya yang amat menekan masa.
Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan
emak
kesunyian di kampung.
Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih
halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat
merasakan
apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan
seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.
Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia
dengan
kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?
Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.
"Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak
habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja.
Saif
selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Imad pun dah
pandai meniarap", keluhan saya kepada emak beberapa ketika yang lalu.
""Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak
ni
asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini.
Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak
dalam
doa, Alhamdulillah", itulah suara dari hati emak.
Semasa berdoa tadi baru saya sedar, emak amat pemaaf. Dia memaafkan saya
dan
adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf emak
semasa saya kecil...
Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis.
Semasa emak sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur
dan
cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna
merah,
dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk
menambah
air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil
untuk
dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur.
Seminggu masa berlalu, apabila emak terjumpa periuk itu, dia tahu itu
angkara
saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.
"Emak tak marah?", saya cuba memberanikan diri bertanya.
"Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok
periuk
ni dalam kabinet", itulah katanya.
Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu emak dan dia dengan segera
memujuk.
Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah
ke
bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Emak tidak
marah.
Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila
buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga.
Sampai ke
hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah
kebiru-biruan. Emak tidak marah.
Abah juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi
jika
gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, "nanti
mainlah lagi ya. Jangan baca buku."
Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.
Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. "Maaf ustaz, kalau
begitulah
cakap ustaz, saya pun 'tak hingin' nak sekolah di sini!", jiwa anak muda di
Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan
langsung
meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir
panjang.
Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Abah amat terkejut dengan tindakan
saya
berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil
berkata, "ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana
selepas
ini". Itu cara abah. Dia jarang sekali marah.
Emak dan abah amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja kerenah
kami,
mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang
banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA
SYARAT.
Emak dan abah menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat
atau
degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka
menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa
syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang
mereka
buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau
tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan
penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.
Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya
mengasihi
tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada
anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi
suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi
jika
hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka.
Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada,
tapi
sering tiada.
Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya
tanpa
syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang
anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak
sembuh
dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya,
mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, "bilalah orang tua
ini
nak mati!". Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.
Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu
dan
bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina.
Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM
adalah
percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di
musim
perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya.
Allah
Allah....
Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari
menunaikan Haji.
"Abah kat Mekah doa apa, abah?", saya bertanya.
"Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut
anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!", kata ayah saya sambil
mata
redupnya merenung saya yang terkelu lidah. "Abah, jangan cakap macam
tu...",
saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi
meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun
lebih
selepas perbualan kami itu.
Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang
tidak
sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan
pedih
dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa
dan
usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka
kasih
dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.
Ya Allah. Aku lemah. Aku banyak dosa. Aku suka mengeluh. Aku kerap lalai
dan
alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh
sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan
kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat,
sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa
mengharapkan balasan.
Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang
mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu
kepada mereka, tanpa hisab dan syarat...
NAMUN...
Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk
meminta
pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam
sehari
itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan
tanpa
saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat
kepada-Mu,
dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang
Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!
Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang
tidak
layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya.
Astaghfirullah.
Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari
saya
dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung.
Setelah
pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.
Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini.
Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku
mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah
syaratkan itu?
Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan.
Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.
Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita
kepada
sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang
al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.
Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi.
Namun
memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:
Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha
Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan
sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya.
Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar
mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak
berbeza
dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka,
menconteng
arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka
beroleh
kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak
jemu
Memberi dan tidak Marah diminta.
Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah
susu
pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari
cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan
sejurus
selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang
baru
menjenguk datang ke hidup duniawi.
Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa
diminta.
Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah
yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa
kita
minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab.
Sifat
inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan
dan
hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu
kepala,
semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan
sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita
dengan
sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga.
Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan
kita,
memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu
maksiat
dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah
sampai
masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya
diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat
inilah
Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang
yang
tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya
ibu
membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita
membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.
Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan
sifat
al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan
itu
kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan.
Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu
agar
kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita
berbuat baik.
Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita.
Allah
memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah
diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak
mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa
syarat,
mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk
disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

Peluk cium anakanda buat bonda yang mengasihiku atas hatinya yang begitu...
Ameen.

Comments