UPSR-PMR: Terapkan Pendidikan Holistik
Nota : Artikel ini adalah salinan memorandum yang diserahkan kepada Y.A.B Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung cadangan pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR. Memorandum yang merupakan catatan pendirian WADAH-ABIM-PKPIM ini telah diserahkan pada 21 September 2010 Terlepas dari soal setuju atau tidak, cetusan idea pemansuhan UPSR-PMR kami tanggapi sebagai isyarat positif bahawa pada tahap pembuat dasar telah ada kesediaan untuk melakukan rethinking, menilai dan memikirkan semula kerelevanan sistem pelajaran kita secara menyeluruh dan mendasar. Cadangan pemansuhan peperiksaan (UPSR-PMR) tentunya tidak hanya sekadar memansuh semata-mata untuk memansuh, tetapi dilatari kesedaran tentang wujudnya masalah, bukan hanya m...