Thursday, April 2, 2009

Islamization Series

Alhamdulillah, dalam kesibukan persiapan untuk peperiksaan akhir Semester ini aku sempat secara sedar dan tidak sedar melakukan perkara yang tiada kaitan dengan persiapan final aku.

Bermula dengan 'kemalasan yang amat' selepas Subuh. (harap tiada lagi tidur selepas waktu ini) Seterusnya berusaha untuk menguruskan kedatangan seorang ilmuwan Islam tersohor ke UIAM dan juga menghadiri wacana ilmiah yang diadakan di Ibnu Taimiyyah Conference Room, Level 3, KENMS petang tadi. Malam ini usrah PKPIM pusat pula..

Doaku...Semoga apa yang dilakukan oleh aku ini mendapat keberkatan. Bagiku ada baiknya segala apa yang dilakukan, jika kita mempunyai niat yang ikhlas, nescaya ada sedikit ruang yang diberikan oleh-Nya.

Tambahan pula mood untuk final belum terasa.. Sekadar suam-suam kuku...Endah tak endah.. Haiii....

Sebelum ke wacana ilmiah, aku sempat berjumpa dengan pensyarah subjek Int. Micro II, Dr Sabri Majid di biliknya. Pertemuan dengan rakan sekumpulan membincangkan projek assignment grup kami. (aku, Ali Zulhusni, Roydee dan Anas) Sebenarnya aku agak terkesima kaku kerana tidak mempunyai apa-apa persiapan sebelum berjumpa Dr Sabri nie.(untuk final? jangan harapla...) Sekadar mencelah sekadar yang tahu....

Dr. Sabri merupakan seorang yang sangat prihatin.Lawak jenaka beliau sesekali memeriahkan kelas. Jika tidak mengenali secara dekat mungkin kita tidak berani untuk bertegur sapa dengan pensyarah yang berasal dari Indonesia ini. Subjek ini merupakan subjek yang paling rendah 'score mark' aku. Bukan tidak berminat. Tapi.. ntahlah... Kesilapan diri sendiri mungkin..Assignment yang memang tidak terbuat, tertidur dalam kelas dan sebagainya..

Maaf yea Dr Sabri..

Semoga Allah mengampuni daku...

Seusai Zohor tadi aku Izzat dan Halim ke Pejabat Masjid UIAM. Kebetulan semalam abg Berg (Presiden PKPIM) dan A.Raimi (ABIM) ada menelefon dan memberitahu kedatangan seorang ulama iaitu Syeikh Dr. Muhammad Akram Nadwi ke Malaysia. Mungkin ABIM yang menguruskan kedatangan beliau. Mereka mahu jika aku boleh menguruskan kedatangan Syeikh ini ke UIA pada Jumaat malam.

Sedikit penerangan berkenaan ilmuwan Islam ini. Beliau daripada India. Merupakan pakar Hadis dan ilmu Fiqh lulusan Nadwat al-Ulama di lucknow dan merupakan anak murid kepada Syeikh Abul Hassan Ali Al-Nadwi, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi. Menulis dalam kitab-kitab, makalah dan juga tulisan buku untuk manfaat dunia Islam dan yang terbaru beliau menyiapkan 40-volume Biographical Dictionary of the Muhaddithat dan The Women Scholars of Hadith. Sekarang beliau merupakan Felo Penyelidik di Oxford Centre for Islamic Studies, Oxford bersama Syeikh Dr Muhammad Afifi Al-Kitti.

Bagi aku, sangat rugi jika kesempatan yang ada ini tidak dimanfaatkan. Kerisauan aku juga kerana musim Final Exam memungkinkan tidak ramai pelajar yang akan mendengar pengisian beliau kelak. Kendatipun aku berusaha juga untuk mendapatkan tempat di UIAM terutamanya di masjid. Malangnya Ustaz Farid (Ketua Pengurus Masjid UIAM) tiada di pejabat waktu itu.

Seperti biasa, karenah birokrasi seperti surat permohonan sebelum 7 hari waktu bekerja diminta oleh seorang pegawai di pejabat tersebut. Memang diwaktu-waktu sebegini aku tidak mempunyai apa-apa surat melainkan C.V Syeikh Dr Akram yang sempat aku print sebelum datang tadi.

Sempat berjumpa Abg Nik (Fellow Mahallah) di Admin dan beliau mengesyorkan agar berjumpa Dato' Hamidon, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar.. (dengar khabarnya kontrak beliau tidak disambung??) Alhamdulilah, kebetulan sahaja kami terserempak dengan beliau.Ternyata beliau masih mengingati namaku. Terus saja aku menerangkan hajat kedatanganku. Beliau bersetuju dan berpesan agar aku menyediakan surat permohonan sahaja. Betul kata orang. Bila kenal 'orang atas' ini semua kerja mudah. Barangkali? Beliau mencadangkan agar Syeikh Akram memberikan tazkirah sejurus sahaja selepas solat Jumaat esok.

Malangnya petang itu aku dimaklumkan semula oleh Abg Raimi melalui SMS. Jadual Prof. penuh dan tidak berkesempatan ke UIA. Mungkin selepas diberitahu agar mengaturkan pertemuaan di UIA selepas solat Jumaat tidak dapat dipenuhi. Semestinya ilmuwan seperti ini sibuk dengan urusan dan komitmen lain.

Seusai itu aku terus sahaja ke Econs. (Terima kasih pada Ijat kerana menjaga laptop aku di Library). Tujuanku hanya mahu menyiapkan assigment terakhir Sem ini (Micro II). Kebetulan pula aku terpandang notis pemberitahuan berkenaan Islamization Series No.6.

Sebelum ini aku pernah berbincang dengan Dr Mahyudi (Pensyarah Ekonomi) berkenaan Islamization Series ini. Program Muafakat dengan kerjasama JAKIM tekaanku. Ternyata beliau mempengerusikan diskusi ilmiah itu.

Wacana bertajuk "The Position of Economics and Managment Sciences in the Classification of Knowledge" yang disampaikan oleh Presiden Muafakat merangkap Deputy CEO di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar sememangnya menarik minatku untuk hadir walaupun aku kelewatan beberapa jam.

Diskusi ini berkisarkan kepada kupasan buku Prof. Osman Bakar sendiri iaitu Classification of Knowledge in Islam, Tawhid and Science. Hadirin yang datang terdiri daripada Prof-Prof dan juga pensyarah Kulliyah Ekonomi dan Kuliyyah lain. Kelibat Prof Aslam (ECONS) Prof Ismawi (KAED) Prof Kamal Hassan (Mantan Rektor), Dr Sabri (IRK) menunjukkan wacana ilmiah ini mempunyai nilai dan 'substance' tersendiri yang menarik minat mereka untuk turut serta dalam wacana ini.

Malangnya, sambutan daripada kalangan mahasiswa masih kurang. Mungkin kerana masa yang tidak bersesuaian ataupun wacana ini hanya terbuka kepada para pensyarah? Wallahuallam. Aku dan Ghufran sahaja pelajar undergraduate dan lainnya 3 hingga 5 orang pelajar Master atau PhD.

Sedikit perkongsian wacana ini berdasarkan pemahaman aku ialah konsep kefahaman Ekonomi Islam seharusnya difahami dan dihadami oleh para pensyarah terlebih dahulu sebelum menurunkan ilmu ini kepada para pelajar. Prof. Osman juga memberikan beberapa idea dan gagasan pelaksanaan dan pemahaman ilmu-ilmu yang telah dibawa ilmuwan dan tokoh terdahulu seperti Al-Farabi, Al-Ghazali Qutb al-Din, Aristotle dan sebagainya.

Memang bagi sesiapa yang tidak membiasakan diri dengan perbincangan intelektual sebegini merasakan diri ibarat 'tin yang kosong'. Bagiku, walaupun merasakan diri ini tidak setanding dengan hadirin lain yang mempunyai title Prof. dan Dr., tetapi minat yang ada pada diriku untuk terus berada dalam majlis sebegini perlu dimaksimumkan.

Jika ada kesempatan, teruskan!.Ambil manfaat dan peluang yang ada sementara masih berada di Taman Ilmu dan Budi ini..

Kesempatan untuk mengenali Dr Sabri daripada IRK sudah tentu memberikan manfaat kepada diriku kelak untuk rujukan akan datang. Tambahan pula Prof. Osman masih mengenali diriku dan beliau turut memberikan salinan beberapa helaian daripada buku yang dibincangkan tadi.

Teringat aku kata-kata yang biasa diungkapkan oleh Abg Berg dalam penulisan beliau..

kata Imam Syafiee," Aku bukan di kalangan orang yang soleh, tetapi aku berkawan dengan mereka supaya aku dapat tempias mereka".

Seusai wacana tadi aku disapa oleh pensyarah IRKHS..Bekas pelajar ENM : Fahmi..! "Bila nak panggil MB-MB ke UIA?"

Sekian..
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Library IIUM
07.15p.m

1 comment:

Mohd. Ramadan said...

Salam..
Bz nyer kamu di Gombakk..
Teruskn usaha dakwah..
Jemput la Studnt Kuantan untuk prog gombak ya..
IlalLiqa`