PKPIM 5 Dasawarsa

Alhamdulillah... Akhirnya karya Mantan Presiden PKPIM, Sdra Hilmi Ramli berjudul "PKPIM 5 Dasawarsa" yang mengambil masa beberapa tahun melalui hasil kajian, penyelidikan dan penat lelah beliau bersama beberapa teman (abg Yusni dan Syira) akhirnya siap dicetak dan dilancarkan oleh YB Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Mantan Timb. Presiden PKPIM 70-an baru-baru ini sempena Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kenegaraan bersempena Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM kali ke-48.

Membaca buku ini barangkali membawa kita kepada susur galur demensi perjuangan abang-abang dan juga golongan terawal pemimpin mahasiswa semenjak tahun 60an sehingga kepada era millenium terlyang mana mereka ini terlibat dalam gerak kerja merencana perjuangan mereka berdasarkan waqi' (keadaan) setempat waktu itu.

Juga buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan dan bahan bacaan para aktivis mahasiswaI slam khususnya kerana bagasi sejarah (historical bagage) yang terangkum didalam buku ini menceritakan rentetan sesuatu peristiwa yang membawa kepada pemahaman yang jelas akan sesuatu perkara atau tindakan yang berlaku.

Akhirnya kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan buku ini bolehlah untuk berhubung dengan Saudari Lina Mursyidah -0136282505. Harga buku ini ialah RM 22.90.

HIDUP BIAR BERJASA...

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”