Generasi Muda Penggerak Agenda Pencerahan, Pembebasan dan Perubahan.
Kitaran tamadun manusia dan sejarah perjuangan bangsa jelas menunjukkan betapa generasi muda dan pelajar sebenarnya mempunyai signifikasi tertentu yang tidak boleh dikesampingkan. Mereka merupakan cerminan kepada gambaran masa depan sesebuah tamadun. Justeru penampilan suatu wajah dan imej generasi muda yang beriman, beridealisme, berilmu, berakhlak, berketrampilan dan mempunyai daya juang yang tinggi amatlah diperlukan. Kisah generasi muda yang dirakamkan di dalam Surah al-Kahfi adalah refleksi kepada lambang kesetiaan serta keutuhan idealisme mereka walaupun berada ditengah-tengah suasana kebejatan moral dan aqidah yang melampau. Senario mutakhir tamadun dunia yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan kecelaruan mencakupi bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan, keagamaan dan banyak lagi menuntut tindakan yang lebih pro-aktif khasnya daripada generasi muda. Pastinya, peranan kita dalam dunia hari ini dan akan datang semakin ruwet lagi mencabar. Apakah kita berupaya menjadi satu ...