Posts

Showing posts from October, 2008

Coret-Coret di Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t.. Salam Aidilfitri.Masih lagi dalam susana Hari Raya.Sudah lama saya tidak berkesempatan untuk 'update' blog ini. Teringat kata-kata Abg Azril dari ABIM ketika berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Pusat Kegiatan ABIM di Ampang baru-baru ini. "Buatla Face Book.. Lagipun kalau ade blog ni kena update je setiap masa. Kita terikat" Face Book ok ape.(tengoklah.. Insya-Allah saya akan buat) Timbul tanda tanya pada diri. "Adakah kewujudan blog "Analisa FAHMI" ini semata-mata untuk mengikut trend semasa atau merupakan wadah untuk berkecimpung dalam bidang penulisan secara lebih serius?? Sebenarnya,jika diikutkan, banyak perkara yang perlu dianalisa dalam keadaan sekarang, baik situasi politik,ekonomi dan sosial di Malaysia mahupun di luar negara. Bilalah mahu serius dalam penulisan ini??. Bahan bacaan pun masih lagi kurang rasanya. Teringat pula kata-kata Abg Yusni ketika bersama beliau dan Presiden ABIM, Abg Yusry ke Perak. " Mas...

Persiapan sambut Aidilfitri

Image
KEDATANGAN Aidilfitri memang dinanti-nantikan umat Islam seluruh dunia. Allah menganugerahkan Aidilfitri untuk menunaikan fitrah manusia yang keinginan kegembiraan apabila menyambut sesuatu kejayaan. Aidilfitri adalah tanda kejayaan orang Islam yang bermujahadah melaksanakan ibadat puasa selama sebulan. Ia satu ganjaran di dunia, sedangkan akhirat masih menanti balasan pahala yang tidak ternilai. Biarpun Aidilfitri dijadikan hari untuk bergembira, ia juga satu ibadat. Setiap apa yang ditetapkan oleh agama jika dilakukan dalam rangka mematuhi perintah Allah maka dikira ibadat. Untuk menjadikan satu ibadat hendaklah dilakukan dengan niat kerana Allah. Apa yang dilakukan hendaklah tidak bertentangan dengan syariat dan matlamatnya untuk kebaikan. Dalam melakukan persiapan untuk menyambut Aidilfitri, konsep yang ditekankan ialah sederhana, tidak membazir dan tidak membebankan. Ia juga mestilah terhindar dari perasaan riak dan sombong. Persiapan Aidilfitri yang terlalu mementingkan kemeriaha...

Salam Aidilfitri

Image
Assalamamualaikum..wbt Salam Aidilfitri kepada semua sahabat terutamanya pembaca blog Analisa Fahmi. Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa,kita merayakan hari kejayaan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Jemput datang ke rumah pada hari raya ke-2 :)