Intellectual Discourse (Siri 2)

Alhamdulillah..Cuti minggu kali ini diisi dengan pengisian yang bermanfaat kepada diriku. Bermula pada hari Jumaat malam penulis menghadiri Mesyuarat kali pertama untuk Sambutan Ulang Tahun 50 Tahun PKPIM. Pejam celik ,pejam celik persatuan yang banyak ‘mengajar ’ penulis bakal menyambut Jubli Emas pada tahun 2011 nanti. Mesyuarat yang dipengerusikan Abg Hilmi (Presiden PKPIM) turut dihadiri beberapa exco dan juga mantan pimpinan PKPIM.

Sedikit penerangan berkenaan PKPIM. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ditubuhkan pada 1961 dengan nama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu. Ia ditukar nama pada 1963 kepada nama seperti yang ada sekarang.


Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.pkpim.net


Hmm.. banyak perkara yang perlu diselesaikan selepas ini. Perancangan harus bermula daripada sekarang. Walaupun masih berbaki 2 tahun, momentum gerak kerja perlu lebih kemas dan sistematik.

Keesokannya, penulis hanya merancang untuk mengulangkaji pelajaran. Memandangkan masih ada 3 Mid Term belum selesai. Semuanya memerlukan pembacaan dan pemahaman. Public Finance, Usul al-Fiqh 2 dan juga Int. Micro 2. Minta maaf kepada adik-adik di Pusat Asasi PJ dan Nilai kerana tidak dapat turun ke Muktamar. Harapnya semua berjalan dengan lancar.

Petang itu penulis menemani Abg Hilmi ke Angkasapuri (RTM) Katanya ada temuramah. Seusai sampai kami dijemput oleh wartawan yang sudah sejam menunggu. Kebetulan kami teperangkap dalam kesesakan dan juga ‘sesat’. Topik yang dibincangkan adalah tidak lain dan tidak bukan ialah berkaitan isu ‘PERAK’.

Hmm, nampaknya RTM mahu mendengar pandangan NGO Pelajar Islam berkenaan isu ini. Soalan-soalan berkisarkan kepada Prinsip Rukun Negara yang mana telah dilihat telah dikesampingkan akhir-akhir ini. Tambahan pula kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor yang memberi amaran untuk menghormati Institusi Diraja.

Jawapan yang diberikan oleh Abg Hilmi begitu kritikal. Walaupun tidak menyebelahi mana-mana pihak. Perkara ini seharusnya diserahkan kepada rakyat.Mereka yang menentukan. Prinsip keadilan dan menjunjung yang hak dan menafikan yang batil ditekankan oleh beliau.
Presiden PKPIM ditemurah oleh RTM

Kelihatan jurukamera dan juruteknik yang berada disana begitu khusyuk mendengar. Penulis berfikir mereka ini sudah tentu tidak bersetuju dengan kenyataan abg Hilmi. Maklumlah , RTM! .Stesen milik kerajaan. Tetapi diakhir temuramah, mereka bersetuju apa yang diterangkan tadi. Ternyata isu sekarang bukan sahaja melibatkan Institusi beraja dan ahli politik. Bagi penulis sendiri,institusi beraja telah menjadi mangsa percaturan politik sesetengah pihak. Status Quo mereka telah dicabar.

Malam itu penulis berpeluang mengikuti diskusi ilmiah bersama salah seorang anak murid Prof Naquib Al-Attas. Beliau ialah Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud yang merupakan seorang ilmuwan yang tidak asing dalam bidang akademik di Malaysia. Beliau sekarang di ATMA UKM. Penulis begitu teruja kerana inilah kali pertama penulis berkesempatan bersua muka dan mengadakan perbincangan secara langsung dengan beliau.

Perjalanan daripada UIA bersama Abg Hilmi (Presiden PKPIM) dan juga Wan Fyshal (rausyanfikir) menaiki kereta yang dipandu penulis. Sepanjang perjalanan diskusi ilmiah telah pun bermula. Diskusi awal ini ibarat ‘warm-up’ sebelum bertemu dengan Ilmuwan sebenar untuk berbincang secara lebih lanjut. Terasa diri ini kerdil ketika bersama mereka berdua ini. Ternyata masih banyak yang perlu dipelajari dan dicontohi.

Kami sampai pada jam 8.30malam. Kediaman beliau di Bangi dan rekaan bentuk bangunan ini saling tidak tumpah seperti bangunan ISTAC. Di dalam apatah lagi! Terpegun seketika melihat hiasan dalaman kediaman ini. Tambahan pula melihatkan perpustakaan peribadi beliau yang sudah tentu dipenuhi dengan buku-buku, makalah, jurnal dan segala macam bahan akademik.


Penulis diperkenalkan kepada Prof. Wan. Penampilan beliau waktu itu sangat bersahaja dan ‘simple’. Sangat peramah dan mudah didekati. Terus sahaja kami dibawa masuk ke dalam perpustakaan beliau. Perbincangan pun bermula. Isu yang dibincangkan malam itu pelbagai. Penulis hanya sempat merakam selama sejam pertama pertemuan kami. Isu politik Perak,institusi beraja, ekonomi, Melayu, Islam,dunia dan sebagainya dibincangkan kami.

Pertemuan kali pertama ini membuka ‘worldview’ baru penulis terhadap sesuatu perkara. Hujah dan pemikiran beliau sememangnya kritikal. Persoalan yang ditanyakan dijawab secara baik dan mendalam. Ada kalanya topik yang dibincangkan dibawa kepada kepda perspektif yang berbeza.
Sememangnya inilah produk-produk keluaran Prof. Syed Naquib Al-Attas.


Abg Hilmi dan Fyhsal sememangnya sudah biasa dengan pertemuan ini. Banyak perkara yang ditanya melangkaui pemikiran dan pemahaman penulis sendiri. Banyak perkataan dan istilah baru yang diperoleh yang perlu dicari makna dan maksud sebenar. Fhysal walaupun sebaya dengan penulis, tetapi ilmu yang ada pada beliau sememangnya tidak tercapai oleh penulis sendiri. Sememangnya selama ini penulis mengikuti blog beliau http://rausyanfikir.com dan pada malam ini berkesempatan bersama beliau.

Pandangan dan idea-idea yang dibincangkan dalam majlis seperti ini sudah tentu boleh membawa suatu bentuk pemikiran dan juga suatu gagasan baru untuk disampaikan dan dikembangkan. Ternyata perkara sebegini akan memberikan manfaat kepada semua pihak terutamanya kepada penggerak mahasiswa dan organisasi belia seperti PKPIM.

Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud

Diskusi kami berakhir pada jam 11.30malam. Kebiasaan pertemuan seperti ini boleh melangkau kepada jam 1pagi. Bergantung kepada keadaan Prof Wan agaknya. Masa dirasakan begitu singkat. 3 jam yang berlalu tidak disedari. Insya-Allah jika diberi kesempatan lagi penulis tidak akan melepaskan peluang berada dalam majlis ilmu sebegini. Terima kasih kepada Abg Hilmi.

Sekian,
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
15 Februari 2009
Mahallah As-Siddiq

p/s: Semoga berjaya kepada Adik Ikhwan yang akan terbang ke Australia malam ini.
Acik, sorry la tak dapat turun ke UPM hari ini. (bz huhu)

Comments

Ilham Nur said…
cemburu, cemburu.hehe
Cemburu yang dibenarkan hehe...
Ilham Nur said…
untung dapat jumpa prof. wan dengan wan fayshal.

berkenaan dengan prof. wan, dah lama abg.berg ajak pergi, tapi, al-maklumlah kuliyyah farmasi ni, jadual dia cukup menarik.hehe.

emm, boleh tak,lepas ni tulis tentang gagasan politik idea dan pelaksanaannya dalam lingkungan mahasiswa.
2la.. memang banyak kali juga ada peluang.. tp baru ada rezeki. Insya-Allah nanti ada la tu..

Cadangan yang baik untuk kupas isu. Moga diberi kekuatan untuk menulis secara lebih serius...

Popular posts from this blog

KONVENSYEN PENCERDASAN RAKYAT: Memimpin Kesedaran Rakyat, Memartabat Karamah Insaniah:

Dr Sidek Baba penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”