Mari Berpesta @ KLIBF 2009




Encik Azizudin ada meninggalkan pesanan SMS kepadaku. "Ada sesiapa yang free tak hari Jumaat, Sabtu dan Ahad nie untuk terlibat dalam KLIBF?". Malangnya aku tak free pada waktu tersebut. Terus aku forward kepada kawan-kawan. Ada yang masih lagi sibuk dengan final exam. Aku mengusulkan kepada Wahid dan beliau bersetuju. Harap-harapnya dapatlah dia menghabiskan masa di KLBF sebelum practical training.

Menyentuh tentang KLBF ni, bagi kami golongan mahasiswa menyambut baik langkah pihak-pihak tertentu yang prihatin berusaha menganjurkan pesta buku terbesar di Malaysia ini. Sudah tentu bilangan hadirin yang datang meningkat daripada tahun ke tahun.(Moga-moga krisis ekonomi tidak memberi kesan kepada peminat buku ini)

Malangnya, kebanyakkan daripada kami sudah kehabisan duit (memandangkan sudah last sem) untuk berbelanja lebih untuk sesetengah buku. Sekadar buku yang berpatutan boleh lagi la.

Ada petua ke pesta buku nie. Bak kata Abg Naim. "Pergi pertama kali sekadar survey yea, pertengahan dan pengakhiran barulah beli. Baru dapat murah!! Tapi janganlah lambat sangat. Nanti habisan stok pula".

Mungkin abang-abang yang core dengan buku sudah allocate budget beratus-ratus mahupun beribu-ribu masing-masing untuk Pesta Buku kali ini. Macammana denganku? Hmm..

Tunggu dan lihat....

Jumpa disana!!!

Teruskan dengan budaya pembugaran ilmu.... Jika tidak dipraktikan sekarang.. Bila lagi??

Ahmad Fahmi
17 April 2009
Surau Bilal UIAM..

Comments

D'Rimba said…
Kenapa tak letak kotak pengikut?
Maaf...Blog masih sedang dikemaskini...

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”