Posts

Showing posts from September, 2008

Nuzul Al-Quran & Lailatul Qadar

Hari ini 17 September 2008. Kalau semalam saya menganalisa tarikh 16 September. Kita lupakan dulu berkenaan fenomena politik Malaysia ini. Hari ini genaplah puasa kita selama 17hari. Untuk mengisi makna 17 September ini, saya mengambil artikel daripada Dr. Samsu Adabi Mamat daripada Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga melalui pembacaan ini kita mendapat manfaat. Hari ini merupakan Hari Nuzul Quran. Hari ini adalah merupakan hari memperingati Nuzul Quran (turunnya al-Quran) kepada Nabi Muhamad S.A.W. pertama kalinya ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira pada malam Jumaat pertepatan pada tanggal 17 Ramadhan iaitu tehun ke 41 hari kelahiran baginda atau pada tanggal 6 Ogos 610M. Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah....

ADA APA DENGAN 16 SEPTEMBER

Tanggal 16 September 2008. Tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia mahupun masyarakat dunia. Kenapa 16 September?Jawapannya ialah berkenaan ura-ura penukaran kerajaan Barisan Nasional(BN) kepada Pakatan Rakyat(PR) Saat saya menulis ini masih tiada lagi berita terbaru berkenaan penukaran kerajaan ini. Jelas menunjukkan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk memastikan PR mengambil alih Putrajaya masih lagi tidak kesampaian. (16 September) Walau bagaimanapun jika kita melihat kepada media arus perdana milik kerajaan seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian jelas menafikan propaganda peralihan ini. Tidak ketinggalan juga majoriti pemimpin kerajaan baik daripada UMNO mahupun BN menafikan sekeras-kerasnya berita Ahli Parlimen yang akan melompat parti. Adakah mereka ini masih lagi dibelenggu oleh ‘states of denying’? ataupun mereka mahukan pengikut-pengikut mereka tidak terikut dengan rentak PR. Di sisi yang lain pula , PR pula rancak dengan agenda penukar...

Cerita di Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Walaupun agak lewat untuk mengucapkan salam ini, saya ingin mengambil juga ruang untuk mengucapkan selamat berjuang kepada muslimin dan muslimat sekalian. Berjuang kita untuk mendapatkan yang terbaik sepertimana yang telah dijanjikan Allah. Pejam celik, pejam celik tanpa kita sedari Ramadhan ini sudah menjangkau pertengahan bulan. Justeru, marilah kita bertanya dan bermuhasabah! Adakah puasa kita ini adalah puasa orang awam atau orang khas? Tepuk dada tanyalah iman. Teringat tazkirah yang disampaikan oleh Abg Anip ketika usrah Jumaat “Permulaan Ramdhan adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan diakhirnya terlepas dari siksaan neraka.” Sedikit perkongsian cerita semasa Ramadhan ini. Sepanjang Ramadhan ini, banyak juga majlis ifthar diadakan. Sebelum ini pun, sudah banyak juga membuat perancangan untuk berbuka puasa bersama-sama.Baik dengan kenalan lama atau kakak-kakak dan abang-abang. Kebiasaannya Bulan Ramdahan ini jugal...

AUKU & UIAM

Image
UIAM MENCATAT SEJARAH TERSENDIRI UIAM, 29 Ogos 2008 - Empat ahli panel dalam satu program Dialog Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bersepakat dan sekata bahawa AUKU merupakan undang-undang ‘drakonian’ yang memenjara kebebasan mahasiswa. Dialog tersebut juga mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya UIAM menemukan ahli Parlimen daripada 3 parti politik -UMNO, PKR, PAS dan seorang wakil pelajar. Program dialog itu dianjurkan oleh Badan Perwakilan Pelajar Mahallah As-Siddiq dengan kerjasama Kelab Intelektual Muda (IYC) dan Sekretariat Akademik dan Penyelidikan, Persatuan Ekonomi dan Sains Pengurusan berlangsung pada jam 9 malam hingga lewat 12.30 tengah malam bertempat di Auditorium Utama, UIAM. Dialog yang memakan masa lebih kurang tiga jam setengah itu menampilkan Sdr. Muhammad Faisal bin Abdul Aziz mewakili mahasiswa, YB Dato’ Saifuddin Abdulla...