"GPM kecam insiden keganasan di New Delhi" di Akhbar Berita Harian

Kenyataan Media Asal:  GPM KECAM RUSUHAN ANTI ISLAM DI DELHI Global

Peace Mission (GPM) Malaysia mengecam tindakan keganasan ke atas penduduk Islam di Delhi, India yang bermula semenjak hari Ahad yang lepas. Sehingga kenyataan ini ditulis sejumlah 25 orang telah dilaporkan meninggal dunia dan lebih 200 orang tercedera. Turut dilaporkan juga sebuah Masjid turut telah dibakar dan kediaman serta kehidupan masyarakat Islam di sana kini turut terancam.

Keganasan terburuk dalam beberapa dekad terjadi di Delhi ini dikatakan bermula dengan bantahan dan juga kontroversi penggubalan Undang-undang Kerakyatan yang berat sebelah dan membelakangkan penganut Islam telah diluluskan oleh kerajaan Modi pada bulan Disember yang lepas. Namun merebak menjadi pertempuran antara penganut Hindu dan masyarakat Islam sehingga melibatkan senjata api.

 GPM sedang mengikuti rapat perkembangan yang sedang berlaku dan menyeru untuk Kerajaan India mengambil langkah segera bagi mengekang rusuhan dan keganasan daripada terus merebak dan menyebabkan lebih ramai yang tercedera dan terbunuh.

Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin
Ketua Pegawai Eksekutif
Global Peace Mission Malaysia

Petikan dari Akhbar Berita Harian.
 BERITANasional Khamis, 27 Februari 2020 | 5:13pm

 KUALA LUMPUR: Global Peace Mission (GPM) Malaysia mengecam insiden keganasan terhadap umat Islam di New Delhi, India, sejak Ahad lalu. Insiden itu berlaku susulan bantahan ke atas undang-undang kerakyatan yang disifatkan sebagai berat sebelah.

Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata bantahan itu kemudian merebak menjadi pertelingkahan antara agama, yang menyaksikan ramai penduduk Islam menjadi sasaran. “Setakat ini, 25 orang dilaporkan maut, manakala lebih 200 orang cedera akibat insiden itu. “Sebuah masjid dan beberapa kediaman turut dibakar. Nyawa masyarakat Islam di sana kini terancam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Fahmi berkata pihaknya sedang mengikuti rapat perkembangan insiden berkenaan dan meminta Kerajaan India mengambil langkah segera bagi mengekang rusuhan. “Ia dikhuatiri menyebabkan lebih ramai yang tercedera dan terbunuh,” katanya.


 

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

IMAM MASJID DALAM GERAK KERJA AMAL DAN KESUKARELAWAN

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”