Posts

Showing posts from January, 2010

Bolehkah Diharapkan Anwar Ibrahim & PAS Untuk Memacu Kewangan Islam ?

Dato Seri Anwar Ibrahim baru sahaja dilantik menjadi penasihat ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Berbekalkan pengalaman beliau selaku Menteri Kewangan suatu ketika dahulu dan lain-lain pengalaman berkaitan, kepada beliau diletakkan harapan oleh pengikutnya dan rakyat negeri Selangor untuk melakukan sesuatu yang terbaik buat negeri Selangor. Khususnya apabila diwarwarkan Selangor sedang dirancang untuk dirubah menjadi Islamic financial hub.[1 Semua orang mempunyai harapan dan jangkaan terhadap beliau. Sama ada positif, negatif atau ‘tunggu dan lihat'. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad awal-awal lagi telah memberi indikasi bahawa DSAI akan gagal memacu ekonomi negeri tersebut malah lebih teruk akan mempersembahkan hasil bernilai RM 1, sama seperti bayaran elaun bulanannya. DSAI sebelum ini terkenal sebagai salah seorang individu yang membolehkan perbankan dan kewangan Islam berputik di Malaysia. Walaupun ia bukanlah inisiatif beliau seorang diri, namun peranannya diakui ...

KEPUTUSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN DIKESALI

Pengumuman yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz, bahawa kerajaan persekutuan membenarkan kalimah “Allah” digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak adalah amat dikesali. Sebagai seorang warga Bumi Kenyalang yang beragama Islam, saya berasa amat kesal dan marah dengan keputusan tersebut yang menunjukkan betapa pihak kerajaan gagal memahami isu ini dengan baik serta menampakkan betapa celarunya pemikiran para pemimpin Islam di negara ini yang sudah semakin kehilangan adab. Biarpun penganut agama Kristian telah menggunakan kalimah “Allah” semenjak beratus tahun lamanya di Sabah dan Sarawak, itu bukan hujah untuk mengesahkan bahawa mereka boleh menggunakan kalimah “Allah”. Amalan dan praktis yang berkurun lamanya tidak menunjukkan kesahihan amalan atau praktis tersebut! Kebenaran bukan semata-mata ditentukan dengan lamanya sesuatu amalan itu diterimapakai oleh masyarakat. Sebagai analogi, apakah kita akan membenarkan sahaja istil...

Kaitan antara orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam di Malaysia

oleh: Muhammad Safwan bin Mohd. Noor Azmi wanza348@gmail.com Bilamana mahkamah tinggi memutuskan penggunaan kalimah Allah diberi kebenaran kepada penerbitan akhbar mingguan Herald, pelbagai persepsi dan pandangan timbul dalam kalangan masyarakat baik yang menyokong mahupun membantah. Isu pokoknya ialah sama ada boleh atau tidak perkataan Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam di negara ini. Sebelum kita memahami isu ini dengan lebih lanjut, pembaca perlu mengenalpasti terlebih dahulu kandungan yang terdapat dalam Perkara 152. Artikel ini memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Kemudiannya, ia telah diwartakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 September 1967. Selain itu juga, dinyatakan secara jelas bahawa tulisan jawi merupakan sebahagian daripada bahasa Melayu selain tulisan rumi atau Roman. Walau bagaimanapun, kesepakatan daripada Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ‘50) semasa Kongres Bahasa ke-3 pada ...

KONTROVERSI KEGUNAAAN KALIMAH "ALLAH"

Image
Isu kalimah 'Allah' : Soal-Jawab Assalamu'alaykum.. Soalan: Kenapa mahu marah-marah Kristian pakai kalimah Allah? Kenapa perlu berebut? Yang penting kita tahu Allah itu siapa sudahlah. Jawapan: Isu 'Allah' ini bukan isu perebutan nama. Ia adalah isu akidah, isu falsafah, isu maqasid di sebalik nama itu. Kita tidak marah kalau Kristian mahu menisbahkan Allah kepada Tuhan yg sebenar. Tiada masalah. Tapi kita tidak setuju kalau dikatakan Allah itu adalah Roh Kudus dan Jesus atau sebaliknya atas sebab Trinity yang mereka pegang. Bukankah di dalam Bible menyebut "Aku dan 'Bapa' adalah satu"? Soalan: Tetapi musyrikin Makkah dan Arab pada zaman Nabi pun pakai nama Allah. Bapa Nabi pun bernama Abdullah. Apa masalahnya? Jawapan: Memang musyrikin Arab memakai kalimah 'Allah' bila mereka merujuk kepada Tuhan. Betul. Tapi menjadikan alasan itu bagi menghalalkan penggunaan 'Allah oleh Kristian Trinity adalah tidak kena. Kerana m...

Gerakan Kempen Kesedaran (GKK-PKPIM)

Image
Alhamdulillah.. PKPIM telah melancarkan Gerakan Kempen Kesedaran di Rumah Pena pada 5 Januari 2010. GKK-PKPIM ini akan memfokuskan kepada isu penggunaan Kalimah ALLAH oleh Herald dan beberapa isu berbangkit yang berkisarkan kepada perkara yang sama.. Justeru, dalam entri ini dan entri yang seterusnya saya akan lampirkan beberapa artikel, sidang media, makalah mahupun laporan dan catatan penting aktiviti mahupun program yang membicarakan isu ini. Diharap dengan adanya usaha kecil ini akan dapat memberikan sedikit penjelasan dan penerangan tentang apa sebenarnya yang berlaku dan para pembaca juga dapat memahami secara lebih jelas isu ini secara tuntas. Terima kasih.. SUMBER: MALAYSIAKINI PKPIM lancar kempen implikasi isu 'Allah' Jan 5, 10 5:46pm Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) melancarkan gerakan kempen kesedaran secar...