Tuesday, August 25, 2009

Analisa Sejenak

Salam Ramadhan kepada semua..

Hari ini (Selasa, 25.8.09) sudah semestinya menjadi hari penentu kepada kerusi Dun Permatang Pasir. Walaupun proses PRK kali ini dalam bulan Ramadhan, kemeriahan kempen tetap juga meriah seperti sebelum ini. Bagi yang memenangi kerusi ini baik BN mahupun PR diucapkan tahniah dan teruskan dengan misi perjuangan kalian.

Sememangnya politik Malaysia sekarang saban hari semakin mual dan menyakitkan hati bagi siapa yang tidak meminati silang sengketa politik yang tidak kunjung suram ini. Hakikat Ramadhan yang merupakan wadah dan Madrasah terbaik bagi Parti Umat Melayu-Islam bersatu perlu diambil manfaat dan dijadikan matlamat yang harus ditunjangkan kepada kesatuan Ummat dan Agama Islam itu sendiri.

Juga dengan kedatangan bulan yang mulia ini, kita tidak mendengar lagi kematian akibat H Satu N Satu (H1N1). Mungkin ada hikmahnya ketiadaan angka kematian sebegini. Mohon doa untuk kesihatan seluruh warganegara Malaysia agar dijauhkan wabak yang tidak diundang ini.

Kejap lagi saya berpeluang untuk terlibat dalam rakaman rancangan Nasi Lemak Kopi O yang akan merakam suasana kehidupan mahasiswa UIA dalam menyambut suasana Ramadhan di Taman Ilmu dan Budi. Harap semuanya berjalan lancar. Kebiasaannya saya akan berbuka puasa di Surau di Taman Melewar. Sememangnya air teh yang 'kau' menjadi tarikan yang tersendiri...

ok.. Masa untuk beribadat.. Sebelum itu, sedikit teguran kepada pengunjung Bazar Ramadhan terutamnya di taman Ilmu dan Budi ini agar dapat mematuhi kriteria seorang Muslim dalam etika berpakaian. Semoga kita semua mendapat manfaat dan hikmah kebaikan madrasah tarbiyyah bulan ini..

Sekian..

Ahmad fahmi Mohd Samsudin
KENMS Level 4

No comments: