PKPIM SAMBUT BAIK PENGUMUMAN PM UNTUK PINDA AUKU
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang akan membenarkan penuntut berusia 21 tahun menyertai parti poliltik sewaktu beliau membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat semalam. PKPIM juga merasakan pengumuman bersejarah bagi gerakan mahasiswa ini menunjukkan usaha serius pihak kerajaan memahami kehendak dan aspirasi generasi mahasiswa berdasarkan kepada realiti semasa dari kalangan pimpinan negara termasuk bayangan awal Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggambarkan kesediaan kerajaan untuk meminda akta ini baru-baru ini. Pengumuman ini juga dilihat bertetapan dengan agenda transformasi politik yang dibawa oleh Perdana Menteri dan juga mengambil semangat dan iltizam kerajaan dalam membuat keputusan memansuhkan akta drakonian lain seperti Akta Keselamatan Dalam...