Posts

Showing posts from July, 2011

IJTIMAK HARAKIY KE-2 (PKPIM-ABIM-WADAH) 22-24 JULAI 2011

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Ijtimak Harakiy Ke-2, mulai 22 Julai sehingga 24 Julai 2011. (Sila klik untuk tentatif penuh) Ijtimak Harakiy ini adalah perhimpunan membabitkan tiga serangkai gerakan Islam utama, WADAH-ABIM-PKPIM yang telah mencipta sejarah tersendiri dalam perkembangan Islam di negara ini. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan pada 27 Jun 1961, yang pada ketika itu dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1963 namanya ditukar seperti yang ada sekarang. Pada masa kini PKPIM berdaftar di bawah pejabat pendaftar pertubuhan belia (ROY) Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan pendekatan berhikmah merang

MPAT KOPERASI BELIA ISLAM MALAYSIA BERHAD KALI KE-33

Image
Pada hari Ahad, 26 Jun 2011 bersamaan 24 Rejab 1432 H yang lalu, Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KBI bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Mesyuarat kali ke-33 ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH). Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Pengerusi KBI, Encik Samsuddin Zainal, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Saudara Mohd Raimi Ab. Rahim dan Pengerusi Lujnah Syariah KBI,Dato’ Mohd Mokhtar Shafii. Lebih 100 orang hadirin yang terdiri daripada Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAKBI), lujnah syariah, audit luar, mantan-mantan Pengerusi KBI, wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), para jemputan, perwakilan dan juga pemerhati KBI dari seluruh negara hadir bagi menjayakan acara dwi-tahunan ini. Encik Samsuddin, Pengerusi KBI menyampaikan ucapan aluan. Dalam ucapan aluan oleh Pengerusi KBI, beliau mengingatka