Gerakan Kempen Kesedaran (GKK-PKPIM)
Justeru, dalam entri ini dan entri yang seterusnya saya akan lampirkan beberapa artikel, sidang media, makalah mahupun laporan dan catatan penting aktiviti mahupun program yang membicarakan isu ini.
Diharap dengan adanya usaha kecil ini akan dapat memberikan sedikit penjelasan dan penerangan tentang apa sebenarnya yang berlaku dan para pembaca juga dapat memahami secara lebih jelas isu ini secara tuntas.
Terima kasih..
SUMBER: MALAYSIAKINI PKPIM lancar kempen implikasi isu 'Allah' | ||
|
Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tujuan utama gerakan itu - yang dikenali sebagai GKK-PKPIM - ialah untuk meningkatkan kesedaran dan menerapkan kefahaman Islam sebenar serta merungkaikan kekeliruan ekoran implikasi kes tersebut.
Menerusi platform ini, katanya, PKPIM akan menggerakkan beberapa siri program kesedaran seperti forum dan wacana ilmiyah, diskusi umum, pengedaran risalah, penerbitan makalah dan poster kesedaran, serta munajat perdana.
"Gerakan ini akan digerakkan ke seluruh negara dengan mensasarkan para pelajar dan mahasiswa secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad berkata, gerakan mendapat dokongan lebih 20 persatuan pelajar yang turut disertai 13 badan gabungan negeri PKPIM dan kelab-kelab mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
"PKPIM berharap agar gerakan kempen kesedaran ini dapat menanam kesedaran generasi muda terhadap kes ini, seraya merungkaikan kekeliruan dan salah tanggap yang melingkari persoalan aqidah dan teras kepercayaan umat Islam.
"Atas rasa tanggungjawab, PKPIM menyeru lebih banyak pihak tampil memberikan sokongan untuk menjayakan gerakan ini," tambahnya.
Dalam pada itu, PKPIM mendesak semua pemimpin Melayu Islam dalam semua parti politik - Umno, PAS dan PKR - duduk semeja bersepakat dan menyatakan pendirian bersama untuk mempertahankan Kalimah Allah.
"PKPIM bersedia menjadi NGO yang berperanan sebagai pihak ketiga untuk menghubungkan ketiga-tiga parti politik," katanya.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.
The Herald yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah penggunaan kalimah "Allah" dalam seksyen Bahasa Malaysia, sebagai terjemahan kepada perkataan God.
Perkataan "Allah" digunakan secara meluas di kalangan suku kaum beragama Kristian di Sabah dan Sarawak, yang sebahagian besarnya bertutur dalam Bahasa Malaysia.
Sebelum ini, KDN melarang penggunaan perkataan 'Allah' oleh bukan Islam bagi mengelak wujud salahfaham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.
Berita sebelum ini...
Kalimah Allah: PKPIM Buat Laporan Polis |
|
Monday, 04 January 2010 07:32 |
KUALA LUMPUR 3 Januari 2010: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama 12 badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini telah membuat laporan polis kerana membantah tindakan majalah Herald The Catholic Weekly, menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya. Laporan yang dibuat kira-kira pukul 3.00 petang di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur tersebut dibuat atas dasar kebimbangan akan wujud pihak yang menganggap institusi kehakiman sivil telah menghina Islam dengan berdasarkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Khamis lalu. Sementara itu, dalam laporan tersebut juga, PKPIM menuntut agar satu siasatan dijalankan ke atas pengurusan dan penganjur gereja akan motif dan agenda tersembunyi mereka menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya yang dilihat mahu melanggar Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan memandangkan diketahui umum bahawa kalimah Allah hanya serasi dengan masyarakat Melayu Islam sahaja. Dalam pada itu, antara NGO lain yang terlibat membuat laporan polis ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Belia 4B, dan sebagainya. Sebelum itu, kesemua NGO tersebut telah berkumpul di hadapan IPD Sentul kira-kira beberapa minit sebelum laporan dibuat. Laporan disusuli dengan satu sidang media khas bagi menerangkan tujuan utama laporan ini dibuat. Dalam sidang media tersebut, kesemua NGO bersepakat untuk tetap dengan pendirian menggunakan apa jua cara yang dibenarkan undang-undang untuk terus membantah penggunaan Kalimah Allah ini oleh pihak bukan Islam. Ini memandangkan, ianya boleh mengganggu ketenteraman umat Islam dan mengakibatkan Negara menjadi kucar-kacir akibat prasangka dan perbalahan agama yang bukan mudah untuk dileraikan. Dalam perkembangan berkaitan, NGO juga bersepakat bahawa mereka bertindak atas semangat Rukun Negara pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan di mana Tuhan itu sebagai satu istilah umum dan setiap agama di Negara ini menggunakan perkataan Tuhan sebagai kata umum.
|
Comments