Mid Term

Hari Rabu merupakan hari yang agak 'kritikal' bagi penulis. Hari yang memaksa penulis bertungkus lumus untuk menghabiskan bacaan 2 subjek sebelum menghadapi Mid Term Test pada sebelah pagi untuk Int Macro 1 dan juga Fiqh 3 diwaktu malamnya.

Rangkuman perkara yang perlu difahami oleh penulis tidaklah banyak sebenarnya. Memandangkan penulis 'malas' untuk mengulangkaji menyebabkan bebanan mentelaah amat terasa. Sebenarnya bukan masalah tidak membaca atau mengulangkaji menjadi perkara utama, tetapi banyaknya dosa dalam diri yang menjadi penghalang utama ilmu Allah untuk masuk kedalam kepala ini. Betul cakap Awe dalam blognya. Penulis setujuu 100%.

Alhamdulilah, untuk subjek Fiqh 3 penulis berjaya menjawab dengan sebaiknya. Tetapi agak malang bagi Int. Macro yang agak kucar kacir dibuatnya. 'Post mortem' segera perlu dilakukan oleh penulis dan tindakan susulan amat penting. Jangan nanti "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".

Sepanjang ulangkaji saat akhir ini, fikiran penulis diganggu dengan isu yang hangat diperkatakan iaitu pergolakan politik yang berlaku di negeri Perak. Menjadi kewajipan untuk penulis mendengar Radio 24 setiap satu jam bagi mengetahui perkembangan semasa disana. Banyak perkara yang harus dianalisa penulis dalam isu ini. Nantikan ya.

Suasana politik di Malaysia makin teruk. Jelas bahawa Politik Malaysia tidak akan sama sebelum PRU Mac 2008. Politikus-politikus semakin hilang jati diri dan penumpuan. 'Harapan B$aru untuk Malaysia' mahupun 'Negara Makmur dan Sejahtera' jangan sekadar slogan dan kata-kata.

Malam itu selepas Fiqh 3 sempat penulis ke UM. Berusrah bersama rakan-rakan pimpinan PKPIM. Banyak perkara yang dibincangkan. Paling menarik kupasan oleh Abg Khairul, SU Agong PKPIM, buku bertajuk, Islam and Secularisation oleh Prof Naquib Al-Attas dan juga penjelasan abg Hanif dalam isu Palestin. Kupasan yang menarik menyentuh perspektif yang berbeza.

Sekian dulu untuk kali ini.Tunggu dan lihat bagaimana situasi politik Malaysia selepas ini. Pada masa sama, kerja dan belajar tetap dalam tumpuan..

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Mahallah As-Siddiq

Comments

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”