Intellectual Discourse

Minggu ini penulis berkesempatan berada dalam beberapa pertemuan dengan beberapa tokoh ilmuwan dalam bidang masing-masing.

Pertamanya pada hari Selasa lalu telah dianjurkan public lecture bertajuk “Can Islamic Banking and Finance Save the World?:Moving From Hope to Reality”
yang disampaikan oleh Dr. Abbas Mirakhor(Former Executive Director International Monetary Fund(IMF)Washington DC)


Niat di hati untuk 'ponteng' kelas (Int. Macro) Dr. Ghairulazmi waktu itu, tetapi apabila melihatkan beliau turut sama 'ponteng' ianya sangat melegakan hati penulis. Majoriti pensyarah Ekonomi turut sama berada bersama pelajar lain untuk mendengar perbincangan topik ini. Hadirin penuh memenuhi dewan kuliah. Satu petanda positif yang mahu kepada perubahan!.Tidak ketinggalan berada dalam kuliah yang dipengerusikan oleh Prof. Dato Azmi ini ialah Prof Kamal Hassan.



Sewajarnya Ekonomi Islam adalah alternatif terbaik dalam keadaan dunia yang semakin nazak ini.Kuliah yang diberikan selama 2 jam ini sempat dirakam oleh penulis. Banyak isu yang diulas dan diterangkan kepada hadirin.



Sesi soal jawab juga disertai oleh pemain industri yang terdiri daripada pegawai-pegawai bank dan juga termasuk pelajar Master dan PhD. Terdetik juga ingin bertanya, tetapi memandang diri ini terlalu kerdil untuk berbicara, sekadar melihat dan mendengar. Persoalan dan pandangan yang agak kritikal dan membina disampaikan oleh hadirin.

Keduanya penulis bertemu dengan Prof. Dr Aziz Bari. Pakar Pelembagaan Negara.Pertemuan yang tidak dirancang selepas solat Jumaat di masjid UIA. Beliau merupakan seorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Isu apa yang dibincangkan? Sudah tentu isu politik Perak yang masih hangat dibahaskan dalam kalangan pelajar mahupun pensyarah. Tidak ketinggalan juga oleh Pak Guard yang begitu 'emosi' sekali.



Penulis banyak bertanyakan kepada beliau beberapa perkara yang mengundang persoalan kepada penulis sendiri. Tidak dinafikan, apabila terlampau banyak maklumat yang sampai dan dibaca, ada juga beberapa perkara yang tidak dapat dirungkai melainkan merujuk kepada mereka yang pakar.

Penulis juga menjemput beliau untuk menjadi panel forum diskusi ilmiah yang akan dianjurkan nanti(insyaAllah) untuk membicarakan secara lebih lanjut dan terbuka. Kebetulan juga penulis banyak mendapat respon yang baik dalam kalangan pelajar yang mahukan forum seperti ini dibuat. Sudah tentu program ini akan dibincangkan dalam konteks ilmiah dan rasioanal tanpa melibatkan sentimen politik kepartian semata-mata.

Perancangan awal penulis untuk membicarakan soal ini dalam beberapa aspek. Isu Agama, Perundangan dan Awam(general)dan lain-lain. Cadangan ahli panel yang sesuai ialah Tuan Hj Azam Ahmad(NGO), Prof Aziz Bari(UIA) dan Ibrahim Suffian(Merdeka Centre). Kertas kerja belum lagi dibuat tetapi harap diberi kekuatan untuk semua ini.

Terakhir ialah penulis berkesempatan menghadiri Talk on Palestine Issue(Historical Perspective). Ceramah yang disampaikan oleh seorang Profesor Sejarah UIA. Beliau lebih memfokuskan kepada peranan Zionis dalam perancangan jahat dalam isu ini. Pembentangan beliau juga turut disertai dengan gambar-gambar tertentu yang menunjukkan peristiwa sebenar yang berlaku dan juga beberapa penjelasan berkenaan tokoh-tokoh Yahudi di dunia ini.



Semoga selepas ini penulis berdoa agar diberi kesempatan lagi untuk bersama dengan ilmuwan-ilmuwan seperti ini dalam usaha untuk memperkasa ilmu pengetahuan. Terasa diri ini terlalu lemah untuk menghadapi semua cabaran mendatang jika tidak mempersiapkan diri dengan ILMU.

Ahmad Fahmi
Kafe KENMS UIAM
3.00pagi

~ Sedang berusaha menghabiskan dokumentasi menarik "The Arrival". Perlu ditonton oleh semua! Banyak rahsia agenda ZIONS yang dibongkar!

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”