INTERNATIONAL CONFERENCE: NATO AND POLICY IN ASIA
Program:
Conference on NATO and its Policies in Asia: The Impact of A Global Military Force in the World
Tarikh: 5 Mei 2009
Tempat: Sime Darby Convention Centre
Kalian tahu apa yang dimaksudkan dengan NATO? NATO adalah singkatan bagi North Atlantic Treaty Organization. Ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua selepas termeterainya perjanjian North Atlantic Treaty pada 4 April 1949. (Baca selanjutnya di sini)
Sejarah membuktikan bahawa tujuan penubuhan NATO adalah untuk menjamin keselamatan negara-negara anggotanya (demokrasi-kapitalis-liberal) bagi menghadapi ancaman negara-negara sekutu (sosialis-komunis). Namun sekarang, segalanya telah berubah.
Jika sebelum ini NATO lebih bertumpu di benua Eropah, sekarang kita boleh lihat perluasan kuasanya ke Mediterranean, Afrika (Darfur), Timur Tengah (Iraq) dan Asia Tengah (Afghanistan), atas platform misi kemanusiaan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Jadi, apa yang membimbangkan sekarang ini adalah konsep keselamatan yang telah diperluas, bukan sahaja membawa konotasi ancaman bersenjata, malah merangkumi ancaman keperluan tenaga (minyak dan gas) dan keperluan menguasai laluan-laluan perdagangan strategik yang wujud di Asia. (rujuk di sini)
Tambahan pula Artikel 5 dalam dalam perjanjian itu turut termaktub berkenaan andai satu negara anggotanya diserang, maka tindakan ketenteraan bersama akan dilancarkan untuk mempertahankan negara anggotanya yang diserang itu.
Makanya, diadakan conference ini untuk mewujudkan kesedaran dan pemahaman tentang politik dunia hari ini. Mungkin ramai yang masih asyik dibuai khayalan tanpa menyedari kemungkinan yang tak terjangkau dek akal yang mungkin berlaku suatu hari nanti. Jadi, expect the unexpected! (artikel dr EPAH)
ULASAN:
Berikut merupakan salah satu conference yang dihadiri oleh saya pada 5 May 2009. Program besar sebegini menjadi salah satu platform terbaik bagi gerakan Islam terutamanya NGO-NGO dengan kerjasama semua pihak seperti media, kedutaan asing dan para mahasiswa dalam memahami isu ini secara tuntas.
Tidak dinafikan, penglibatan secara langsung sesebuah negara dalam isu antarabangsa ini boleh disalah tafsir oleh sesetengah pihak yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. Tindakan Future Global Network pimpinan Tuan Haji Azam dalam initatif berani ini harus dipuji, disokong dan diangkat oleh golongan muda.
NATO ini merupakan satu 'spark' atau pencetus awal yang diambil dalam mengejutkan umat dari tidur dan lena. 6juta hits yang dilaporkan oleh WFOL.TV memberikan maksud tersendiri akan impak dan kesan yang terhasil dari gagasan baru ini. Isu Filipina dan Selatan Thailand yang tidak kunjung reda boleh dirungkaikan. Isu Sri Lanka yang akhirnya membawa permasalahan sebenar bagi umat Islam yang menjadi pelarian di tanah air sendiri. Juga tidak dilupakan kes lanun di Selat Oden yang memerlukan penjelasan siapa sebenarnya "the real terrorist?? Isu Palestin dan juga Presiden Obama juga menarik untuk dibicarakan..
Semoga kita didekatkan dengan amalan penghayatan budaya ilmu dalam konteks kefahaman yang sebenar..
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
SRC Office IIUM
Comments