SYURA SRC

Pada 17 dan 18 Februari lepas, penulis dan kesemua YB (Yang Berkhidmat) daripada UIA Gombak bertolak ke Kuantan untuk sesi Syura bagi pemilihan jawatankuasa bagi Majlis Perwakilan Pelajar (SRC). Walaupun agak terkilan kerana tarikh bagi sesi syura ini bertindan dengan masa belajar dan sebahagian daripada kami menghadapi Mid Term, tetapi komitmen yang ditunjukkan oleh kesemua rakan-rakan pimpinan sangat dihargai.

Kami bertolak pada jam 9 pagi dan sampai pada jam 1 tengahari. Sesi ini berlangsung di Hotel Grand Continental, Kuantan. Penulis tidak menghadapi masalah untuk bertaaruf dengan rakan-rakan perjuangan kerana sebahagian daripada mereka sudah dikenali oleh penulis sejak dari Matrikulasi lagi.

Bersama Sdra Sofiusalam (Presiden SRC 09/10)

Grup-binding sepanjang 2hari ini akan terus dibina dan 'ice-breaking' akan dipecahkan sehingga sesi ini berakhir. Walaupun agak singkat tetapi ini semuanya tidak mustahil.

Syura ini berjalan dengan begitu baik dan lancar. Sesi taaruf yang dikendalikan oleh Sdra Anas (International Const.) yang boleh bertutur Bahasa Melayu dengan baik. Kesemua YB daripada kampus Kuantan dan Gombak seramai 29 orang hadir dalam sesi ini.


Dato' Hamidon (Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar) mengambil alih sesi yang seterusnya. Beliau membahagikan kami kepada 4 kumpulan kecil yang membincangkan beberapa isu yang kritikal (realiti sebenar) yang berlaku di UIAM. Pembentangan dan sesi soal jawab turut diadakan dalam slot ini. Antara beberapa isu yang dibincangkan ialah isu masalah kebejatan sosial dan masalah disiplin di UIAM, isu Pusat Asasi di kampus Nilai dan PJ dan masalah pelajar-pelajar di Kampus Jalan Hospital di Kuantan.

Slot yang dikendalikan oleh Dato' Hamidon melatih kami dalam meningkatkan 'confident level, communication skills, critical thinking' dalam membawa idea-idea baru. Konsep perbincangan yang diterapkan dalam sesi ini juga diadaptasi dalam konteks perbincangan secara menyeluruh dan bersama dan penekanan yang diberikan oleh beliau dalam kepentingan Syura dalam membincangakan sesuatu keputusan dalam organisasi.

Sesi pemilihan Jawatankuasa Tertinggi SRC diputuskan secara bersama oleh kami. Senarai nama yang diputuskan untuk menjawat sesuatu jawatan diputuskan melalui undi oleh kesemua exco SRC. Sesi ini berlangsung hingga lewat petang dan 'keputusan tidak rasmi' ini akan diserahkan kepada Rektor (Prof. Dato. Dr. Syed Arabi Idid) untuk pengesahan sebelum kami diberi watikah perlantikan secara rasmi oleh Pentadbiran UIAM. Penulis dilantik untuk menjawat Assistant Secretary 2.

Walaupun begitu, 'kerja-kerja' awal telah dijalankan oleh kami SRC di Gombak. Dengan kerjasama semua pihak, perkara-perkara yang melibatkan kebajikan mahasiswa akan diberi keutamaan oleh kami. Meskipun belum mendapat kelulusan dari segi bajet dan program-program, peranan dan tanggungjawab sebagai wakil pelajar akan terus dijalankan.




Sebagai contoh ialah masalah bonggol berhampiran jalan masuk ke Mahallah Safiyyah yang diratakan memberi masalah kepada pelajar untuk melintas terutamanya pelajar OKU yang berkerusi roda. Tinjaun kami ketempat berkenaan terus disusuli dengan tindakan yang dibawa kepada pihak atasan untuk tindakan. Selain itu ialah usaha untuk menjalankan kutipan derma bagi tabung seorang adik kepada pelajar Kuliyyah Ekonomi yang akan menjalani pembedahan Jantung Berlubang turut akan diusahakan.

Harapan penulis ialah untuk melihat SRC UIA benar-benar berperanan dalam erti kata yang sebenar. Meskipun baanyak kata-kata yang kurang enak yang dihambur kepada SRC, perkara ini tidak akan melemahkan kami semua dalam memberikan sumbangan yang terdaya untuk kebaikan semua pihak.

Melihatkan susanana mesra dalam kalangan pimpinan SRC kali ini dapat memberikan suatu 'impak bakti' yang baik kepada masyarakat Taman Ilmu dan Budi ini. Doa dan bantuan daripada sahabat sekalian akan menjadi pemangkin kekuatan kepada keutuhan gerakan kami selepas ini.


Lawatan kami ke Kuantan diakhiri dengan kunjungan ke beberapa tempat menarik di Kuantan seperti Pantai Teluk Cempedak. Tempat untuk mencari kedamaian dan ketenangan. Sesungguhnya Keindahan ciptaan Ilahi ini memberi suatu inspirasi baru dalam keadaan diri untuk bermuhasabah membaiki kelemahan.

Kami juga dibawa untuk Tour de Campus yang dikendalikan oleh SRC Kuantan. Kunjungan kali pertama secara formal buat penulis kerana selama ini singgah di Kuantan sekadar menziarahi kawan-kawan dan beprogram. Lawatan ke Kampus Kuantan di Jalan Hospital membawa kami melawat institusi bakal-bakal Doktor menjalani praktikal amalan perubatan. Masalah yang dihadapi oleh mereka ialah ketiadaan kafe dan ruang rehat (common area) untuk pelajar.


Seterusnya kami dibawa ke Kampus Utama Kuantan di Indera Mahkota. Kami dibawa melawat ke Kulliyah-Kulliyah dan kemudahan infrastruktur lain yang terdapat disini. Walaupun masih banyak pembangunan yang masih rancak dijalankan, pandangan penulis melihatkan kepada masa depan cerah The Garden Knowledge and Virtue ini pada masa akan datang sesuai dengan Visi UIA sendiri iaitu:

" IIUM aims at becoming a leading international centre of educational excellence which seeks to restore a leading and progressive role of the muslim ummah in all branches of knowledge"

Kesempatan bertemu dengan rakan-rakan di Kuantan juga digunakan dengan sebaiknya. Masih ramai yang mengenali. Rakan-rakan semasa terlibat menjadi komiti, kelab persatuan dan MRC di Matrikulasi mahupun rakan-rakan di MRSM Jasin mahupun Matrikulasi di Perlis. Memang tidak dinafikan kebanyakkan mahasiswa di kampus Kuantan 'bz' dengan kehidupan mereka yang memerlukan pengorbanan tertentu untuk berjaya untuk masa depan.

Semoga mereka semua diberikan kekuatan. Aktif dalam keterlibatan dalaman dan luaran kampus. Mahasiswa bercirikan 'rausyanfikir'. InsyaAllah penulis akan berusaha untuk aktif turun ke Kuantan selepas ini.

Selamat berjuang kepada rakan-rakan EXCO SRC.

Sekian
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Library UIAM.

P/S : Kesempatan berdiskusi dengan Prof. Kamal Hassan selepas Isyak memberi pencambahan pemikiran dalam konteks realiti semasa yang berlaku di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”