
"GPM kecam insiden keganasan di New Delhi" di Akhbar Berita Harian Kenyataan Media Asal: GPM KECAM RUSUHAN ANTI ISLAM DI DELHI Global Peace Mission (GPM) Malaysia mengecam tindakan keganasan ke atas penduduk Islam di Delhi, India yang bermula semenjak hari Ahad yang lepas. Sehingga kenyataan ini ditulis sejumlah 25 orang telah dilaporkan meninggal dunia dan lebih 200 orang tercedera. Turut dilaporkan juga sebuah Masjid turut telah dibakar dan kediaman serta kehidupan masyarakat Islam di sana kini turut terancam. Keganasan terburuk dalam beberapa dekad terjadi di Delhi ini dikatakan bermula dengan bantahan dan juga kontroversi penggubalan Undang-undang Kerakyatan yang berat sebelah dan membelakangkan penganut Islam telah diluluskan oleh kerajaan Modi pada bulan Disember yang lepas. Namun merebak menjadi pertempuran antara penganut Hindu dan masyarakat Islam sehingga melibatkan senjata api. GPM sedang mengikuti rapat perkembangan yang sedang berlaku dan menyeru...