Politik Malaysia

Hari ini kita dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Haji Roslan Shaharum yang disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Titi Serong dan Sepetang.

Belum reda isu pertukaran kerajaan negeri di Perak, datang lagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yang juga di negeri panas Perak selepas ini. Pilihanraya kecil kali kedua tahun ini selepas Kuala Terengganu yang juga melibatkan calon PAS.

Mungkin Dato Seri Nizar akan bertanding?Kita nantikan..

Isu politik di Malaysia semakin hari semakin panas. Jika tidak diselesaikan secara hikmah dan baik, tidak mustahil negara sepeti Malaysia akan menjadi seperti negara bergolak lain. Nauzubillah..

Isu Karpal Singh yang akan menyaman Sultan Perak juga menjadi isu yang mengakibatkan kemarahan orang Melayu secara keseluruhannya. Laporan Polis, demonstrasi mahupun saman menyaman sudah menjadi amalan rutin harian orang politik sekarang ini. Samada kesedaran ini atas nama menjunjung prinsip Rukun Negara atau menjadi medan untuk 'mempromosi' diri. Wallahualam..

Timbul pula isu di negeri Kedah apabila salah seorang daripada Exco Kerajaan Negeri ,YB V Arumugam meletak jawatan sebagai exco kerajaan tetapi masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Selepas Perak, Kedah pula menjadi perhatian. Selangor mungkin dalam keadaan siap siaga. Baik pihak Pakatan mahupun BN. Analisa penulis ialah ‘matlamat tertentu’ sebelum pertukaran kerusi Pak Lah kepada Najib Mac nanti perlu dilaksanakan.Semua negeri Pakatan harus ditumbangkan.

Fenomena perletakan jawatan YB, ahli politik diculik atau hilang dan isu lompat parti sudah menjadi perkara biasa yang diperkatakan.Golongan tua dan muda semua membuat ulasan.Baik di kedai kopi,masjid mahupun surau, dalam bilik kuliah atau diatas padang. Semuanya memberi hujah dan membuat kesimpulan seperti seorang hakim menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

Sampai bila harus begini? Siapa yang untung? Siapa yang rugi? Dalam usaha untuk mendapatkan, mempertahankan dan juga menggunakan 'KUASA' semua yang salah tidak diambil kira. Politik berlandaskan Macheville iaitu “matlamat menghalalkan cara” digunakan sebaiknya.

Apa nak jadi kepada Malaysia? Adakah para pelabur yakin untuk menanam modal melihatkan susana politik yang tidak stabil ini? Mampukah ekonomi Malaysia akan terus meningkat dan mampan sekiranya semua ahli politik sibuk dengan isu lompat-melompat ini?

Nantikan episod ‘politik Malaysia’dan kesudahannya..

Al-Fatihah kepada Almarhum Roslan Shahrum.

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Surau Mahallah Bilal
UIAM

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”